Friday, November 1, 2013

Al-Qur'an Hingga Ke Hujung Nyawa... Subhanallah (سبحان الله)

1 November, 2013.  Ketika dalam masa aku telah keletihan menyediakan kertas kerja, aku mengambil kesempatan mengintai-ngintai Facebook untuk menghilangkan rasa penat dan letih sebentar.  Cadangku hanya seketika.  Namun aku terpandang kepada satu post yang telah membuatkan air mata aku menitis tanpa sedar...  Ya Allah, Kurniakanlah ayah Sasha rahmat dan kasih sayangMU dan Ya Allah, izinkan lidah kami menyebut-nyebut kalamMU diketika ENGKAU ingin mengambil kami kembali kepadaMU... Aamiin


Hatiku tersentuh dengan kata-kata ini ;


Ketika Sasha melihat post bertajuk  "Remaja Mengaji Ketika Koma {Oh! Media}" ,  beliau telah sharekan video tersebut dan menulis di statusnya  :

"Macam arwah ayah.. mengaji tyme koma.. sambil tgn dy erat pegang tangan aku..genggam tgn aku kuat2 even mata dye tertutup... Allah, rindunya adik kt ayah! Al-fatihah ayah ku syg.. :'( ".

-

Aku terus masuk melihat profil Shaha, dan aku dapat melihat sendiri, bagaimana apa yang di katakan Sasha...


"Atas permintaan.. hmm.. ni video arwah ayah mengaji masa arwah ayah dlm keadaan koma... lepas 2 hari, ayah pergi.... Al-fatihah ayah"
-






انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر لها وارحمها , وعافها واعفو عنها
اللهم اكرم نزلها ووسع مدخلها وآنس وحشتها
اللهم اغسلها بالماء والثلج والبرد
ونقها من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس
اللهم بدلها داراً خيراً من دارها وابدلها اهلاً خيراً من اهلها
اللهم اسكنها الفردوس الاعلى
اللهم امين


Ya Sasha... semuga Ayah yang sangat kamu sayangi, di terima sebagai kekasih Allah dalam saat di kembali pada Allah... Kita berdoa untuk Allahyarham dan kita berdoa juga agar kita juga dapat menemui ajal dalam HUSNUL KHATIMAH iaitu penyudahan yang baik...

Sasha jadi anak yang soleh yang selalu mendoakannya....

Terima kasih Sasha atas kebenaran pakcik kongsikan sesuatu yang boleh menjadi iktibar betapa perlunya hidup ini dihiasi dengan bacaan Al-Qur'an.  Kerana melalui pembacaannyalah bakal lahir satu kecintaan terhadap mengamalkan apa yang ada didalamnya... KECINTAAN KEPADA AL-QUR'AN HINGGA KE HUJUNG NYAWA Sasha...









Doa agar dapat mati dalam HUSNUL KHATIMAH


-


omar abdul aziz

No comments: