Syuraih dilahirkan di daerah Yaman, dia orang pertama yang masuk Islam ketika Islam mula memasuki Yaman. Dia berharap dapat bertemu Rasulullah S.A.W dan menjadi sahabatnya, tetapi takdir tidak mempertemukannya dengan Rasulullah S.A.W.
Gambar Hiasan - Negara Yaman |
Syuraih diangkat menjadi hakim dimasa pemerintahan Khalifah Umar bin Khatthab, Utsman bin Affan, Ali bin Talib dan Mu'awiyah, beliau menjadi Qadhi di Kufah dan hampir selama 60 tahun menjabatnya. Qadhi Syuraih terkenal dengan kebijaksanaan, kelihaian dan ketegasannya.
Qadhi Syuraih bertanya kepada Umar: "Apakah anda membeli kuda ini dalam keadaan baik?"
Jawab Umar: "Benar"
Qadhi Syuraih: "Ambillah yang telah anda beli ya Amirul Mukminin, atau kembalikan kuda ini dalam keadaan seperti apabila anda membelinya"
Suatu hari Khalifah Ali bin Talib mencari baju besinya ditangan seorang kafir dzimmi (orang kafir yang dilindungi oleh Khilafah Islamiyah, dalam riwayat lain kafir dzimmi ini seorang Ya hudi), kemudian Ali meminta baju-baju besi itu: "Ini adalah milikku yang jatuh dari untaku pada malam anu dan ditempat anu "
Kafir dzimmi menjawab: "Ini adalah barangku dan berada ditanganku ya Amirul Mukminin"
Setelah tidak ada keputusan, mereka berdua menghadap Qadhi Syuraih. Ali dan kafir dzmmi menjelaskan permasalahannya, Qadhi Syuraih berkata kepada Ali: "Aku tidak meragukan kejujuranmu ya Amirul Mukminin, bahawa barang-barang ini milikmu. Tetapi harus ada dua orang saksi yang menyaksikan kebenaran tuduhanmu "
Jawab Ali: "Aku punya dua orang saksi, penyokong Khanbar dan puteraku Hasan"
Qadhi Syuraih: "Tetapi kesaksian anak bagi ayahnya tidak berlaku, ya Amirul Mukminin"
Ali terperanjat: "Subhanallah, seorang ahli syurga (Hasan) ditolak kesaksiannya?. Apakah engkau tidak pernah mendengar Rasulullah S.A.W berkata bahawa Hasan dan Husain adalah pemuka para pemuda ahli syurga?
Qadhi Syuraih: "Aku tahu, hanya saja kesaksian seorang anak ke atas ayahnya tidak dibenarkan"
Ali berkata kepada kafir dzimmi: "Ambillah barang itu kerana aku tidak punya saksi lagi selain mereka"
Kafir dzimmi dengan takjub berkata: "Aku bersaksi bahawa barang itu milikmu ya Amirul Mukminin. Ya Allah, Amirul Mukminin menghadapkan aku ke depan qadhinya dan qadhinya memenangi aku. Kuakui bahawa agama yang mengajar seperti ini adalah agama yang benar dan suci, Asyhadualla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah. Kerana barang ini milikmu, maka ku kembalikan kepada "
Jawab Ali: "Kerana engkau kini seorang muslim, maka ku hadiahkan baju-baju besi ini untukmu, juga kudaku ini"
Kafir dzimmi ini ikut memerangi kaum Khawarij hingga syahid. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment