Thursday, May 8, 2014

SURAT DARI ARWAH IBU...

Aku jumpa cerita ni di wall rakan g+ dari seberang.  sedih dan pilu aku rasakan. sebab aku pun sakit dan cacat...

tak tahulah cerita ini betul atau rekaan, aku kongsikan dengan kawan-kawan semua... bacalah, sediakan tisu... 



Ya Allah, rahmatilah kedua ibu dan ayahku...

Surat yang diwasiatkan oleh seorang ibu untuk diberikan kepada anaknya yang telah lama tidak datang menjenguknya di hospital.  Menurut anaknya, dia ada tugasan di luar negara sedangkan dia tahu ketika itu ibu dia sedang sakit tenat.  Sebelumnya pun dia jarang datang melawat ibu ini, tetapi meninggalkan bayaran yang banyak kepada pihak hospital untuk menjaga ibunya yang sedang sakit dan cacat itu...

Ibu ini yang sangat rindu akan anaknya telah meminta seorang jururawat di situ untuk menuliskan surat ini dan menyampaikan kepada anaknya ketika dia telah meninggal dunia.


SURAT DARI ARWAH IBU...


Anakku yang tercinta, ibu sangat sedih kerana surat ini menjadi perantara komunikasi antara kita, tetapi inilah satu-satunya cara yang ada pada ibu, yang memungkinkan bagi ibu untuk memberitahu kamu tentang perkara-perkara yang harus kamu dengar dari ibu sebelum ibu meninggalkan dunia yang fana ini.

Anakku, semenjak kamu menipu dan membawa ibu masuk ke rumah sakit ini, walaupun ibu tidak mahu... ibu jarang melihatmu melainkan sekali sekala sahaja, oleh itu biarlah ibu berbicara melalui surat ini dan kamu akan meneliti setiap patah perkataannya tanpa boleh memotong satu ayatpun darinya.

Anakku tercinta… ketika surat ini sampai kepadamu bererti ibu telah meninggalkan kehidupan ini. 

Wahai anakku, sesungguhnya ibu dapat merasakan akan pergi dalam waktu dekat, doktor telah memberitahu bahawa keadaan kesihatan ibu semakin lemah… ibu memerlukan tambahan darah dalam jumlah yang banyak… tetapi kamu tiada disisi ibu...

ibu cuba menolakkannya kerana tiada darah ganti kerana kamu masih lagi belum datang menjenguk ibu, dan ibu dapat merasakan kehadiran malaikat maut yang selalu datang untuk menjalankan tugasnya namun ibu tidak tahu bila, namun ibu pasti ianya hampir...

Wahai anakku, jangan kamu anggap bahawa dengan kata-kata ini, ibu berusaha untuk menarik simpatimu agar datang menziarahi ibu disini. Tidak, bukan itu tujuan dan maksud ibu, karena ibu telah wasiatkan kepada pembawa surat ini agar tidak menyerahkannya kepadamu kecuali setelah ibu meninggalkan kehidupan ini menghadap Allah yang Esa. Karena ibu tahu bahawasanya selama ibu masih hidup kamu tidak akan membacanya, kamu sibuk dengan kesibukan duniamu, dan ibu berharap kamu akan membacanya setelah kematian ibu.

Kerana ibu tahu, ketika ibu sudah mati, ibu tidak akan menyusahkan kamu lagi, kerana ketika ibu ada didunia inipun seperti tiada apa-apa erti bagi kamu anakku.  Tapi ketahuilah anakku, ibu sangat teringin untuk melihat wajah anak ibu buat kali terakhirnya sebelum mata ibu tertutup rapat. Sebenarnya ibu amat rindukan kamu.

Anakku yang ibu sayang... ibu amat berduka disaat-saat akhir hidup ibu, ibu bersendirian tanpa ditemani oleh kamu. Setelah ayah tiada, kita hanya hidup berdua... sehinggalah kamu dewasa dan berjaya. Kejayaan dan rakan-rakan niaga kamu telah mengambil alih tempat ibu. Ibu sudah tidak penting bagi kamu, ya... kamu sudah besar... kamu sudah berjaya... kamu sudah kaya... 

kamu malu punya ibu seperti dan secacat ini. duit yang kamu hantar hanya seperti bayaran kepada ibu membesarkan kamu. ibu lebih rela tidak makan asalkan dapat bersama kamu anakku. ibu lebih mengenyangkan jiwa ibu ini.

Ibu ingin seperti ibu-ibu yang lain, dikala ibu telah tidak mampu untuk berdiri lagi, kamu ada untuk mengambilkan wudhu' untuk ibu... ibu mahu kamu menyarungkan telekung buat ibu... tapi sayang... itu bukan lagi menjadi tugasmu setelah kamu mengenal erti hidup dalam kemewahan bersama rakan-rakanmu.

Dan yang paling penting anakku sayang, ibu mahu mendengar suaramu berbisik ke telinga ibu akan khalimah suci sebelum roh dan jasab ibu berpisah. Ibu juga ingin kamu bersama mentalkinkan ibu serta mendo’kan rahmat dan pengampunan Allah untuk ibu… 

Sesungguhnya kematian ditempat ini tidak ada harganya.. karena si sakit tidak lebih dari pengisi tempat tidur yang akan kosong untuk diisi pada hari berikutnya oleh pesakitan lain, menanti gilirannya diatas papan penantian! 

Anakku, sesungguhnya ibu ingin mema’afkanmu.. ibu nantikan wajahmu setiap hari untuk datang menggengam erat tangan ibu sambil menciumnya... “Ma’afkan saya Ibu” suara yang sangat ibu nantikan...

Tapi malang, hingga surat ini kamu baca, kamu lebih mengutamakan keseronokan hidupmu dari bersama ibu yang telah tua dan sakit ini..

tahukah kamu anakku sayang, walaupun begitu, ibu telah maafkan kamu dan boleh melupakan segalanya kerana itulah kasih sayang seorang ibu yang tiada penamatnya... namun, ibu tidak pasti walaupun ibu telah memaafkankamu, bahawa kamu akan selamat dari azab Allah sebagai anak yang mendurhai kedua ibu ayahnya... Allah itu tidak pernah lupa dan tidak tidur...

Satu pesan ibu... bertaubatlah anakku...


Ibumu yang terluka









SUMBER


-

No comments: