السلام عليكم
12 Rabi'ul Awal 1432H bersamaan Isnin 15 Februari 2011 adalah merupakan hari yang mana merupakan hari lahirnya seorang Nabi dan Rasul yang menyeru kepada ketaatan dan kecintaan kepada Allah yang Maha Esa melalui jalan dakwahnya hinggalah Islam sampai kesetiap pelusuk dunia. Islam yang melengkapi dan menyusun hidup manusia dengan penuh tertib dan hikmah.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".Surah Al-Ahzab : Ayat 21
Rasulullah membawa Ad-Deen (Islam) sebagai satu satu cara hidup yang pastinya akan membawa ketenangan dan kenikmatan apabila hidup itu dibina atas hikmah kasih sayang dan kecintaan yang membawa kepada redha Allah.
“Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu” (Ali Imran:31)
Sudah pasti dengan Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW, aturcara dan perlaksanaan kehidupan yang di jalankan akan tersusun dan terbimbing melalui pengajaran yang terkandung di dalam Al-Quran yang menjadi panduan dan ikutan kita yang beragama Islam. Oleh itu, kelahiran Rasulullah SAW juga adalah merupakan kelahiran kepada sebuah perubahan kehidupan dari cara hidup jahiliyah (hidup yang tiada panduan) kepada cara hidup Islam yang amat terpimpin.
Begitulah juga dengan pemulaan kehidupan aku dan keluargaku. Aku dan Isteriku mula membina kehidupan dalam ikatan yang sah pada tanggal kelahiran Nabi Muhammad SAW. Setiap kali kami memperingati hari kelahiran Nabi ini, kami akan bersyukur kerana dengan kecintaan kepada Allah yang dibina melalui pengorbanan dan dakwah Nabi atas rasa kecintaan kepada umatnya telah mengizinkan terbinanya sebuah keluarga yang dengan harapan akan berkekalan kasih dan sayang kami sekeluarga hingga ke syurga dalam memburu cinta untuk bertemu Allah dan rasulnya...
Salam Maulidur Rasul 1432H
Omar bin Abdul Aziz - Aku Oku
No comments:
Post a Comment