Thursday, January 16, 2014

PERBAHARUILAH TAUBAT KEPADA ALLAH SWT


Perbaharuilah Taubat Kepada Allah SWT :

(1)- Taubat adalah langkahan pertama untuk kita mencintai dan merindui Allah SWT. Pintu taubat terbuka luas buat hamba-hamba Allah SWT. Bertaubat setiap hari dan setiap ketika.- Jiwa dan sanubari kita penuh dengan kesan-kesan dosa dan maksiat.

(2) Perbaharuilah taubat dalam setiap munajat, setiap doa dan setiap rintihan jiwa terhadap Allah SWT.- Antara waktu yang terbaik untuk bersunyi untuk bersama Allah SWT ialah disepertiga malam. Nah! Ia adalah waktu yang istimewa bagi jiwa-jiwa yang mendambakan keampunan dan rahmat kasih sayang Allah SWT.


(3) Dengan bertaubat, jiwa dan hati kita akan bersinar bersih dan putih bercahaya. Dengan hati sebeginilah kita akan mempunyai kekuatan yang luar biasa. – Kekuatan untuk menyerahkan segala-galanya pergantungan kepada Allah SWT. Benarlah kata-kata Ibnu Qayyim al-Jauziyah :

“ Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu rasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang lain pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu betul-betul mencintai Allah.” 

(4) Perbanyakanlah istighfar, agar anda menemui jalan keluar, memperolehi ketenangan batin, rezeki yang halal, zuriat yang soleh dan hujan lebat yang membawa berkah.

(5) Bersegera bertaubat dan memperbanyakan taubat – harus menjadi agenda yang utama dan penting di dalam kehidupan kita sebagai seorang mukmin yang beriman dan bertakwa. InsyaAllah

sumber - Ustaz Abu Basyer

-

~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 
-

No comments: