Thursday, October 10, 2013

Mencari "Bahagia" - Benarkah aku kini tidak bahagia ?


Ada di antara kita mendakwa bahawa hidupnya 'tidak bahagia'...

Tidak kiralah dari kategeri manapun, yang kaya, miskin, yang sempurna, Cacat (OKU), yang terkenal, atau orang biasa...

Namun sedarkah kita bahawa selama ini, kita hanya mencari-cari dimana kebahagian sedangkan kita tidak membina kebahagian itu.  Bukankah kebahagian itu bermula dari unsur kejiwaan yang tenang dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT ? Ya, sebahagian dari kita tidak mengambil penting akan kenyataan itu. Kerana BAHAGIA pada mereka ialah apa yang mahu di rasai dari AKAL berpandukan kebahagiaan yang orang lain miliki.

Oleh itu mereka tidak sedar bahawa sebenarnya mereka juga sedang bahagia tetapi kebahagian itu dibiarkan sedangkan mereka mencari kebahagian seperti apa yang dimiliki oleh orang lain. Apatah lagi mereka berpandukan bahagia yang di gambarkan didalam filem atau drama yang mereka selalu tonton yang menyebabkan jiwa mereka semakin meronta terus mencari dimana bahagia...


Oleh itu seorang mukmin yang hakiki hendaklah memahami sebaik-baiknya bahawa kebahagiaan hanya mampu dibina melalui kekuatan dalam dirinya dan jiwa yang kuat. Kekuatan rohani yang mampu mengimbangi akal supaya dapat menterjemahkan hidup yang bahagia itu di alam realiti apa yang sedang dilaluinya sekarang dengan sikap;

1 - Bersyukur ketika mendapat nikmat

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih" (Surah Ibrahim : Ayat 7)
2 - Bersabar ketika di timpa musibah

"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan." (Surah An Nahl 53)
3 - Dan sentiasa beristighfar ketika menyedari telah melakukan dosa-dosa.

  • “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)
Jika sikap asas ini dapat dibina dan dihayati oleh jiwa yang berserah kepada Allah, maka pastinya kebahagian itu dengan sendiri dapat dirasai walau kita tidak dapat merasai apa yang orang lain rasai kerana kebahagian kita adalah milik kita yang mengharapkan Syurga Allah.


Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam surga mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki [yang lain]; sebagai karunia yang tiada putus-putusnya. (Surah HUUD - 108)

Bersadarkan keterangan diatas, dapatlah kita menanam satu azam iaitu ingin menjadi orang yang punya rasa bahagia didunia dan yang terlebih penting untuk mendapatkan kebahagian di akhirat.

Tidak kiralah kita Orang Cacat atau Sempurna, Kaya atau Miskin, Besar atau Kecil, semailah jiwa kita dengan usaha mencari bahagia yang tersimpan dalam kehidupan kita hari ini.

Berusaha semampu mungkin, jika di izin Allah, kita bersyukur dengan nikmat. Jika kita tidak berjaya, maka bersabarlah dan banyakkanlah Istighfar dan memohon ampun ke hadrat Allah SWT...

Bagaimanakah untuk memupuk kejiwaan kita agar dapat menjadi orang yang merasakan bahagia di dunia sementara menunggu bahagia yang kekal abadi ?


InsyaAllah... jika ada keizinannya
Saya luahkan isi hati ini lagi...
(OMAR BIN ABDUL AZIZ)


Artikel sebelumnya KLIK

BERIKLAN SAMBIL MEMBANTU PERNIAGAAN ORANG CACAT  -  KLIK





No comments: