Thursday, March 31, 2011

Kisah Burung Mengucap Syahadah

 

Seorang tok guru telah memelihara seekor burung yang boleh mengajuk beberapa patah perkataan yang di dengari oleh burung ini dari percakapan orang di sekitarnya.  Tok Guru tersebut selalu mengajarkan burung itu menyebut khalimah لا اله الا الله.

Burung yang jinak dan tidak dikurung ini akan terbang ke tempat lain dan kemudiannya akan kembali ke tempat tinggalnya di sangkar yang tergantung di rumah tok guru tersebut.  Selepas penat mengajar anak-anak murid beliau, waktu lapangnya, tok guru ini akan bermain-main dengan burung itu dengan mengajarnya menyebut khalimah لا اله الا الله.   Burung itu akan menyebut khalimah لا اله الا الله itu berulang-ulang dan tok guru itu amat terhibur dengan keistimewaan burung itu yang mampu menyebut khalimah syahadah itu dengan betul.

Satu hari selepas mengajar anak-anak muridnya, seperti biasa tok guru ini akan bermain-main dengan burung ini sebagai penghibur hatinya setelah penat mengajar.  Dia amat terhibur bila mendengar burung itu mampu mengucap khalimah لا اله الا الله dengan baik.  Dalam keadaan dia mendengar burung itu menyebutnya berulang-ulang,  tok guru itu terlelap kerana kepenatan.

Dalam masa yang sama, seekor kucing sedang mengendap untuk menangkap burung tersebut.  Kucing itupun menerkam burung tersebut serta mengokak bahagian tengkok burung itu.  Tok Guru tersebut terjaga dan menghalau kucing itu,  namun tindakan tok guru untuk menyelamatkan burung itu telah terlambat kerana burung itu telah tercedera dan mengerang kesakitan. Tidak berapa lama kemudian burung itu mati.

Guru telah berasa teramat sedih atas kematian burung itu.   Beberapa hari tok guru itu termenung setelah kematian burung itu.  Anak-anak murid tok guru tersebut amat merasa hairan dan pelik terhadap sikap tok guru tersebut.  Tidak mungkin kerana kematian seekor burung tok guru itu sampai bersedih sebegitu rupa?  Merekapun mengambil keputusan untuk bertemu dan bertanyakan hal tersebut kepada tok guru tersebut.

Kenapakah tok guru itu bersedih dan termenung sampai sebegitu rupa kerana kematian burung itu?

IKUTI KISAH SETERUSNYA DALAM LINK BERIKUT



2  -  KLIK



KLIK UNTUK SUMBANGAN PENGENDALIAN BLOK YANG DIKENDALIKAN OLEH WARGA OKU

Wednesday, March 30, 2011

Cara-cara Mengelak dari terkena RASUKAN


السلام عليكم

Ketika sedang menyunting dan menyusun semula ceramah Ustaz Hishamuddin untuk dijadikan CD Ceramah jualan,  saya terjumpa bab bisikan JIN yang dikupas oleh Ustaz Hishamuddin.  Pada pertengahan ceramah, ustaz terdengar ada orang memanggilnya,  tetapi tiada yang memanggil. 

Bila saya ulang-ulang dengar memang ada kedengaran semacam suara memanggil ABAH.  Jadi saya uploadkan untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan.  Panggilan tu mungkin datangnya dari luar tempat Ustaz berkuliah kut...

Yang pentingnya ilmu,  dimana dalam ceramah ini,  Ustaz telah memberi langkah-langkah untuk mengelakkan diri dari terkena rasuk (kerasukan).
 
Muga ada manfaatnya untuk kawan-kawan.
 

Terima kasih...



Kisah Kancil Cucuk Angin EVO7

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.  Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.  Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.
Tiba-tiba datanglah sebuah kereta EVO7 berhenti di sebelah kancil tadi.   "Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?"  tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.   "aa'ha rosak"  jawap pakcik tu simple aje.... "Ok, cam nie, saya ada tali,  nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea. "Worrait gak tu...",   tapi....,  nanti  kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan HON dan bagi HIGH BEAM" tegas pakcik kerisauan.

Tuesday, March 29, 2011

Disebalik peristiwa Tsunami - Fenomena Aneh Ikan


SUNDAY, MARCH 13, 2011
SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak.
Seorang lelaki sedang mengambil foto sebuah kumpulan kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco
Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak

Wednesday, March 23, 2011

Syair Selimut Putih

Assalamualaikum

Sewaktu kecil, hampir setiap pagi minggu,  abah akan mengejutkan kami sekeluarga agar bersiap untuk dibawa ke Kuliah Subuh di Masjid Dato Keramat atau Masjid Kampung baru. Antara penceramah yang sering mengisi jadual Kuliah Subuh yang menjadi pilihan abah ialah Ustaz Shahar yang selalunya abah dan arwah mak akan menyebutnya sebagai 'Ustaz Shahar Jeram' kerana rumahnya di Jeram, Selangor.  Sebagai kanak-kanak, mengikut abah ke Kuliah Subuh adalah satu aktiviti yang tidak digemari.  Namun abah dalam bab mengikutnya ke Kuliah Pengajian tidak pernah mahu 'berkompromi' dengan anak-anaknya.

Sampai masa mahu tidak mahu, ikut tetap kena ikut... kalau tidak, tahulah padahnya.  Selalunya sebagai kami adik beradik akan bermain-main dan bukannya mendengar kuliah sangatpun. Abah tak marah, asalkan jangan bising dan ikut sahaja dia pergi ke mana-mana kuliah.  Tetapi setelah berusia begini aku menyedari betapa peri pentingnya anak-anak dibawa mendekati masjid dan kuliah agama.  Ilmu Allah akan tetap mengalir ke sudut hati walaupun ketika itu kami acuh tidak acuh sahaja mendengarnya.  Tetapi bila kuliah yang di sampaikan oleh Arwah Ustaz Shahar, kami adik beradik akan duduk mendengarnya walau kadang-kadang tidak berapa faham akan apa yang disampaikan kerana masih kanak-kanak 'ribena' ketika itu.  Kami tidak berganjak kerana mahu mendengar Syair-Syair beliau dan yang paling aku dan adik beradik ingati ialah Syair Selimut Putih.  Kini telah lama Ustaz Shahar pergi mendahului, namun Syair itu tetap terpahat di ingatan.



Seorang rakan 'pesbuk' memintaku mensyairkan semula Syair Selimut Putih ini, setelah dalam perbualan dia bertanyakan tentang Ustaz Shahar.  "abi syairkanlah kembali syair itu,  saya teringin nak dengar!"  begitulah lebih kurang pintanya.

Tuesday, March 22, 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI




Sewaktu alam persekolahan dulu, aku ada mengikuti Tuisyen di Institut Hidayah.  Tuisyen disini seronok, pelajar bukan sahaja di beri pendidikan dari sudut peperiksaan yang akan diambil,  tetapi diberi juga pendedahan demi pendedahan tentang kefahaman Islam.  Waktu Cuti tenaga pengajar akan bergabung dengan murid untuk mengankurkan kursus-kursus kesedaran dan kefahaman Islam.  Antaranya aku terjumpa kertas kerja ini yang aku simpan hingga hari ini.  Aku kongsikan buat kawan dan teman-teman...



Tanggungjawab Suami Isteri

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.   Segala puji bagi Allah, tuhan seru sekalian alam. Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Dan seterusnya kepada para sahabat, para tabi'in hingga akhir zaman. Amin.

Apabila jodoh sudah ditemui dan aqad nikah sudah dijalankan, maka bermulalah kedua-dua pasangan hidup di alam baru yang belum pernah di tempuh dan masing-masing merenung kehadapan dengan penuh yakin bahasa kebahagiaan akan di nikmati dan akan menempuh ketenteraman serta keamanan.

Sebelum masing-masing melaksanakan tanggungjawabnya, apa yang paling penting hendaklah mengenal siapa dirinya sekarang dan siapa dihadapannya sekarang.  Bagi seorang lelaki hendaklah sedar bahawa dirinya seorang suami yang di bebani amanah dari Allah, iaitu seorang wanita yang dijadikan simboliknya seperti tulang rusuk yang bengkok, jika di luruskan dengan kuat akan patah, jika di biarkn akan terus bengkok, maka fikirkan bagaimana akan menghadapi wanita seperti isterinya ini?

IBU BAPA JUGA PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEDUA IBU BAPA





Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT  ;
Dan Kami memerintahkan kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibu bapamu! kepadaKU tempat kembali”. (Lukman:14) 

Saturday, March 19, 2011

Penghijrahan Cat Steven


Populariti dan kekayaan tidak menjamin seseorang hidup bahagia di dunia ini. CAT STEVEN, bintang pop rock  era tahun '70-an,  yang kemudian dikenali dengan nama YUSUF ISLAM, justeru merasakan kegelisahan hidupnya ketika sedang berada di puncak populariti dimana dia hidup di kelilingi harta. Rasa gelisah mendorongnya untuk menyusuri jalan berliku mencari Tuhan hingga dia bertemu dengan hidayah cahaya Islam dan akhirnya menjadikan beliau seorang pendakwah dengan alternatif pengalamannya dalam bidang muziknya dan aktif dalam kegiatan-kegiatan sosial yang mengajak kepada mendekati Allah .

Tuesday, March 15, 2011

Tudung dan Topi keledar



(Sebelum ini cerita ini saya muatkan di FB saya.  Saya update sikit cerita ni sebab nak abadikan di blog ni pulak)  link 

Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut.  Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling,  datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan gendai gunting itu juga.

Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya,  budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu,


"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.


"Ya dik..." jawabnya


Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"


Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman...  lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.


Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takutpun bila tak pakai tudung kepala...!  Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...!   Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat,  kena bakar kalau tak pakai tudung!"


Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...


Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun.... 

Fikir2kanlah

Sunday, March 13, 2011

Doa ayah cepat mati

PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu.  Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.

Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.
Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.

Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.

“Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.

selanjutnya di MyMetro

Bersyukur sebahagian besar anak-anak yang punya seorang ayah yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik,  hingga lahirnya kita dalam kehidupan yang sesempurna ini sekarang.   Namun ada segelintir masyarakat yang akan melalui penderitaan hidup akibat kepincangan didikan yang akan menyebabkan mereka menanggung derita hingga memungkinkan mereka mendoakan kepada ayah mereka seperti doa di keratan akhbar di atas.

Saturday, March 12, 2011

Ambil Iktibar dari Video2 peristiwa Tsunami & Gempa

Tsunami melanda 8.9 magnitud... Satu peringatan lagi

Pada tanggal 7 Rabiul Akhir 1432H bersamaan 7hb. Mac 2011M

Tsunami melanda...8.9 magnitud,  sangat kuat.    Penduduk di Pantai Timur Malaysia pun sedang berjaga-jaga,  dan apakah sikap kita semua terhadap peringatan ini?



Apakah peringatan Allah ini tidak memberi kesan di hati kita semua ?   Kadang-kadang Allah beri kita peringatan tetapi manusia terus leka dan tidak mahu mengambil iktibar akan segala peringatan Allah samada yang datang dalam bentuk Ayat Maqruah atau Ayat Manzurah...
 

Tuesday, March 8, 2011

Menang atau Kalah dalam perjuangan


Kemenangan yang di perolehi, bukanlah tanda kebenaran atau kebathilan sesuatu yang di perjuangkan. Siapa yang menang bukan makna dia betul kerana kemenangan, siapa yang kalah pula bukan bermakna dia salah kerana kekalahan.

Friday, March 4, 2011

Memimpin Cinta Kepada Bahagia



Rasa bahagia dari alam rumah tangga yang lahir dari cinta itu, hakikatnya bukanlah meruntun kepada kesempurnaan fizikal semata-mata. Sebaliknya walaupun kurang sempurna, tetapi bila cinta dihargai dengan melalui pengorbanan, kasih dan sayang itulah yang akan menjadikan ikatan cinta itu boleh membawa bahagia.

Mohd Samadee Samsi yang menyapa di ruang chatbox FB pada 3.3.11 antara jam 11.25-12.04 telah membuatkan aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman hidupnya.


Thursday, March 3, 2011

Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi

Ringkasan Biodata



As Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al Marbawi Rahimahullah

Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989) ialah seorang tokoh di dalam bidang persuratan yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan fiqah. Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya adalah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini.