Wednesday, March 23, 2011

Syair Selimut Putih

Assalamualaikum

Sewaktu kecil, hampir setiap pagi minggu,  abah akan mengejutkan kami sekeluarga agar bersiap untuk dibawa ke Kuliah Subuh di Masjid Dato Keramat atau Masjid Kampung baru. Antara penceramah yang sering mengisi jadual Kuliah Subuh yang menjadi pilihan abah ialah Ustaz Shahar yang selalunya abah dan arwah mak akan menyebutnya sebagai 'Ustaz Shahar Jeram' kerana rumahnya di Jeram, Selangor.  Sebagai kanak-kanak, mengikut abah ke Kuliah Subuh adalah satu aktiviti yang tidak digemari.  Namun abah dalam bab mengikutnya ke Kuliah Pengajian tidak pernah mahu 'berkompromi' dengan anak-anaknya.

Sampai masa mahu tidak mahu, ikut tetap kena ikut... kalau tidak, tahulah padahnya.  Selalunya sebagai kami adik beradik akan bermain-main dan bukannya mendengar kuliah sangatpun. Abah tak marah, asalkan jangan bising dan ikut sahaja dia pergi ke mana-mana kuliah.  Tetapi setelah berusia begini aku menyedari betapa peri pentingnya anak-anak dibawa mendekati masjid dan kuliah agama.  Ilmu Allah akan tetap mengalir ke sudut hati walaupun ketika itu kami acuh tidak acuh sahaja mendengarnya.  Tetapi bila kuliah yang di sampaikan oleh Arwah Ustaz Shahar, kami adik beradik akan duduk mendengarnya walau kadang-kadang tidak berapa faham akan apa yang disampaikan kerana masih kanak-kanak 'ribena' ketika itu.  Kami tidak berganjak kerana mahu mendengar Syair-Syair beliau dan yang paling aku dan adik beradik ingati ialah Syair Selimut Putih.  Kini telah lama Ustaz Shahar pergi mendahului, namun Syair itu tetap terpahat di ingatan.



Seorang rakan 'pesbuk' memintaku mensyairkan semula Syair Selimut Putih ini, setelah dalam perbualan dia bertanyakan tentang Ustaz Shahar.  "abi syairkanlah kembali syair itu,  saya teringin nak dengar!"  begitulah lebih kurang pintanya.

"tak boleh, suara abie ni mahal bayarannya... tu pasal tak boleh nyanyi dengan CT... takut dorang tak terbayar"  dalih aku kerana bersyair  untuk diri sendiri bolehlah... Untuk masukkan dalam Youtube,  takut hujan pulak dalam maya internet ni nanti.  Di penghujung perbualan, dia bersungguh-sungguh meminta aku cuba mensyairkan semula kerana dia sebagai jenerasi terkini teringin benar untuk mengetahui bagaimanakah bentuk syair yang membuatkan Arwah di kenangi hingga kini dan jasa beliau berdakwah melalui syair telah di abadikan di akhbar.

Atas rasa ingin menyampaikan hajatnya aku telah memujuk anak ku yang sewaktu kecilnya pernah bercita-cita mahu menjadi 'atris' (artis).  Aku teringat satu ketika berjalan-jalan dengannya menaiki kereta dia yang masih kecil memintaku memasang radio "abi pasang 'derio' tu". Akupun pasangkan radio kereta dan melihat dia menghisap jarinya semula sambil mendengar 'dario'nya.  Sesekali dia cuba mengikut alunan lagu di radio.  Aku bertanya kepadanya "dayah nanti kalau dah besar nak jadi ape?"  dia menjawab nak jadi 'atris'.  Aku pesan, janganlah... jadi Ustazah atau doktor lagi bagus.  Semenjak itulah kalau dia menyanyi di rumah depan TV mengikut lenggok penyanyi-penyanyi dalam TV tu menyanyi, aku akan panggil dia 'atris'.  Dia akan mencubitku kerana tidak suka di panggil begitu kerana sekarang dia sudah darjah 6.  Dia memang garang.

Jadi aku telah meminta jasa baik 'atris' ini untuk mensyairkan semula Syair Selimut Putih yang selalu disyairkan oleh arwah dalam dakwahnya semasa hidupnya.  Tidaklah seratus peratus sama...  tapi rekod dalam ingatanku merasakan ianya hampir serupa.  Kalau salah, aku minta maaf.



Wassalam





Apa Komen Anda?

2 comments :

napisahshahar said...

thank ,mengigantkan kami kepade arwah ayah kami.sayu rasenya.persembahhan ok,tp lirik lari sikit,klu nak, dlm kitab arwah yg berjudul Dakwatul "ibat ade lirik sepenuhnya.boleh tak rakamkan balik???

Omar Abdul Aziz said...

thank ,mengigantkan kami kepade arwah ayah kami.sayu rasenya.persembahhan ok,tp lirik lari sikit,klu nak, dlm kitab arwah yg berjudul Dakwatul "ibat ade lirik sepenuhnya.boleh tak rakamkan balik???

sama2. terima kasih kembali. InsyaAllah nanti saya akan rakamkan semula dgn lirik yg dah saya ambil di FB. Jazakallah bagi sokongan. Keluarga saya mmg sgt terkesan dgn kuliah dan cara dakwah yg arwah sampaikan, saya akan usahakan memujuk atris saya sekali lagi... Jazakallah.