Friday, February 25, 2011

Di mana MDAM?

dan salam persaudaraan pada rakan-rakan yang bukan beragama Islam.

Dimana MDAM?

Masa saya masih bekerja di Jabatan Peguam Negara tak ingat tahun berapa, MUSCULAR DUSTROPHY ASSOCIATION MALAYSIA (MDAM) ini ada ditubuhkan untuk mengumpulkan pengidap-pengidap Muscular Dystrophy bagi membantu dan menjaga kepentingan mereka. Ketika itu, seingat saya persatuan ini dipimpin oleh Prof. Zaleha yang ketika itu dari Universiti Hospital PJ.

Rasulullah SAW dengan sebiji limau

.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti teringin untuk memakannya. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabat baginda. Rasulullah SAW terus memakan limau itu. Setiap ulas yang dimakan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda Rasulullah.

Wednesday, February 23, 2011

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN KHINZIR


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. 

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". 

Sunday, February 20, 2011

Kelapa Atau Mutiara ?


السلام عليكم


Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang ;

Pertama...

Kamu jadi seperti KELAPA..
Mudah diperolehi dimana-mana,
Boleh di kupas kulitnya,
Diparut isinya,
Diperah dan diambil santannya
Selepas itu dibuang hampasnya...

Friday, February 18, 2011

Kenangan - Pujaan Hatiku

Kenangan pada musim cuti hari raya yang lepas (2010). Aku yang sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang sekali setahun sahaja dapat balik ke kampung, teringin untuk tinggal agak lama sikit di kampung bagi melepaskan rindu pada Abah, Ibu dan kedamaian kampungku. Keadaan sakit yang kuhidapi ini, menyukarkan aku untuk selalu balik menziarahi Abah dan Ibu, apatah lagi Abah yang kini sering sakit mungkin faktor umurnya yang terlalu tua.


Isteriku bersama Kak Yang, Kak Chik dan Aslah (anak-anakku yang kecilku) telah pulang ke KL terlebih dahulu bersama adik beradikku yang lain. Aku memujuk Angah Ali anakku dan Angah Nazir anak saudaraku agar tinggal bersamaku untuk menguruskan perihal kehidupanku ketika di kampung seperti ke tandas, mengangkat naik ke katil dan lain-lain keperluan. Dan yang paling pentingnya untuk mengangkat aku masuk ke kereta ketika hendak balik ke KL nanti. Ayob ketika itu telah sakit dan tidak larat lagi untuk menguruskan aku berseorangan.


Wednesday, February 16, 2011

Syukur padaMU dan terima kasih buat semua...

.


السلام عليكم

Saya sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi bersama dengan masalah yang telah melanda kami tempoh hari, ekoran dari NOTIS terhadap sewa tertunggak yang telah terjadi semasa saya mula tidak boleh berjalan beberapa tahun dahulu.

Dengan berbekalkan pencen kerajaan sebanyak RM 191.92 sebulan, dan bantuan-bantuan lain yang bersifat tidak menentu, sudah pasti saya tidak dapat membayar hutang tertunggak tersebut.

Pada hari cuti Maulidur Rasul yang juga berbetulan sama dengan hari ulang tahun perkahwinan kami, anak saya yang paling kecil telah disuruh oleh isteri saya untuk membuka peti surat. Gembira tak terhingga rasanya kerana pihak Baitulmal telah mengirim satu surat makluman menyatakan bahawa pihak Baitulmal akan menyelesaikan hutang tunggakan tersebut.


Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul dan sebuah kelahiran

السلام عليكم

12 Rabi'ul Awal 1432H bersamaan Isnin 15 Februari 2011 adalah merupakan hari yang mana merupakan hari lahirnya seorang Nabi dan Rasul yang menyeru kepada ketaatan dan kecintaan kepada Allah yang Maha Esa melalui jalan dakwahnya hinggalah Islam sampai kesetiap pelusuk dunia. Islam yang melengkapi dan menyusun hidup manusia dengan penuh tertib dan hikmah.

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".Surah Al-Ahzab : Ayat 21

Rasulullah membawa Ad-Deen (Islam) sebagai satu satu cara hidup yang pastinya akan membawa ketenangan dan kenikmatan apabila hidup itu dibina atas hikmah kasih sayang dan kecintaan yang membawa kepada redha Allah.

“Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu” (Ali Imran:31)

Saturday, February 12, 2011

Valentine's Day

.
.


Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian.

Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.


SIAPAKAH YANG TIDAK PERNAH MEMINTA?

1 ketika dulu, seorang kawan pesbuk beriya-iya ingin 'membantu' aku katanya. Setelah Chat demi Chat, dari 1Email ke banyak Email... dia memujuk dengan istilah INGIN MEMBANTU... aku hampir TERPENGARUH dengan silauan duit yang tersusun indah... Terbayang betapa indahnya dunia bila duit sentiasa melimpah di saku... Tidaklah Panadol menjadi teman setiap hujung bulan kerana DUIT bukan lagi masalah padaku. Malah tak mencarinyapun dia akan tetap melimpah masuk seperti air sungai yang mengalir selepas hujuan...
Setelah pertemuan di buat, aku tak jadi nak 'joint bisness' yang boleh bagi aku cepat kaya... Kesimpulan yang aku berikan padanya, jika dia dah kaya nanti, tajalah PROJEK KURSUS KOMPUTER untuk WARGA KURANG MAMPU yang aku jalankan... Aku bimbang nanti bila aku DAH KAYA, aku akan lupakan PROJEK KURSUS KOMPUTER untuk WARGA KURANG MAMPU tersebut... Sian bebudak tu, tak ada lagi tempat mereka nak belajar dan buat kerja sekolah berkomputer mereka dengan berbimbingan.