Tuesday, January 7, 2014

HIDUP SALING MENYEMPURNAKAN DIANTARA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Salam untuk semua perempuan, wanita, muslimah, isteri, zaujah dan berbagai istilah yang sewaktu dengannya...

Dalam dunia kita, cinta dan pasangan hidup adalah 2 perkara yang selalu menjadi pembicaraan. Boleh dikatakan, impian cinta dan jodoh (lelaki yang menjadi suami anda ketika ini atau kelak) adalah salah satu pencapaian hidup.

Gambar Hiasan
Banyak wanita berfikir dan memasang angan-angan bahawa pendamping hidupnya kelak haruslah lelaki yang sempurna, lelaki yang selalu membuat wanita bahagia selama-lamanya.

Nyatanya, tidak ada manusia yang sempurna.
Termasuk anda (wanita)..
Termasuk pasangan anda (lelaki)..


Gambar Hiasan
Banyak diantara wanita yang akan memilih pasangan yang sempurna dan tidak akan memandang yang kurang sempurna apatah lagi jika lelaki itu seorang yang cacat.  Dan ada sebilangan wanita kecewa dengan pasangannya karena perbezaan sifat yang baru diketahui setelah menikah, atau perubahan fizikal yang berlaku kepada suami akibat sakit atau kemalangan atau apa juga yang menyebabkan pasangannya dirasakan telah kurang sempurna. Ada diantara wanita yang merasa kesal yang mana sedikit demi sedikit melunturkan cinta dan rasa hormatnya pada suami.

Jika anda berada dalam situasi ini, lihatlah video di bawah ini hingga selesai. Hanya 3 minit saja, lalu tanyakan lagi pada diri anda.., saya tujukan pada wanita kerana yang berbicara didalam video ini adalah seorang wanita...




Sudahkah anda benar-benar menerimanya?
semua hal baik tentang dirinya..?
juga ketidaksempurnaannya?

Video ini menceritakan seorang wanita yang baru saja kehilangan suami untuk selama-lamanya. Dalam balutan suasana duka, wanita ini dengan tabah menceritakan sedikit ketidaksempurnaan suaminya yang ketika hidupnya sedang menderita sakit.

Terjemahan ;

Saya tidak akan memuji mendiang suami saya, tidak hari ini.Saya juga tidak akan menceritakan betapa baiknya dia, karena anda semua pasti sudah mengetahuinya.
Tetapi..
Saya akan menceritakan hal kecil yang akan membuat anda semua merasa sedikit tidak selesa.
Pertama, saya akan menceritakan apa yang terjadi di tempat tidur.Pernahkah anda mengalami kesulitan menghidupkan enjin kenderaan di pagi hari? 
(dia membunyikan...)
Seperti itulah suara dengkuran suami saya.
Tetapi tunggu, berdengkur bukan segalanya.Suami saya juga sering 'buang gas'.Kadang bunyinya begitu keras, sehingga dia akan terbangun akibat 'bunyi gasnya' sendiri dan bertanya, "Suara apa itu?""Itu suara anjing," jawab saya. "Tidurlah kembali, sayang!"
Mungkin anda berfikir bahwa hal-hal seperti itu lucu.
Tetapi pada detik-detik terakhir hidupnya, ketika penyakit suami saya bertambah parah, 'bunyi dan suara' itu menjadi tanda bagi saya bahawa suami saya masih hidup.
Dan sekarang..
Saya merindukan suara dan bunyi itu lagi sebelum saya tidur.
Pada akhirnya..Ini menjadi hal-hal yang perlu anda ingat.Ketidak sempurnaannya yang membuatkan dia sempurna untuk anda
Jadi..Untuk anak-anak saya,Ibu berharap suatu hari nanti, ketika kalian juga menemukan pasangan hidup kamu saling memiliki "keindahan dalam ketidaksempurnaan" seperti erti kehadiran ayah kalian untuk ibu.

Oleh itu kekurangan dan ketidaksempurnaan seseorang, sebenarnya bukanlah penyebab yang akan melunturkan cinta anda untuknya... dan melupakan perkara-perkara baik yang telah dia lakukan...  Seharusnya tidak. Kerana tiada manusia yang sempurna... walaupun kadangkala anda merasakan anda sempurna, sedangkan sebaliknya pada pasangan anda, namun dalam ketidaksempurnaan itu, ianya boleh saling menempurnakan.
Gambar Hiasan

Video dan link ini diberikan oleh seorang rakan google plus. Dia bertanyakan tentang kehidupan saya dan keluarga sebagai seorang yang cacat.  Diakhir perbincangan, dia menjelaskan bahawa hidupnya sedang dibebani masalah kerana isterinya meminta cerai akibat dirinya juga telah menjadi seorang cacat akibat kemalangan.

Dia bertanyakan hukum... saya bukan seorang ustaz atau ulama' yang mampu memberi hukum sebaliknya saya meminta beliau merujuk kepada yang lebih arif. Namun disana saya percaya, sebahagian besar agamawan dan cerdik pandai islam hanya mahu menceritakan hal yang manis-manis dan lebih bersifat gah kerana ianya lebih diminati masyarakat umum dan akan menjadikan mereka lebih dan cepat terkenal...

Mereka melupakan malah meninggalkan perkara-perkara motivasi sebegini di sebalik hukum yang diberikan kerana mereka lupa bahawa mereka juga akan ditanya oleh Allah akan hasil kekayaan yang mereka kumpul dan bina dari agama-NYA ini, telah disempurnakan atau tidak?

Gambar Hiasan
Saya ada memberikan sedikit pandangan kepada beliau tentang kisah Julaibib sahabat Rasulullah S.A.W dimana yang juga mempunyai kecacatan tetapi Rasulullah S.A.W sendiri menawarkan kepadanya agar bernikah(berkahwin), dan hampirnya Rasul S.A.W dengan Julaibib sehinggakan Rasulullah S.A.W mengangkat martabatnya melalui hadisnya yang bermaksud ;  "Sesungguhnya Julaibib ini sebahagian daripada aku dan aku ini sebahagian daripada dia".

Malah, atas usaha baginda, Julaibib dinikahkan dengan seorang gadis Madinah yang sempurna dan solehah.

Malah banyak lagi kisah-kisah dan pengajaran yang boleh dikupas oleh agamawan untuk membentuk sifat qana'ah dikalangan isteri yang di uji sedemikian rupa... 

Untuk memotivasi dan mengulas tentang apa yang dihadapi oleh orang cacat tidak akan menjanjikan mereka cepat glamour dan menjadi terkenal... Berapa sangatlah bilangan orang cacat... dan kaya manalah sangat orang cacat? Untuk memanggil agamawan untuk membicarakan perihal mereka... Sebab itu bila melihat rancangan yang manis-manis, yang bertanya itu ini, atau sebagainya yang berkaitan dengan motivasi agama ini... ianya menjadi tawar dan pahit kepada golongan cacat kerana ianya lebih membawa orang yang sihat itu 'mencintai dunia dalam dunia cintanya...'

Dan pastinya golongan cerdik pandai agamawan ini tidak akan terlepas dari soal jawab dengan Allah setelah kekayaan mereka kumpul hasil dari agama ini tetapi 'mendiskriminasi' sebahagian ilmu darinya...

Walaupun video ini, diucapkan oleh orang bukan Islam, saya penuh yakin didalam Islam jika dirungkai... ianya lebih sempurna dari apa yang disebutkan didalam video ini...

Wallahhu'alam...

omar - aku oku

-
~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 

-

No comments: