السلام عليكم
Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah ada dua pilihan terbentang ;
Pertama...
Kamu jadi seperti KELAPA..
Mudah diperolehi dimana-mana,
Boleh di kupas kulitnya,
Diparut isinya,
Diperah dan diambil santannya
Selepas itu dibuang hampasnya...
Kedua..
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
Di dasar lautan terpelihara,
Tersimpan rapi dilindung kulitnya,
Sukar di perolehi kerana tinggi nilainya,
Sukar di lihat kerana tertentu tempatnya,
Bahkan perlukan kesungguhan untuk mendapatkannya…
Hanya orang yang bersungguh dan tahu,
Mencarinya dengan berilmu,
Menyerah diri pada Allah yang satu,
Dengan izinNYA menyelami ke dasar lautan biru,
Dan setelah memperolehinya,
Dia bersyukur pada yang ESA,
Mutiara di jaga dengan sempurna,
Kerana nilainya yang sangat berharga,
Dan ia akan dihargai selamanya..
Sayugia itu..
Pilihlah mana satu,
Kelapa ataupun mutiara pilihanmu,
Agar maruahmu terpelihara selalu…
Muga ada manfaatnya, InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment