Friday, March 4, 2011
Memimpin Cinta Kepada Bahagia
Rasa bahagia dari alam rumah tangga yang lahir dari cinta itu, hakikatnya bukanlah meruntun kepada kesempurnaan fizikal semata-mata. Sebaliknya walaupun kurang sempurna, tetapi bila cinta dihargai dengan melalui pengorbanan, kasih dan sayang itulah yang akan menjadikan ikatan cinta itu boleh membawa bahagia.
Mohd Samadee Samsi yang menyapa di ruang chatbox FB pada 3.3.11 antara jam 11.25-12.04 telah membuatkan aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman hidupnya.
Hasil dari perbualan itu, dia seorang pemuda yang tabah dan sangat berpegang pada janji. Dia amat yakin bahawa kebahagiaan itu boleh terbina dalam apa juga kekurangan, termasuk kekurangan fizikal asalkan keiklasan untuk memiliki cinta itu disemai atas rasa saling faham memahami dan menerima kekurangan atau sakit yang ALLAH berikan itu ada keindahan yang tersirat disebalik yang tersurat darinya.
"Wife saya kena stroke... Dia boleh berjalan, tapi tak macam orang normal. Percakapan dia pun kadang-kadang susah nak di fahami, tapi Alhamdulillah dengan kuasa ALLAH, kami dapat berkawin walaupun mendapat tentangan" jelasnya lagi.
Ya lah, keluarga mana yang tidak sayangkan anak mereka. Mereka bukan menentang sebenarnya, mungkin mereka ada 'sedikit kerisauan' jika perkahwinan ini nanti tidak akan bahagia jika di teruskan. Tetapi Samadee telah menyedarkan semua bahawa kasih sayang itu sebenarnya boleh dibina dengan keikhlasan hati dan redha pada takdir ALLAH. Itulah pegangan yang kukuh untuk mengikat rasa cinta yang terbina sebelum ini, dalam redho ALLAH melalui jalan perkahwinan.
Firman ALLAH SWT di dalam surah Al-Rum ayat 21: "Di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA (ALLAH) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian ALLAH menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNYA bagi orang-orang yang berfikir."
Muga niat murni Samadee ini, dia akan punya kekuatan untuk membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai. Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap keesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan sama-sama dikecapi. Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.
“Memang ramai yang tak percaya macam mana kami boleh berkahwin... Dulu pakar pernah sahkan wife saya akan lumpuh, tapi kuasa ALLAH mengatasi segalanya... Sampai sekarang Alhamdulillah... Wife saya pun dah mengandung, bang, Memang ajaib sangat” beritahu Samadee penuh kesyukuran.
Betapa mulia hatinya. Walaupun isterinya telah disahkan oleh doktor akan lumpuh, tetapi dia tidak memadam cintanya yang terbena sebelum ini walaupun diuji dengan ujian yang sebegitu rupa. Dia ada hak untuk memilih isteri yang lebih sempurna. Tetapi walaupun isterinya telah ada kekurangan yang dia tahu sebelum menikahinya, dia tetap meneruskan hajatnya untuk terus memperisterikan cinta hatinya. Bertalu2 hatiku bertahmid memuji kebesaranNYA dan mendoakan muga ALLAH izinkan lahirnya anak yang akan lebih membahagiakan pasangan ini.
Syeikh Muhamad Ali Qutb melalui bukunya, Tuhfatul Aris Wal Arus telah memberi pengajaran (dari firman ALLAH didalam surah Al-Rum ayat 21 di atas tadi) Perkahwinan itu dapat melahirkan ketenteraman dari rasa 'cinta yang berbalas'. Iaitu yang lahir dari perlakuan antara satu sama lain, dan lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu membantu antara suami isteri dan antara keluarganya masing-masing. Dengan semangat kerjasama antara suami dan isteri, begitu juga antara ibubapa dan anak-anak, di mana kesusahan mereka pikul bersama untuk menanggungnya, manakala mendapat kebahagiaan mereka sama-sama mengecapinya, maka darinya akan lahirlah apa yang dinamakan dengan 'cinta berbalas'. Rasa kasih sayang, di mana kehidupan manusia akan dirasakan terlalu pincang tanpa perasaan ini.
Begitulah ikatan perkahwinan sebenarnya, Tanda-tanda kekuasaan Allah yang telah Samade terjemahkan dengan keyakinan dan ketabahannya. Murni hatinya boleh menjadi contoh, bahawa kebahagian itu tetap akan terbina pada yang redho menerimanya. ALLAH akan mengurniakan kebahagian itu pada mereka yang benar-benar mencarinyapada ruang takdirnya. Walaupun isterinya tidak sempurna, tetapi mereka tetap mengecapi nikmat bahagia itu. Subhanallah… Alhamdulillah...
