.
السلام عليكم
Saya sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi bersama dengan masalah yang telah melanda kami tempoh hari, ekoran dari NOTIS terhadap sewa tertunggak yang telah terjadi semasa saya mula tidak boleh berjalan beberapa tahun dahulu.
Dengan berbekalkan pencen kerajaan sebanyak RM 191.92 sebulan, dan bantuan-bantuan lain yang bersifat tidak menentu, sudah pasti saya tidak dapat membayar hutang tertunggak tersebut.
Pada hari cuti Maulidur Rasul yang juga berbetulan sama dengan hari ulang tahun perkahwinan kami, anak saya yang paling kecil telah disuruh oleh isteri saya untuk membuka peti surat. Gembira tak terhingga rasanya kerana pihak Baitulmal telah mengirim satu surat makluman menyatakan bahawa pihak Baitulmal akan menyelesaikan hutang tunggakan tersebut.
Alhamdulillah, syukur dan terima kasih saya kepada semua pihak yang telah sudi membantu dan menyelesaikan permasalahan hidup saya bagi menanggungi keluarga. Kepada kawan-kawan yang telah sudi menghulurkan sumbangan saya dan keluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan saya akan menggunakan sumbangan itu untuk menyelesaikan beberapa bil-bil kedai yang pada mulanya saya ingin menutupnya sahaja. Namun dengan adanya sumbangan ini, dapatlah saya menyambung usaha sebulan dua lagi dengan harapan ia akan berjaya...
Namun, saya mengharapkan keizinan dan redha kawan-kawan, untuk mempergunakan sumbangan kawan-kawan untuk menyambung usia kedai yang saya usahakan ini. Dengan harapan dan doa Allah bukakan jalan untuk perniagaan ini maju dan dapat menjadi tapak bagi saya mencari lebihan pendapatan bagi menyerai keluarga.
Saya mengucapkan Jazakallah kepada YB Dr. Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali ahli Parlimen Titiwangsa yang telah sudi membantu untuk menyelesaikan masalah ini.
Juga saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pihak yang terlibat seperti rakan-rakan Facebook seperti Dato' Zaharin Mohd Yasin, Puan Nur Anita, Encik Jasni Ibrahim, Encik Rahimi Hassan, Puan Maizurah Baharin, Dato Azie, GG dan kawan-kawan reunion ARGS (Ampang Road Girls School), rakan-rakan dari TRANUNGKITE serta semua yang telah sudi membantu...
tangan dah lengoh menaip... nanti saya sambung lagi, InsyaAllah.
Saya buatkan video ini atas rasa terima kasih saya dan keluarga kerana sudi berkongsi masalah dengan kami semua...
Doakan surat saya pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minta pencen saya yang RM 191.92 tu di naikkan pada kadar yang musabah dapat di pertimbangkan oleh beliau.
No comments:
Post a Comment