Tuesday, January 20, 2015

KISAH UMAR DAN HABISH - KENYANGKAN PERUT RAKYAT

“Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya.”

Begitulah tuturkata indah yang pernah ditutur oleh lidah khalifah kedua umat Islam, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tatkala beliau dihadiahkan makanan istimewa daripada Utbah bin Farqad, gabenor Arzerbaijan. Makanan yang terkenal paling lazat di Arzerbaijan ini diberi nama habish itu dibuat daripada minyak sapi dan kurma.

Sejurus makanan tersebut dihidang di hadapan khalifah, Saidina Umar lantas bertanya apakah nama makanan tersebut dan adakah seluruh rakyat di sana dapat menikmatinya..?


Beliau dimaklumkan bahawa makanan ini hanya dapat dinikmati golongan atasan.


Kisahnya seperti berikut  ;


Suatu ketika Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar bin Khattab ditawarkan makanan oleh rakyatnya. Suatu kebiasaan yang lazim pada masa itu. Dengan senang hati, gabenor menerimanya seraya bertanya:

“apa nama makanan ni?”

“namanya habish, ia dibuat daripada minyak sapi dan kurma,” jawab salah seorang daripada mereka.

Gabenor segera menjamah makanan itu. Sejenak kemudian bibirnya menguntumkan senyuman. “Subhanallah!” Betapa manis dan enaknya makanan ini. Tentu kalau makanan ini kita kirim ke Amirul Mukminin Umar bin Khattab di Madinah, dia pasti akan gembira,” ujar Utbah. Kemudian, dia memerintahkan rakyatnya supaya membuat makanan tersebut yang lebih enak.

Setelah makanan tersedia, gabenor memerintahkan anak buahnya supaya berangkat ke Madinah dan membawa habish untuk Khalifah Umar. Dua utusan segera berangkat ke Madinah. Mereka menyerahkan makanan khas Azerbaijan itu kepada Umar. Khalifah segera membuka dan merasanya.

“makanan apa ini?” tanya Umar
“makanan ni namanya habish. Makanan paling lazat di Azerbaijan,” jawab salah seorang utusan.

“apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati makanan ni?” tanya Umar.

“tidak, tidak semua boleh menikmatinya,” jawab utusan itu gugup.

Wajah Khalifah Umar berubah menjadi merah petanda marah. Maka, utusan yang datang itu diminta pulang ke negeri mereka dengan membawa kembali habish tersebut. Kepada gabenor, Saidina Umar menulis surat;

“….. makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ni sebelum engkau mengenyangkan perutmu.”

Kisah ini terkandung dalam kitab Manaqih Amirul Mukminin yang dikarang oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyah. Hasan Al-Basri, seorang ulama zuhud.






No comments: