Setiap kali ada program termasuk Projek Bimbing dan Dakwah di Kampung-kampung Orang Asli, Team DOA selalunya akan menempah makanan dekat Pak Ngah, peniaga Kedai Makan di Food Court PPR Laksamana.
Istimewanya, Pak Ngah akan memberikan harga yang 'istimewa gilerr' untuk tempahan makanan bagi projek amal terutama di Kampung Orang Asli Ulu Batu.
Sudahlah harganya yang sangat murah, Pak Ngah berikan pula kueh atau makanan lain sebagai tambahan.
Pernah 1 ketika, kami kekurangan bajet untuk menjalankan aktiviti, Pak Ngah telah meletakkan harga luar jangka murahnya bagi membolehkan kami menggunakan lebihan kewangan pada masa itu untuk keperluan lain.
Pada bulan OKTOBER 2014 yang lalu, kami telah mengadakan program KORBAN PERDANA bersama masyarakat orang asli untuk membimbing orang asli tentang ibadah korban. Pak Ngah telah mengorbankan masanya untuk menjadi tukang masak untuk jamuan pada program tersebut. Nasi Beriyani Kambing Pak Ngah memang power. 'Amy' nama di Facebook seorang sukarelawan kami telah menceritakan bahawa beliau tidak suka makan kambing. Oleh kerana hari program korban tersebut, tiada lauk ayam atau makanan lain, dia terpaksa juga memakan Nasi Beriani Kambing yang Pak Ngah sediakan. Apa terjadi? Bacalah di Wall Facebook beliau ;
Semuga Allah memurahkan rezeki dan merahmati Pak Ngah sekeluarga atas kesediaan Pak Ngah bersama kami menjayakan projek amal ini.
Atas dasar itu, bagi kawan-kawan yang ingin buat jamuan dirumah, pejabat atau dimana jua, bolehlah menempah hidangan dari Pak Ngah.
Hubungi OMAR - 012 555 0546 untuk kami perkenalkan kepada Pak Ngah supaya anda boleh berurusan terus dengannya. Itulah sahaja cara kami untuk membalas jasa baik Pak Ngah.
~OMAR~
No comments:
Post a Comment