Thursday, January 30, 2014

BERSEDERHANALAH...


jIKA pERLU mARAH, mARAHLAH tETAPI uSAH tERLUPA dENGAN sIFAT sABAR
jIKA pERLU mENANGIS, mENANGISLAH tAPI uSAH tERLUPA dENGAN sIFAT tENANG

Monday, January 27, 2014

KISAH SEDIH - MESEJ DARI FACEBOOK ABAH

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Saturday, January 25, 2014

SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU ADALAH BERSAUDARA



إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”


Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):

Dari Anas satu ketika Rasulullah SAW dijemput untuk melawat Abdullah bin Ubay, baginda menaiki keldainya dan diikuti oleh sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah SAW menghampiri Abdullah bin Ubay beliau berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah SAW sambil mencemuh

Thursday, January 23, 2014

KUMPULAN QASIDAH AR-RAHIMIAH

Kepada pembaca-pembaca blog ini yang ingin menjemput kumpulan Qasidah Ar-Rahimiah bolehlah menghubungi no seperti berikut ;

Nazrul - 012 918 8096

atau

Zarif - 017 209 7343


Berbagai acara yang boleh diserikan dengan Alunan Qasidah dari kumpulan Ar-Rahimiah ini. Sepertimana selalunya ketika malam walimatul-urus atau kenduri kahwin, nyanyian karaoke bolehlah diganti dengan persembahan Qasidah dengan zikir dan sholawat semuga dengannya keberkatan akan lebih diperolehi.

Wednesday, January 22, 2014

HARAM MEMAKAI JAM KETIKA SOLAT ?

Musim mengejar glamer dan ingin menonjolkan diri dikalangan anak-anak remaja semakin menjadi-jadi sekarang ini.  Bermacam-macam bentuk video diupload untuk mencari publisi disamping mungkin berharap akan popular macam Syasya Solero.




Namun dalam 'demam penonjolan diri' tersebut, perkara agama apatah lagi yang berkaitan dengan hukum hakam bukanlah 1 perkara yang boleh di perolok-olokkan atau dikeluarkan tanpa ilmu yang mendalam dan pengkajian yang khusus.



Tetapi bagi adik yang dikenali sebagai 'ainun nisaa rahman' ini, dia amat yakin dengan apa yang beliau perkatakan didalam videonya di youtube. Mungkin niat dia baik untuk memberitahu sesuatu yang orang lain belum tahu...


GAMBAR TUAN GURU HARUN DIN TANGKAP BUAYA - PENAFIAN

Telah tersebar beberapa keping gambar yang dikatakan bahawa Tuan Guru Harun Din telah menangkap buaya tersebut.  Melalui laman Facebooknya, berita tersebut telah dinafikan seperti berikut ;

Monday, January 20, 2014

Begitu Mudah Menukar Jantina ?

Dalam salah 1 pertunjukan silap mata dari Criss Angel dimana beliau memukau penonton dengan satu persembahan di sebuah taman dimana sebahagian badan lelaki dan perempuan di tukarkan.

Silap mata dari Criss Angel ini telah memukau penonton yang berada disitu.

Namun, pastinya ianya hanya 1 persembahan silap mata dari Criss Angel

saksikan ;

 


-

~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 
-

Friday, January 17, 2014

SI PENCURI, ABID DAN NABI MUSA A.S


Di zaman Nabi Musa A.S. ada seorang hamba Allah yang kerjanya hanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri.  Pada suatu hari, dia terlihat Nabi Musa A.S. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa. Katanya, "Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku".

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melaksanakan niatnya itu. Dia berkata, "Aku ni pencuri. Manalah aku layak pencuri seperti aku ini berjalan bersama dengan seorang nabi".  Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa A.S. dari belakang. Lelaki itu adalah si abid yang telah beribadat secara istiqamah selamah 40 tahun dan dikenali oleh semua orang. Si pencuri berkata di dalam hatinya, "Baik aku berjalan bersama si abid ini, mudah-mudahan ada baiknya juga untuk aku".

SUBHANALLAH! LAUNGAN AZAN MAMPU MEMBANGUNKAN BUNGA YANG TIDUR

Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen televisyen CNN, pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang pada awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah  mendapat perhatian dari media Barat. Lihat keajaiban bunga azan di dalam video di bawah ini.

Thursday, January 16, 2014

PERBAHARUILAH TAUBAT KEPADA ALLAH SWT


Perbaharuilah Taubat Kepada Allah SWT :

(1)- Taubat adalah langkahan pertama untuk kita mencintai dan merindui Allah SWT. Pintu taubat terbuka luas buat hamba-hamba Allah SWT. Bertaubat setiap hari dan setiap ketika.- Jiwa dan sanubari kita penuh dengan kesan-kesan dosa dan maksiat.

(2) Perbaharuilah taubat dalam setiap munajat, setiap doa dan setiap rintihan jiwa terhadap Allah SWT.- Antara waktu yang terbaik untuk bersunyi untuk bersama Allah SWT ialah disepertiga malam. Nah! Ia adalah waktu yang istimewa bagi jiwa-jiwa yang mendambakan keampunan dan rahmat kasih sayang Allah SWT.


Wednesday, January 15, 2014

WANITA: BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG

FITNAH AKHIR ZAMAN

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W:
"Ada dua GOLONGAN DARI AHLI NERAKA yang belum aku lihat saat ini;  Satu kaum yang membawa cemeti (cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Dan WANITA-WANITA YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG (KETAT, NIPIS & SINGKAT, MENDEDAH RAMBUT, DADA, PUNGGUNG & PUSAT), berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun.  Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian."
(Hadis Riwayat Muslim)



Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.

Monday, January 13, 2014

KISAH BENAR CINTA RASUL - NENEK PENGUTIP DAUN

Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga. Dia menjual bunganya di pasar hanya dengan berjalan kaki walaupun jauh. Seusai jualan, dia akan pergi ke masjid di kota itu, dia berwudhu, masuk masjid, dan melaksanakan sholat Zohor. Setelah membaca doa-doa sekadarnya, dia keluar masjid dan membongkuk-bongkuk di halaman masjid. Dia mengumpulkan daun-daun kering yang bertebaran di halaman masjid. Selembar demi selembar dikutipnya. Tidak sehelaipun dia tinggalkan. Sudah tentu dia mengambil masa yang agak lama untuk membersihkan halaman masjid dengan cara sebegitu. Walaupun matahari terik dan peluh membasahi seluruh tubuhnya.


Banyak pengunjung masjid yang kasihan dan hairan kepadanya. Pada suatu hari jawatankuasa masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan itu sebelum perempuan tua datang. Pada hari itu, dia datang sebagaimana biasanya setelah wudhu' terus masuk masjid. Selesai sholat, ketika dia ingin melakukan pekerjaan rutinnya, dia terkejut. Tidak ada satupun daun berserak disitu, dia masuk semula kedalam masjid dan menangis. Dia bertanya mengapa daun-daun itu sudah disapu sebelum kedatangannya. Orang-orang didalam masjid itu menjelaskan bahawa mereka kasihan kepadanya.

GAMBAR HIASAN
“Jika kalian kasihan kepadaku,” kata nenek itu, “Berikan peluang kepadaku untuk membersihkannya.”

Sunday, January 12, 2014

JULAYBIB YANG BURUK DAN CACAT UNTUK WANITA CANTIK


Julaybib seorang yang cacat dan kerdil serta mempunyai rupa paras buruk. Nama ini, tentu bukan dia sendiri yang menghendakinya, atau mungkin tidak pula kedua orang tuanya, karena dia pun tidak tahu siapa ayah dan ibunya serta tidak di ketahui nasabnya. Demikian pula orang-orang di sekitarnya, semuanya tidak tahu atau tidak berapa menghiraukannya, tidak dikenali dari suku manakah dia berasal.

Friday, January 10, 2014

DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah,
Kurniakan Aku Taufik dan Hidayah-MU,
Agar dapat hamba-MU ini,
Merendahkan suaraku bagi mereka,
Kedua Ibu Ayahku... 
Perindahkah ucapanku
ketika berbicara dengan mereka. 
Lembutkan watakku terhadap mereka dan 
Lunakkan hatiku untuk kedua mereka. 

