Tsunami melanda...8.9 magnitud, sangat kuat. Penduduk di Pantai Timur Malaysia pun sedang berjaga-jaga, dan apakah sikap kita semua terhadap peringatan ini?
Apakah peringatan Allah ini tidak memberi kesan di hati kita semua ? Kadang-kadang Allah beri kita peringatan tetapi manusia terus leka dan tidak mahu mengambil iktibar akan segala peringatan Allah samada yang datang dalam bentuk Ayat Maqruah atau Ayat Manzurah...
Muga peringatan Allah ini dapat menjadi ingatan pada hidup kita yang sentiasa leka dengan hiburan dan keseronokan semata-mata... Muhasabah diri terhadap peringatan ini kerana perancangan kita belum tentu menepati kehendak dan perintah Allah. Cari kesilapan diri dan segera kembali mencari redha Allah.
Oleh itu pandanglah bencana Tsunami ini sebagai satu peringatan dariNYA agar kita kembali memuhasabah diri untuk memperbetulkan setiap sudut kepincangan hidup yang berlaku. Kembalilah padaNYA dan mintalah pertolongan dariNYA Tuhan yang menguasai alam ini. Mudah-mudahan kita akan kembali padanya dalam keadaan yang benar-benar di redhoiNYA.
Berdoalah, semuga Allah jauhkan kita dari bala dan bencana. Sifat orang-orang yang sentiasa mengingati Allah ialah sentiasa memanjatkan doa ketika di waktu susah dan senang.
Wallahu'alam.
Salah silap, mohon maaf.
LNK VIDEO TSUNAMI
1 comment:
satu peringatan yg penuh dgn keinsafan..sama2 kita mohon spy Allah S.A.W jauhkan kita dr sgla bencana n malapetakan...aminn ya robb~
Post a Comment