“Jaga isteri dengan baik” pesanku menyokong berita gembira buatnya “Dia kerja ke?” Tambahku…
“Dia tak bekerja bang... Saya seorang je yang bekerja... Dulu wife saya periang, tapi sejak sakit, dia jadi pendiam. Tapi sekarang Alhamdulillah bang... ada perubahan, dia pun tak murung macam dulu. Saya banyak bagi perangsang dekat dia.” Samadee menyambung.
Dia berusaha membahagiakan hati isteri yang kini sedang 'derita' menanggung penyakitnya itu. Dan saya yakin, rasa 'sakit' yang ditanggungi isterinya akan lebih terubat dengan kasih sayang dan ambil berat dia terhadap isterinya. Kalau aku di tempat dia, belum tentu aku mampu lakukan semurni belaian pemuda ini buat isterinya yang sedang sakit. Bisik hati kecilku.
Sabda rasulullah SAW “Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong yang terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan merasakan kesakitan.” (hadis riwayat muslim) Inikan pula suami isteri, bisik hatiku ketika aku teringat kembali akan hadis ini.
“Baiknya hati kamu dik..., binalah hidup dalam kasih sayang ALLAH… Kesetiaan kamu akan ALLAH balasinya. Tidak didunia, diakhirat nanti pasti diganjariNYA. Saya tahu kamu kena banyak bersabar menjaga orang yang sakit, memang bukan mudah… hanya sabar yang menjadi penguatnya” tambah saya yang memang rasa terharu dengan kisah hidupnya.
“Itulah, saya yakin ALLAH banyak membantu saya.. Memang kalau difikirkan, memang banyak keajaiban... Kalau kami berjalan dekat pasarraya memang ramai orang lihat kami… Tapi saya tak kisah apa orang nak kata... Janji kami bahagia dengan cara kami, kalau ada masa saya nak jumpa abang” katanya ingin mula menutup bicaranya dalam chatnya pada malam itu. Ilmu kehidupan yang di tazkhirahkannya padaku amat bererti dan aku rasa bersyukur dapat mengenali dan berkawan dengan orang muda yang mampu menggalasi hidup dalam ujian dengan rasa bahagia.
“Boleh dik... datang lah saya alu-alukan, syukur saya pada ALLAH dapat berkawan dengan orang yang tahu menghargai kasih sayang.” Jawabku dan dalam hati kecilku berdoa muga ALLAH izinkan niatnya untuk datang menjengukku. Aku berdoa agar ALLAH memberi ketabahan pada mereka muga mereka dapat menikmati kebahagian ini hingga ke akhir hayat dan membawa hingga ke syurga.
Sedangkan aku, ujian seperti ini sebaliknya di tanggungi oleh isteriku dan aku amat bersyukur pada ALLAH kerana menganugerahiku isteri setabah itu. “Boleh tak saya ceritakan kisah ini dalam blog saya” saya meminta izinnya.
“Boleh bang...saye izinkan...saye nak semua orang tau bahawa kebahagiaan itu tak semesti hanya dikecapi oleh orang normal... tak kire siape kite walaupun kite ini Orang Kurang Upaya pun kite mampu berkahwin, mampu memiliki sebuah keluarga macam orang lain... yang penting kite ikhlas, pasti ALLAH akan membantu” itulah kata-kata akhirnya yang amat terkesan dijiwaku kerana aku juga melalui alam kehidupan sepertinya walaupun tak sama keadaannya namun tetap tiada bezanya…
Inilah sebuah permulaan kasih sayang yang lahir dari anugerah kasing sayang ALLAH terhadap hamba-hambanya yang benar-benar ikhlas mencari kebahagiaan…
Mungkin kisah dizaman Nabi ini boleh menjadi penutup coretanku kali ini, dimana kisah seorang sahabat yang ditimpa penyakit sawan memohon Rasululullah SAW berdoa untuknya. Rasulullah saw bersabda: “Kalau engkau mahu bersabar, bagi engkau syurga. Jika engkau mahu, aku boleh doakan supaya ALLAH menyembuhkan penyakit engkau” berdasarkan peristiwa tersebut sebahagian para sahabat menjadi lebih rela bersabar seperti Ubay bin Kaab dan Abu Dzar RA.
Berusahalah dengan berubat… Jika belum diizinkan ALLAH untuk sembuh, maka dengan bersabar itulah penyebab untuk mendapat ganjaran yang mulia dari yang Maha Pencipta…
Wallahua’lam.. Terima kasih Samadee dan Isteri.
KLIK SINI UNTUK PANDUAN SETERUSNYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment