Wajib membaca fatihah dalam solat dengan betul.. Iaitu dengan 14 tashdid. Menurut imam Al-Nawawi sekiranya gagal menunaikan satu tashdid, batal lah fatihahnya. Cuba teka dimana 14 tashdid itu...
Jawapan 1:
Jangan malas, al-quran ada di rumah pergi buka dan kira. Teka teka ini membuatkan ramai orang dapat pahala kerana membuka al-quran. Ini bukan teka teki karut yang tiada jawapan di hadapan, jawapan ada dalam Al-Quran.
Jawapan 2:
1. Tasydid huruf "Lam" jalalah pada lafaz (الله ).
2. Tasydid huruf "Ra'" pada lafaz ( الرّحمن ).
3. Tasydid huruf "Ra'" pada lafaz ( الرّحيم).
4. Tasydid "Lam" jalalah pada lafaz ( الحمد لله).
5. Tasydid huruf "Ba' pada kalimah (ربّ العالمين ).
6. Tasydid huruf "Ra'" pada lafaz (الرّحمن ).
7. Tasydid huruf "Ra'" pada lafaz ( الرّحيم).
8. Tasydid huruf "Dal" pada lafaz (الدّين ).
9. Tasydid huruf "Ya'" pada kalimah ( إيّاك نعبد) ).
10. Tasydid huruf "Ya" pada kalimah (وإيّاك نستعين ).
11. Tasydid huruf "Shad" pada kalimah ( اهدنا الصّراط المستقيم).
12. Tasydid huruf "Lam" pada kalimah (صراط الّذين ).
13. Tasydid "Dhad" pada kalimah (ولا الضالين).
14. Tasydid huruf "Lam" pada kalimah (ولا الضالين).
SUMBER :: kredit dari post Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan para komentator di sana.
No comments:
Post a Comment