Musim mengejar glamer dan ingin menonjolkan diri dikalangan anak-anak remaja semakin menjadi-jadi sekarang ini. Bermacam-macam bentuk video diupload untuk mencari publisi disamping mungkin berharap akan popular macam Syasya Solero.
Namun dalam 'demam penonjolan diri' tersebut, perkara agama apatah lagi yang berkaitan dengan hukum hakam bukanlah 1 perkara yang boleh di perolok-olokkan atau dikeluarkan tanpa ilmu yang mendalam dan pengkajian yang khusus.
Tetapi bagi adik yang dikenali sebagai 'ainun nisaa rahman' ini, dia amat yakin dengan apa yang beliau perkatakan didalam videonya di youtube. Mungkin niat dia baik untuk memberitahu sesuatu yang orang lain belum tahu...
Antara apa yang diperkatakan didalam youtube tersebut ada dicatatkan didalam blog beliau ;
Assalamualaikum sahabat sekalian,sory lame x update blog..hemm,hari nie nisa nk membincangkan tntg hukum memakai jam tangan ketika berada dalam solat..hukumnya sebenarnye tidak sah solat itu kerana bateri je...bateri jam itu diperbuat daripada bahan kimia,bahan kimia juga diperbuat drpd bahan campuran seperti najis,alkohol dan sebagainya.. perkara yang membatalkan solat salah satunya ialah najis..kalau kita pakai bende yang najis,dah sah-2 kita punya solat tak sah..memang benar hukum memakai jam ini tiada dalam al-quran dan hadis,tetapi kita ade akal,dan mestilah menggunakan akal sebaik-2 nye...mengkaji dengan lebih mendalam tentang hukum...kita juga mestilah berfikir dengan logik..selain itu juga,bateri phone juga tak boleh bawak ketika dalam solat..kalau nak pakai jam ngan phone ketika solat,letak tepi baterinya....kebanyakan ulama' yang mengetahui hal ini,biasenye ketika menjadi imam,mereka meletakkan mic kecil yang menggunakan bateri tu dekat tempat sujud..saya harap soalan ini terjawab..insyaAllah...
Facebook : nisaa nadeela ad-dinId
wechat: nisaarahmanInstagram : nisaa_nadeela
LINK - KLIK
Namun beliau amat yakin dengan kenyataannya, seperti mana jawapan yang diberikan didalam Facebook miliknya ;
KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR |
Cladamius Zoonel,sye tidak mengatkan haram menggunakan alat berbateri,tapi,tidak sah solat memakai bende yg berbateri,kerana pembuatan bateri..takut-2,ade najis lembu ke,alkohol yg tidak dibenarkan ke??melainkan kita sendiri pergi tgk pembuatan bateri tersebut..mmg imam dan bilal memakainya dia mekah,itu kerana diharuskan kerana darurat kerana ramai jemaah..selain itu jugak mungkin imam dan bilalnya maseh tidak mengetahu tntg perkara ini..hukum ini nisa juga tlh lihat dlm kitab-2 lama umi kerana dulu umi seorang pelajar pondok..nisa x pandai nk buat hukum sendiri.harap-2 soalan awk terjwab..insyAAllah
LINK FACEBOOK BELIAU
Persoalan yang timbul mungkinkah ada guru atau ustaz yang memberitahu beliau akan hal tersebut ? atau dia hanya ingin mencari publisiti kerana dalam statusnya dia menyebut ;
My video hukhukhuk.hope terhibur ><
Dan antara komen yang terdapat pada video tersebut ;
Sappyre Hwang16 hours ago well, I'm no religious people, but from the scientific view...
as a science student, I daresay there's no 'najis' element in the chemical part of a battery, insyaAllah. but I'm sure you dont need to be a science student to know that. it's basic chemistry, we learn about components of a battery and how it works in form 4, if im not mistaken.if you want to argue that the chemical elements comes from 'najis haiwan' and stuff..as far as I know, the chemical make used from from najis haiwan is usually nitrogen (widely used as fertilizer for plants), and nitrogen is not one of the main chemical used in batteries. not in watch batteries or button cell, at least. refer here for the list of chemical composition of watch batteries. http://en.wikipedia.org/wiki/Button_celland alcohol is not a 'najis' too, I think? i'm talking about the alcohol used in labs and stuffs. peace :)
Ramai komen yang meminta supaya adik ini memadam video tersebut dan saya juga bependapat sedemikian. Padamlah dik, sebelum ianya diupload oleh orang lain dan di download semula oleh mereka.
-
~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~
- BELAJAR KOMPUTER - HANYA 1 PELAJAR UNTUK 1KELAS 1 MURID ? KLIK
- IKLANKAN PRODUK/PERNIAGAAN ANDA DENGAN KAMI - KLIK
-
1 comment:
bagi aku, biar lah mufti shj yg mengeluarkan fatwa kerana itu sah sah tugas mereka dan meliputi ilmu yg mereka pelajari, kita yg x berapa cerdik ni x perlu lah nak memandai mandai buat hukum agama sendiri...takut nanti mengelirukan org lain terutamanya mualaf yg baru nak mengenali islam. Peace...
Post a Comment