Friday, February 25, 2011

Di mana MDAM?

dan salam persaudaraan pada rakan-rakan yang bukan beragama Islam.

Dimana MDAM?

Masa saya masih bekerja di Jabatan Peguam Negara tak ingat tahun berapa, MUSCULAR DUSTROPHY ASSOCIATION MALAYSIA (MDAM) ini ada ditubuhkan untuk mengumpulkan pengidap-pengidap Muscular Dystrophy bagi membantu dan menjaga kepentingan mereka. Ketika itu, seingat saya persatuan ini dipimpin oleh Prof. Zaleha yang ketika itu dari Universiti Hospital PJ.



Sempatlah saya merasa menyertai beberapa program yang dianjurkan MDAM. Persatuan ini di naungi oleh Harley Davidson Malaysia (tak silap saya) kerana setiap kali perjumpaan, wakil HD akan ada bersama-sama pesakit Muscular Dystrophy. Alamat terakhirnya di Muscular Dystrophy Association, 13 Jalan 12/10, 47200 Petalign Jaya Selangor Dural Ehsan.


Kini aku telah tidak dapat untuk menghubungi persatuan itu lagi. Tidak ada maklumat dekat mana untuk menghubungi Persatuan ini. Nak dapatkan sokongan mereka bagi berjuang sorang-sorang bagi bertemu Perdana Menteri bagi memohon dinaikkan pencen aku yang RM191.92 sebulan tu. Asyik terima bantuan-bantuan ni rasa macam dah takut pulak. Kita akan di interview 6 atau setahun sekali dan mengikut ketetapan agansi aku menerima bantuan. Setiap dapat surat di panggil temuduga, jantung akan berdetup detap kerana penemuduga yang akan aku temui ada yang Alhamdulillah... tapi silap haribulan... Wallahu a'lam.


Jadi sesiapa yang tahu maklumat di mana MDAM sekarang mungkin boleh tolong saya.



Terima Kasih.


KLIK SINI

1 comment:

Anonymous said...

salam bang,persatuan MDAM mmg xdapt nk contact lansung ke???abg da try tnye ke kementerian status persatuan tue??