“Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya.”
Begitulah tuturkata indah yang pernah ditutur oleh lidah khalifah kedua umat Islam, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tatkala beliau dihadiahkan makanan istimewa daripada Utbah bin Farqad, gabenor Arzerbaijan. Makanan yang terkenal paling lazat di Arzerbaijan ini diberi nama habish itu dibuat daripada minyak sapi dan kurma.
Sejurus makanan tersebut dihidang di hadapan khalifah, Saidina Umar lantas bertanya apakah nama makanan tersebut dan adakah seluruh rakyat di sana dapat menikmatinya..?
Beliau dimaklumkan bahawa makanan ini hanya dapat dinikmati golongan atasan.
Kisahnya seperti berikut ;
Showing posts with label KISAH. Show all posts
Showing posts with label KISAH. Show all posts
Tuesday, January 20, 2015
Tuesday, December 30, 2014
PAK NGAH KATERING (D' LAKSAMANA CATERING)
Setiap kali ada program termasuk Projek Bimbing dan Dakwah di Kampung-kampung Orang Asli, Team DOA selalunya akan menempah makanan dekat Pak Ngah, peniaga Kedai Makan di Food Court PPR Laksamana.
Istimewanya, Pak Ngah akan memberikan harga yang 'istimewa gilerr' untuk tempahan makanan bagi projek amal terutama di Kampung Orang Asli Ulu Batu.
Sudahlah harganya yang sangat murah, Pak Ngah berikan pula kueh atau makanan lain sebagai tambahan.
Pernah 1 ketika, kami kekurangan bajet untuk menjalankan aktiviti, Pak Ngah telah meletakkan harga luar jangka murahnya bagi membolehkan kami menggunakan lebihan kewangan pada masa itu untuk keperluan lain.

Monday, August 11, 2014
KISAH BENAR MUJAHIDEEN AL-QASAM TERPERANGKAP DIDALAM TEROWONG
[Mujahidin Al-Qassam terperangkap dalam terowong berminggu-minggu, akhirnya berjaya keluar dengan selamat]
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap dalam terowong bawah tanah dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.
Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan selamatnya semalam. Baki anggota Briged Al-Qassam yang lain masih dicari.

Label:
ARKIB BERITA,
ISLAM,
KISAH,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI
Saturday, May 10, 2014
INTELEKTUAL INGGERIS MEMELUK ISLAM KERANA PUASA
Kisahnya pada suatu hari, seorang intelektual dan sasterawan berbangsa Inggeris, Sir Rowland George Allanson, menyaksikan kaum muslimin di Pakistan sedang berpuasa. Ketika itu kebetulan sedang musim panas yang sangat terik.
"Sungguh gila orang-orang ini" kata hatinya. "Di cuaca panas terik sebegini mereka tidak minum dan tidak makan!".
Setelah menyaksikan mereka yang berpuasa tidak menampakkan mereka lemah dan letih, malahan nampak lebih segar dan tetap menjalani kehidupan dalam bahagia. Maka tergeraklah hatinya ingin mencuba untuk merasakan nikmatnya berpuasa itu.

Thursday, May 8, 2014
SURAT DARI ARWAH IBU...
Aku jumpa cerita ni di wall rakan g+ dari seberang. sedih dan pilu aku rasakan. sebab aku pun sakit dan cacat...
tak tahulah cerita ini betul atau rekaan, aku kongsikan dengan kawan-kawan semua... bacalah, sediakan tisu...
Ya Allah, rahmatilah kedua ibu dan ayahku...
Surat yang diwasiatkan oleh seorang ibu untuk diberikan kepada anaknya yang telah lama tidak datang menjenguknya di hospital. Menurut anaknya, dia ada tugasan di luar negara sedangkan dia tahu ketika itu ibu dia sedang sakit tenat. Sebelumnya pun dia jarang datang melawat ibu ini, tetapi meninggalkan bayaran yang banyak kepada pihak hospital untuk menjaga ibunya yang sedang sakit dan cacat itu...
Ibu ini yang sangat rindu akan anaknya telah meminta seorang jururawat di situ untuk menuliskan surat ini dan menyampaikan kepada anaknya ketika dia telah meninggal dunia.

