Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.
Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.
Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.
“Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.
selanjutnya di MyMetro
Bersyukur sebahagian besar anak-anak yang punya seorang ayah yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, hingga lahirnya kita dalam kehidupan yang sesempurna ini sekarang. Namun ada segelintir masyarakat yang akan melalui penderitaan hidup akibat kepincangan didikan yang akan menyebabkan mereka menanggung derita hingga memungkinkan mereka mendoakan kepada ayah mereka seperti doa di keratan akhbar di atas.
Mengalir air mata ini, di saat aku terlalu merindui abah dan tiada keizinan untuk menjenguknya musim cuti persekolahan kali ini. Bagi kita yang punya seorang ayah yang bertanggungjawab, panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah dan selalulah mendoakan kedua ibu ayah. Jika ada segelintir masyarakat yang punya ayah yang tidak menjalankan amanah dengan betul, kita masih boleh mendoakan mereka agar Allah bukakan jalan agar terbuka pintu hatinya agar dapat menjadi seorang 'ayah' yang sesempurna mungkin.
Tanpa kedua ibu ayah kita tak mungkin lahir kedunia ini. Jika berlakupun suasana kepincangan kasih sayang seumpama ini, kita masih punya ruang untuk berdoa agar mereka kembali pada jalan hidup yang di redhai dan menjadi keluarga yang bahagia yang memang diinginkan oleh semua insan di dunia ini.
Kita tidak merasai suasana ini, mungkin tidak akan dapat merasai keperitan jiwa yang di tanggunngi oleh anak yang seperti ini. Muga Allah buka jalan agar mereka kembali hidup dalam suasana bahagia dan gembira dalam menuruti perintah Allah bagi membina hidup yang mampu membawa bahagia itu hingga ke syurgaNYA. Lengkapi hidup dengan sentiasa merujuk kepada wahyu Allah, mudah-mudahan kita semua akan terselamat dari kepincangan hidup seperti ini.
Usaha yang terakhir ialah mendoakan mereka agar kembali pada redha Allah dan Allah mengampuni dosa-dosa mereka...
Kisah selanjutnya di sini
Salah silap, saya mohon maaf.
No comments:
Post a Comment