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W



Abdul Muttalib adalah datuk baginda Rasulullah S.A.W, beliau adalah seorang bangsawan ternama yang mendapat amanah sebagai penjaga ka'bah. Keluarga Abdul Muttalib sering melayani orang-orang yang mengunjungi ka'bah, memberi mereka air minum dan membantu menyediakan sesuatu keperluan. Abdul Muttalib seorang yang kaya dan banyak memiliki unta dan peternak kambing. Penduduk disekitar tanah hijaz sangat menghormati beliau. 

Wednesday, January 8, 2014

Must Watch ┇ The Perfect Husband - Muhammad (ﷺ)


The Perfect Husband - Muhammad (ﷺ)
Must Watch
The Daily Reminder ┇ 


Assalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaathuhu

*No Music was used in the production of this video


Tuesday, January 7, 2014

HIDUP SALING MENYEMPURNAKAN DIANTARA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Salam untuk semua perempuan, wanita, muslimah, isteri, zaujah dan berbagai istilah yang sewaktu dengannya...

Dalam dunia kita, cinta dan pasangan hidup adalah 2 perkara yang selalu menjadi pembicaraan. Boleh dikatakan, impian cinta dan jodoh (lelaki yang menjadi suami anda ketika ini atau kelak) adalah salah satu pencapaian hidup.

Gambar Hiasan
Banyak wanita berfikir dan memasang angan-angan bahawa pendamping hidupnya kelak haruslah lelaki yang sempurna, lelaki yang selalu membuat wanita bahagia selama-lamanya.

Nyatanya, tidak ada manusia yang sempurna.
Termasuk anda (wanita)..
Termasuk pasangan anda (lelaki)..

SEJARAH HAKIM YANG MENGHUKUM DENGAN ADIL - SYURAIH BIN HARITS AL-KINDI

Syuraih dilahirkan di daerah Yaman, dia orang pertama yang masuk Islam ketika Islam mula memasuki Yaman. Dia berharap dapat bertemu Rasulullah S.A.W dan menjadi sahabatnya, tetapi takdir tidak mempertemukannya dengan Rasulullah S.A.W.

Gambar Hiasan - Negara Yaman
Syuraih diangkat menjadi hakim dimasa pemerintahan Khalifah Umar bin Khatthab, Utsman bin Affan, Ali bin Talib dan Mu'awiyah, beliau menjadi Qadhi di Kufah dan hampir selama 60 tahun menjabatnya. Qadhi Syuraih terkenal dengan kebijaksanaan, kelihaian dan ketegasannya.

Monday, January 6, 2014

Surat Nabi Muhammad S.A.W. Kepada Orang Orang Kristian

Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai.

Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.


Surat Nabi Muhammad S.A.W
yang berada di St. Catherine's Monostery

ALKISAH SEORANG PELAJAR YANG TERLAMPAU SEDIH

Suhaimi seorang pelajar yang cemerlang. Namun ketika mengaji di luar negara, Suhaimi mendapat tamparan hebat apabila mendapat berita keluarganya mati dalam satu kemalangan.

Hanya tinggal Suhaimi seorang di luar negara. Selepas menyelesaikan segalanya, Suhaimi pulang mengaji di luar negara.

Kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau hilang arah. Hatinya perit dan mindanya lesu, dan ada kalanya terfikir untuk membunuh diri.


Dipetik dari Wall FB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Akhirnya Suhaimi terjebak dengan arak. Arak yang memabukkan mengkhayalkan Suhaimi daripada kesakitan di dunia ini. Suhaimi juga mula terlupa menjaga solat.

Funny Cats 3






-

WAHAI ISTERI YANG BERIMAN!

Wahai isteri yang beriman! 

Aku tidak mengajakmu untuk hidup miskin akan tetapi aku mengajakmu untuk bersikap qana'ah dengan apa yang Allah berikan kepadamu, dan bersabar terhadap segala kesulitan hidup serta berperilaku seperti orang yang beriman dan bertakwa terhadap suami dan keluargaa tanpa pernah mengeluh dan menuntut melebihi kemampuan suamimu. 



Mata suamimu melihat dengan jelas keperluanmu namun tangan dan kemampuannya terbatas.  Bahkan dia adalah manusia yang paling ingin untuk membuat hidupmu penuh nikmat dan memudahkan jalan kehidupan ini bagimu.

Sunday, January 5, 2014

Doa 2


Segala puji bagi MU wahai Tuhan penentu segala takdir.
Sholawat serta salam buat Rasul junjungan mulia
petunjuk sepanjang zaman, 
Nabi Muhammad Sholallohu'alaihi Wassalam 
dan ahli keluarga serta para sahabat yang Engkau Cintai ..


Ya Rabbi ..
Ampunilah kami, 
keluarga dan saudara-saudara kami seiman
dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu ..
yang sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha penyayang..


Saturday, January 4, 2014

TOLONGLAH MEMAHAMI; JANGAN HANYA TAHU MENGATA…

Memang sukar bagi orang yang sihat, memahami keadaan orang yang sakit. Mereka membuat nilaian, berdasarkan sekadar apa yang mereka nampak dan tahu, tetapi mereka tidak mengalami dan me`rasai’.

Saya mempunyai sintom-sintom mengidap, `muscular dystrophy’. Adik saya, sudah pun berada di kerusi roda. Penyakit ini, menyebabkan pengidapnya, semakin lemah dari masa ke semasa, sehinggalah sampai ke kerusi roda itu. Saya sedang merasakan keadaan itu, walaupun saya terus berdoa agar dijauhkan Allah. Mohon semua turut mendoakan saya. Tidak mengapa jika saya sakit, asalkan saya boleh meneruskan kerja-kerja dakwah. 


Sebagai penderita penyakit ini, saya tidak boleh melakukan perbuatan; ruku' (rukun solat), duduk di antara dua sujud (rukun solat), bersila dilantai, duduk berlunjur kaki dilantai, sujud (rukun solat), bertinggung atau mencangkung, berbaring dilantai dan lain-lain lagi.

Friday, January 3, 2014

BACAAN FATIHAH DALAM SOLAT

Wajib membaca fatihah dalam solat dengan betul.. Iaitu dengan 14 tashdid. Menurut imam Al-Nawawi sekiranya gagal menunaikan satu tashdid, batal lah fatihahnya. Cuba teka dimana 14 tashdid itu...

Jawapan 1: 
Jangan malas, al-quran ada di rumah pergi buka dan kira. Teka teka ini membuatkan ramai orang dapat pahala kerana membuka al-quran. Ini bukan teka teki karut yang tiada jawapan di hadapan, jawapan ada dalam Al-Quran.



Thursday, January 2, 2014

KISAH KETABAHAN SEORANG ISTERI MENJAGA SUAMI KOMA


Seorang isteri menceritakan kisahnya pada tahun 1415 H, ia berkata :

Suamiku adalah seorang pemuda yang gagah, semangat, rajin, tampan, berakhlak mulia, taat beragama, dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Ia menikahiku pada tahun 1390 H. Aku tinggal bersamanya (di kota Riyadh) di rumah ayahnya sebagaimana tradisi keluarga-keluarga Arab Saudi. 

Aku takjub dan kagum dengan baktinya kepada kedua orang tuanya. Aku bersyukur dan bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kepadaku suamiku ini. Kamipun dikurnai seorang puteri setelah setahun pernikahan kami.

Wednesday, January 1, 2014

Najwa Latif nafi burukkan peserta HIMPUNAN TURUN


‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

KOLAM RENANG KHUSUS UNTUK ATLET OKU


Majlis Sukan Dubai melancarkan Kolam Renang untuk atlet OKU yang pertama di Dubai

Kolem renang tersebut telah direka dengan teknologi moden, mengikut spesifikasi Paralimpik Antarabangsa yang disediakan untuk orang kurang upaya (OKU) dengan kaedah yang dapat memastikan keselamatan mereka.

APABILA SUAMI TAAT PADA ISTERI & WANITA SUKA BERSOLEK - MAKA ITU ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN


Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda ;
"jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya, munculnya suara-suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan, orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya, munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak) dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu berhati-hatilah dengan angin merah, gempa, penenggelaman, penghapusan, dan pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. "(HR Tirmidzi)