islamic english tazkirah,
KISAH,
KONGSI ARTIKEL
Sunday, April 27, 2014
KISAH TAULADAN, BUNGKUSAN NASI DARI IBU
Cerita ini saya baca di google plus rakan Indonesia, yang sangat memberi kesedaran. Saya susun semula dalam bahasa Malaysia atau bahasa Melayu yang mudah di fahami. Mari kita hayati kisah ini ;
Aku bekerja malam dan habis bekerja waktu pagi. Seperti kebiasaan, aku akan dapat melihat bermacam peristiwa didalam perjalanan pulangku. Namun di satu pagi ketika aku pulang dari pejabat dengan menaiki keretaku, disatu persimpangan ketika menunggu lampu isyarat, entah mengapa mataku terpaku melihat satu peristiwa yang sangat menarik yang selama ini tidak aku hiraukan. Seorang remaja berumur dalam lingkungan belasan tahun dengan bersungguh menyelinap dicelah-celah kesesakan kenderaan disebuah salah sebuah jalan di kota Jakarta.
Dengan membawa bungkusan yang cukup banyak, dia mengayuh basikal, mundar mandir membahagi-bahagikan bungkusan tersebut. Dia amat peramah sekali dengan setiap orang. Bila bertemu dengan peminta sedekah atau warga gelandangan, tukang sapu dan beberapa orang susah yang berada di sekitar tempat itu, dia akan memberikan bungkusan itu kepada mereka diiringi senyuman.
Peristiwa ini membuatkan hati aku makin tertanya-tanya dan tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan peristiwa yang ku lihat itu. Fikiranku tertanya-tanya apakah yang diberikan oleh si remaja tersebut didalam bungkusan itu. Mungkin makanan... Adakah dia sedang berniaga? Kalau dia berniaga, mana mungkin seorang peminta sedekah dan orang gelandangan menjadi pelanggan tetapnya...?
Label:
ISLAM,
islamic english tazkirah,
KISAH,
KONGSI ARTIKEL
Wednesday, March 30, 2011
Kisah Kancil Cucuk Angin EVO7
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.
Tiba-tiba datanglah sebuah kereta EVO7 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. "aa'ha rosak" jawap pakcik tu simple aje.... "Ok, cam nie, saya ada tali, nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea. "Worrait gak tu...", tapi...., nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan HON dan bagi HIGH BEAM" tegas pakcik kerisauan.
Saturday, March 19, 2011
Penghijrahan Cat Steven
Populariti dan kekayaan tidak menjamin seseorang hidup bahagia di dunia ini. CAT STEVEN, bintang pop rock era tahun '70-an, yang kemudian dikenali dengan nama YUSUF ISLAM, justeru merasakan kegelisahan hidupnya ketika sedang berada di puncak populariti dimana dia hidup di kelilingi harta. Rasa gelisah mendorongnya untuk menyusuri jalan berliku mencari Tuhan hingga dia bertemu dengan hidayah cahaya Islam dan akhirnya menjadikan beliau seorang pendakwah dengan alternatif pengalamannya dalam bidang muziknya dan aktif dalam kegiatan-kegiatan sosial yang mengajak kepada mendekati Allah .
Tuesday, March 15, 2011
Tudung dan Topi keledar
(Sebelum ini cerita ini saya muatkan di FB saya. Saya update sikit cerita ni sebab nak abadikan di blog ni pulak) link

Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling, datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan gendai gunting itu juga.
Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya, budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu,
"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.
"Ya dik..." jawabnya
Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"
Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.
Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takutpun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"
Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...
Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun....
Fikir2kanlah
Sunday, March 13, 2011
Doa ayah cepat mati
PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu. Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.
Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.
Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.
Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.
“Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.
selanjutnya di MyMetro
Bersyukur sebahagian besar anak-anak yang punya seorang ayah yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, hingga lahirnya kita dalam kehidupan yang sesempurna ini sekarang. Namun ada segelintir masyarakat yang akan melalui penderitaan hidup akibat kepincangan didikan yang akan menyebabkan mereka menanggung derita hingga memungkinkan mereka mendoakan kepada ayah mereka seperti doa di keratan akhbar di atas.

CORETANKU,
ISLAM,
KISAH,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI
Thursday, March 3, 2011
Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi
Ringkasan Biodata
As Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al Marbawi Rahimahullah
Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989) ialah seorang tokoh di dalam bidang persuratan yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan fiqah. Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya adalah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini.

Friday, February 25, 2011
Rasulullah SAW dengan sebiji limau
.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti teringin untuk memakannya. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabat baginda. Rasulullah SAW terus memakan limau itu. Setiap ulas yang dimakan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda Rasulullah.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti teringin untuk memakannya. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabat baginda. Rasulullah SAW terus memakan limau itu. Setiap ulas yang dimakan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda Rasulullah.
Label:
ISLAM,
KISAH,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI
Wednesday, February 23, 2011
KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Label:
ISLAM,
KISAH,
KONGSI ARTIKEL,
MOTIVASI,
Video
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)