Wednesday, January 2, 2013

Buku Batu Bata Kehidupan - Hilal Asyraf




Terjumpa Video tentang tulisan Penulis Muda Hilal Asyraf yang yang sama dengan pesan ABAH aku tentang batu bata kehidupan...

Abah...



















Pesan ABAH...




Terima kasih ABAH


Wednesday, November 7, 2012

Gambar 20 raksaksa di alam micro

Bila kita lihat gambar di bawah ini, tentu tidak dapat lari dari mengucapkan Subhanallah, Masyallah, Allahuakbar!

Manusia sering terbantut pemikirannya akibat apa yang Einstein katakan sebagai 'optical delusion'. Kerana itu kita sering berfikir setakat apa yang mata kita dapat melihat sahaja.

Jika kita sedar bahawa alam ciptaan Allah ini maha luas, maka minda akan mula berkembang dan merasakan kebesaran Allah Taala.

Lihat sahaja gambar-gambar wajah makhluk kecil ciptaan Allah yang hanya dapat dirakamkan melalui alat microscope di bawah. Berbagai rupa yang tak pernah kita bayangkan. Mungkin ini yang mencetuskan idea pada pereka filem untuk menghasilkan wajah-wajah makhluk asing imaginasi mereka.


The head
of a flour beetle

Larva bluebottle

Friday, October 12, 2012

Sebaiknya elakkan membaca dengan tulisan rumi ...

Seperti kelaziman, ketika menunggu seorang dua pelanggan yang berada di CC, saya akan membaca BLOG-BLOG yang ada di maya yang bersawang ini.  Saya terjumpa sepotong doa yang di tulis dalam tulisan rumi ekorang dari perkongsian seorang rakan ;

SINI  dari blog INI

Saya sendiri merasa janggal membaca doa tersebut yang di kongsikan kepada pembaca dengan tulisan rumi tersebut.  Saya buatkan semula gambar tersebut dengan meletakkan tulisan jawi doa tersebut dengan harapan, pembaca akan dapat memperbetulkan sebutannya dalam mengamalkan doa tersebut ;



 Setelah saya publiskan di FB --> https://www.facebook.com/omarbinabdulaziz





Tuesday, October 9, 2012

Subhanallah - Wajah seperti bertopeng


Allah maha berkuasa.

Beberapa tahun yang lalu, seorang kanak-kanak yang di lahirkan di Cina dari Wilayah Hunan, telah lahir seorang bayi dengan kecacatan yang kenali sebagai hemifacial.  Anak itu lahir dengan wajah yang seperti memakai topeng.

Para Doktor mengatakan pembedahan untuk memulihkan wajah anak itu amat sukar dan mempunyai risiko yang amat tinggi

SUMBER  -Ataxiadisease's Blog
 

donate

Friday, October 5, 2012

Mahar Sebuah Syurga

Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu kita lakukan. Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi "sunnatullah", kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya. Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.

Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar daripada "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu "awkward"– yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

Wednesday, October 3, 2012

Jangan Ambil Mudah Hidung Berdarah

USAH pandang ringan jika ada diantara anda mengalami masalah hidung berdarah atau tersumbat, terutama pada sebelah bahagian saja.

Anda mungkin hanya menyangka suhu badan terlalu panas hingga darah keluar dari hidung atau hidung tersumbat disebabkan selesema sahaja, hati-hati jika sangkaan anda meleset dan sebaliknya, bahaya menanti sekiranya ia adalah gejala Kanser Hidung.

Walaupun ia menyerupai gejala masalah kesihatan biasa yang lain, ia sebenarnya antara gejala kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC) yang boleh membawa maut.

Kanser ini terjadi pada bahagian belakang hidung dan di atas tekak pesakit.

Pesakit kanser hidung juga selalunya tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu kerana cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak di leher, telinga berdengung di sebelah bahagian, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat agak berbayang.

Risiko lelaki mengidap kanser hidung dua kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Di Malaysia, penyakit ini sering dihidapi lelaki berbangsa Cina dengan nisbah 14:100,000 manakala perempuan Cina (3.8).

Di kalangan lelaki Melayu, daripada 100,000 orang, empat mungkin terdedah penyakit itu manakala wanita Melayu dengan nisbah 1.3. Masyarakat dikalangan kaum India paling sedikit dikesan mengalami masalah itu iaitu 1:100,000 (lelaki) dan 0.2 (wanita).

Monday, September 24, 2012

21 tahun dirantai

HENG terpaksa menghabiskan masanya dengan tangannya dirantai dalam bilik khas.

NANJING: Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil.  Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal.

Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China. Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam. Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.

“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.  Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah.

“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.  Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan.

“Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya.  Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka.

“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya. - DM

ROTI JON SARDIN - DAGING DENDENG - RENDANG TOK - KLIK 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22

Urut Kaki Singa

ALEX LARENTY mengurut tapak kaki seekor singa yang bernama Jammu
 
JOHANNESBURG - Seorang pakar hidupan liar Britain, Alex Larenty yang berumur 50 tahun dari Chipping Norton, United Kingdom mengurut tapak kaki seekor singa, lapor sebuah akhbar semalam.


Singa berusia sembilan tahun seberat 240 kilogram yang diberi nama Jamu itu kelihatan tenang sambil berbaring dan membiarkan penjaganya itu mengurut tapak kakinya.

Dia boleh berjalan dan mengurut Jamu walaupun dikelilingi oleh beberapa ekor singa lain di Taman Singa dekat sini.

Saturday, September 22, 2012

Gadis OKU Dibuang Di Tepi Jalan

BUTTERWORTH: “Kalau hang (awak) balik juga, mak pukul dengan kayu,” kata Zuraini Abdul Kadir, 29, gadis lembam ketika menceritakan nasibnya yang mendakwa `dibuang’ keluarganya sendiri.
Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.
Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.

Saturday, September 15, 2012

سبحان الله Bijaknya orang utan ini

سبحان الله
Bijaknya orang utan ini

Gambar yang di kongsikan dari laman Muwafi Sab ini memuat turun gambar orang utan yang bersahabat dengan manusia dan mampu melakukan apa yang manusia biasa boleh lakukan ;

 Membawa beg sandang

Friday, September 14, 2012

Indahnya Kemanisan Iman : 65 Tahun Merangkak Ke Masjid


بسم الله الرّحمن الرّحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terdapat dalam sebuah hadith shahih yang Diriwayatkan oleh Abu Sa'id r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Apabila kamu melihat seseorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya." lalu Baginda SAW membaca ayat Quran yang berikut:

" Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat....." (S. At -Taubah:18)



Adullah Al Asiri 76, Merangkak dari rumahnya di selatan Alaziza, Arab Saudi untuk menunaikan solat si sebuah masjid tidak jauh dari kediamannya. Asiri yang cacat kedua dua belah kaki sejak dilahirkan, tidak pernah ketinggalan menunaikan solat jemaah, walaupun terpaksa merangkak lima kali sehari sejak 65 tahun lalu. Anak saudaranya, Abdul Aziz, yang membuat penggambaran filem mengenai kegigihan Asiri berkata, kisah itu disiarkan akhbar harian Sabq dan setakat ini sudah ditonton 600,000 orang. (VIDEO TERSEBUT ADA DI PENGHUJUNG ARTIKEL INI)

Tuesday, September 11, 2012

6 tempat di benarkan MENGUMPAT (Ghibah)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Post kali ini sebagai panduan kita bersama. Sekadar memperingati diri sendiri juga yang sentiasa alpa dengan hasutan nafsu & syaitan.Fenomena ini sentiasa ada di sekeliling kita di mana jua kita berada. Memang sudah menjadi lumrah, di kalangan masyarakat kita yang masing- masing mempunyai (P.h.D) PERASAAN HASAD DENGKI, pantang melihat kelebihan mahu pun kejayaan orang lain, maka wujudlah konspirasi untuk menjatuhkan orang. Pelbagai agenda disusun rapi, salah satu ‘peluru’ yang paling popular digunakan ialah melalui hasutan. Tidak kurang juga bagi yang terlalu banyak mempunyai masa terluang dengan mengisikan aktiviti jaringan kemasyarakatan dengan bergossip sambil bercicah mangga bersama kicap belacan.Tetapi tahukah kita??????

Ghibah (Mengumpat)

Monday, September 10, 2012

Kejayaan Hasihin dedah isu OKU

Hasihin Sanawi hanya insan biasa yang tidak pernah disebut namanya sebelum ini. Dia bukan Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg yang pantas menjadi idola negara kerana memenangi pingat perak dan gangsa pada Sukan Olimpik London 2012.

Kecekalan, semangat dan harapan Hasihin jarang dilaporkan media kerana dia hanya pemanah orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai saingan recurve individu lelaki W1/W2 di Sukan Paralimpik London 2012.

Hasihin menang pingat perak selepas kalah kepada pencabar dari Itali, Oscar de Pellegrin, dalam pusingan penentuan selepas terikat kedudukan 5-5, perlawanan lima set peringkat akhir di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack, London.
Sebahagian anggota masyarakat sinis dengan pencapaian atlit OKU kerana status fizikal mereka yang dicurigai.

Bagaimanapun Hasihin membuktikan kekurangan fizikal ekoran terbabit dalam kemalangan ketika bekerja di sektor pembinaan tidak mencacatkan cita-citanya. Dia meraih pingat perak dan Malaysia mula menyebut namanya, walaupun tiada siapa yang tahu latar belakang kehidupan dan pencapaiannya sebelum ini.

Memenangi pingat, apatah lagi pada status Olimpik untuk golongan OKU suatu pencapaian luar biasa. Jutaan manusia memerhati perkembangan jaguh paralimpik kita, tetapi malang nasibnya di Malaysia hanya sekadar ucapan tahniah.

Hasihin disahkan tidak akan menerima sebarang pencen sepanjang hayat daripada kerajaan. Jika Chong Wei menerima RM3,000 sebulan dan Pandelela (RM2,000 sebulan) di samping pelbagai ganjaran kewangan lain, dia sekadar mengintai dari jauh. Hasihin hanya boleh berbangga menatap pingat perak yang seakan-akan tidak memberikan apa-apa makna bagi mengubah nasib masa depannya.
Kerajaan hanya bermurah hati memberi ganjaran RM200,000 tanpa jaminan memberi peluang pekerjaan demi masa depan Hasihin.

Pada hari ini nilai RM200,000 terlalu kecil. Apakah demikian nasib seseorang OKU yang berjasa untuk negara tetapi sumbangan terlalu kerdil untuk dinilai?

Friday, September 7, 2012

Hasihin terlepas skim imbuhan tetap - KENYATAAN MEDIA



Tarikh: 20 Syawal 1433H, 7 September 2012.

KENYATAAN MEDIA

Ekoran dari respon oleh Yang Berhormat Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berikutan desakan agar layanan samarata diberikan kepada atlet paralimpik,selaku mewakili seluruh Orang Kurang Upaya “OKU” umumnya dan atlet-atlet paralimpik Negara khususnya, adalah saya dengan ini menyatakan sebagaimana berikut:

Kenyataan YB Menteri tersebut telah begitu mengguris hati OKU di Negara ini dengan kenyataan beliau yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada sukan paralimpik. Diperturunkan kenyataan beliau yang pada pandangan kami dibuat secara tidak berhati-hati yang telah dimuatkan di pelbagai media massa hari ini:

"Perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan," tambahnya.

Kata-kata YB Menteri tersebut selain menggambarkan ketidaksediaan kerajaan mengiktiraf kedudukan sukan paralimpik di peringkat antarabangsa, ia sekaligus memperkecilkan sumbangan yang diberikan oleh atlet-atlet paralimpik Negara.

Pihak kerajaan dan YB Menteri tentunya sedar sukan paralimpik adalah sukan terbesar dunia yang melibatkan Orang Kurang Upaya dan kedudukannya sama tinggi dengan sukan olimpik.

Monday, September 3, 2012

Ustaz Asri Rabbani - Pergi tak kembali


Pada 13 Ogos 2009, rakyat Malaysia terutamanya peminat nasyid tanah air dikejutkan dengan 'pemergian' Ustaz Asri Rabbani.  Allahyarham seperti yang diberitakan bahawa berkeadaan kurang sihat sebelum rebah pada Majlis pelancaran Program Syahadah, di Angkasapuri. Setelah dihantar ke Hospital Pantai, Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Antara nasyid saya sangat saya minati ketika masih kecil lagi ;


KLIK untuk mendengar nasyid yang boleh membawa kita berfikir tentang rasa bersyukur.

Pengorbanan dan usaha yang di lakukan Ustaz Asri telah banyak memberi sumbangan dalam usaha dakwah...

Semua Allahyarham di tempatkan di semulia-mulia tempat... Al-Fatihah.




Saturday, September 1, 2012

Sunday, August 26, 2012

KISAH PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang sisuami dan siisteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .


Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .


Kesimpulan :

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ;

''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

Jelas Hidup kita seperti putaran roda dan kita tidak selalunya di atas . Ada masa dan ketikanya anda dan saya  akan turun dan ke bawah dan naik semula atau sebaliknya .


dari   EMAIL shapiee

BERAMAL DENGAN MENAJA ANAK2 OKU, YATIM BELAJAR

Wednesday, August 8, 2012

RASULULLAH SAW SANTUNI PENGEMIS CACAT - BUTA (OKU PENGLIHATAN)

Di satu sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahuudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Rasulullah SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudiy buta itu.

Tuesday, August 7, 2012

Video semasa Program Penyampaian Sijil untuk anak-anak Yatim, OKU dan Warga Kurang Mampu




Selanjutnya di - http://www.youtube.com/user/akuoku03/videos

Kenangan semasa MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS BAGI PROJEK KURSUS KOMPUTER WARGA KURANG MAMPU ANJURAN oAa Microsystem yang dikendalikan PERNIAGA WARGA OKU sekadar yang termampu.

Saya selaku seorang Peniaga Cacat Anggota ingin mendapatkan kerjasama dari para Dermawan untuk menaja Projek Kelas Komputer ini bagi membolehkan saya meneruskan perniagaan saya sebagai usaha saya mencari lebihan pendapatan.

Dana tajaan saya gunakan untuk pembayaran sewa dan bil serta tanggungan perniagaan sedikit darinya saya ambil buat menampung perbelanjaan keluarga bagi mencukupkan duit bantuan yang saya terima setiap bulan.

Saya menjemput pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk melakukan amal kebajikan dengan menaja Projek yang saya anjurkan ini.

Majlis didalam video ini telah diadakan seperti berikut ;
Tarikh  -  8 Julai 2012
Jam  -  08.30 malam
Tempat  -  Dataran PPR Laksamana

Saya amat mengharapkan pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan sudi untuk bekerjasama bagi menjayakan Projek ini majlis ini.

Segalanya saya dahului dengan ucapan Jazakallah dan Terima Kasih.

Omar bin Abdul Aziz - Tel - 012 555 0546

keterangan lanjut -- http://omarbinabdulaziz.blogspot.com

-


  GAMBAR-GAMBAR MASA MAJLIS



Thursday, August 2, 2012

Seni Bina Bangunan Masjid di China

Banyak bangunan masjid dengan seni bina Arab telah dibina di kawasan barat daya China. Umpamanya, Masjid Nanguan di Yinchuan, Masjid Xiguan di Lanzhou dan sejumlah besar masjid di Wilayah Autonomi Vygur Xinjiang. Bangunan masjid yang keliahtan teguh dan menarik tersebut mempunyai keunikannya sama, iaitu bangunan tersebut mempunyai menara yang tinggi, dan pintu lengkung berbentuk separuh bulat yang berwarna hijau. Kemudian terdapat sebuah lagi bangunan yang mempunyai keunikan Islam. Ia dinamakan Bangunan Cerapan Bulan digunakan untuk melihat anak bulan bagi penentuan Ramadhan. Masjid di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, sama ada besar atau kecil, sangat mementingkan perhiasan pada pintu gerbang. Di sekeliling pintu gerbang itu dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Biasanya terdapat dua menara azam tegak berdiri di sebelah kiri dan kanan yang bersambung dengan pintu gerbang itu. Menara masjid di kawasan lain biasanya diperbuat daripada kayu, tetapi menara masjid di Xinjiang kebanyakannya dibina daripada batu bata. Batu bata itu diukir dengan pelbagai corak. Seni bina masjid di Xinjiang lebih mendekati reka bentuk Arab kalau berbanding dengan masjid di kawasan lain di China.