Thursday, August 2, 2012

Seni Bina Bangunan Masjid di China

Banyak bangunan masjid dengan seni bina Arab telah dibina di kawasan barat daya China. Umpamanya, Masjid Nanguan di Yinchuan, Masjid Xiguan di Lanzhou dan sejumlah besar masjid di Wilayah Autonomi Vygur Xinjiang. Bangunan masjid yang keliahtan teguh dan menarik tersebut mempunyai keunikannya sama, iaitu bangunan tersebut mempunyai menara yang tinggi, dan pintu lengkung berbentuk separuh bulat yang berwarna hijau. Kemudian terdapat sebuah lagi bangunan yang mempunyai keunikan Islam. Ia dinamakan Bangunan Cerapan Bulan digunakan untuk melihat anak bulan bagi penentuan Ramadhan. Masjid di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, sama ada besar atau kecil, sangat mementingkan perhiasan pada pintu gerbang. Di sekeliling pintu gerbang itu dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Biasanya terdapat dua menara azam tegak berdiri di sebelah kiri dan kanan yang bersambung dengan pintu gerbang itu. Menara masjid di kawasan lain biasanya diperbuat daripada kayu, tetapi menara masjid di Xinjiang kebanyakannya dibina daripada batu bata. Batu bata itu diukir dengan pelbagai corak. Seni bina masjid di Xinjiang lebih mendekati reka bentuk Arab kalau berbanding dengan masjid di kawasan lain di China.

Kebanyakan bangunan masjid lebih kepada reka bentuk klasik tradisional China di kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Hui. Struktur pembinaannya diperbuat daripada bahan-bahan kayu dan batu. Bangunan cerapan bulan terletak di tengah-tengah masjid itu, manakala di belakang bangunan tersebut ialah bilik wuduk, koridor dan dewan solat.
Di Xian, masjid besar yang terletak di lorong Huajue dibina dengan seni reka istana China, keliahtan begitu megah. Masjid Besar Xi'an merupakan masjid yang paling terkenal di antara 21 buah masjid di bandar ini. Masjid itu dibahagikan menjadi lima punjung pekarangan, dengan sebuah gerbang yang terdiri megah terletak di luar pekarangan itu. Bangunan-bangunan utama dibahagikan menjadi lima dewan, iaitu punjung Shengxin, Fenghuangting dan dewan Chaoyang. Masjid dibina dengan teratur, lebar dan sangat terang, keliahtan amat indah.

Masjid Tongxin merupakan bangunan untuk kegiatan masyarakat Islam yang berskala paling besar dan bersejarah paling lama di Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Ia dikatakan mula dibina pada tempoh pentadbiran Maharaja Zhu Yijun Dinasti Ming, iaitu dari 1573 hingga 1620. Bangunan ini menggabungkan struktur kayu yang berciri tradisional China dan hiasan ukiran bata yang berciri Arab. Masijid itu dibina dengan pahatan batu yang halus. Sebuah pintu gerbang tegak berdiri di hadapan masjid itu yang dibina dengan batu bata, yang dihiasi banyak seni ukiran batu yang amat menawan hati.
Pola-pola ukiran buluh, bunga teratai, bunga plum, bunga peony dan corakan tulisan Arab telah diukir di bangunan masjid tersebut. Ini memperlihatkan gabungan antara kesenian budaya Arab dengan seni bina tradisional China. Ia memperlihatkan perasaan keamanan dan keindahan kepada manusia.


SUMBER

No comments: