POST DI WALL FACEBOOK PUAN LIN |
HELMI adalah seorang anak yang yatim piatu, yang sudah pasti siapapun akan ada pahit dan manis kenangan dalam hidupnya. Namun dalam hidupnya
walaupun seorang Rokers, dia tetap mencari dan mendekati penciptanya ALLAH SWT. Dia seorang pejuang Islam dan akhir-akhir hidupnya berusaha menambah ilmu untuk menjadi seorang hamba Allah yang berilmu bagi menjadi batas panduannya dalam kembaranya sementara menyudahkan hidup yang dilaluinya didunia ini...
Kini Allahyarham HELMI telah kembali menemui kekasihnya ALLAH SWT... Semuga HELMI di tempatkan di semulia-mulia tempat di sisi Allah sebagai pejuang agamanya yang telah kembali menemui penciptaNYA... AL-FATIHAH
انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر لها وارحمها , وعافها واعفو عنها
اللهم اكرم نزلها ووسع مدخلها وآنس وحشتها
اللهم اغسلها بالماء والثلج والبرد
ونقها من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس
اللهم بدلها داراً خيراً من دارها وابدلها اهلاً خيراً من اهلها
اللهم اسكنها الفردوس الاعلى
اللهم امين
Mari kita baca CERPEN yang di nukilkan oleh Puan Norazlin hasil dari kisah benar yang diceritakan oleh Allahyarham Helmi ;
Cintaku Maya Zahara
Mat Rock itulah nama samaran yang aku gunakan semasa melayari laman sosial “facebook” yang sedang popular mempengaruhi minda dan budaya masyarakat Malaysia mutakhir ini. Bagaikan suatu kewajiban bagiku setiap hari malah setiap kali masa terluang akan kuhabiskan masaku dengan
mengadap skrin kecil mini komputer riba yang kumiliki hampir 2 bulan lepas.Itupun setelah aku gagahkan diri untuk memilikinya. Wang tabunganku yang kukumpulkan hampir dua tahun kukeluarkan untuk membeli sebuah komputer riba bersaiz kecil yang harganya kurang lebih Ringgit Malaysia satu ribu dua ratus .
FB HILMI |
Ketika aku sibuk membaca kiriman-kiriman daripada rakan-rakan di laman sosial itu , tiba-tiba muncul sebuah wajah yang tertutup indah. Cuma
nampak sepasang mata yang bundar.Lalu tumpuanku terus kewajah itu tertera di kotak foto wajah tersebut sebuah nama yang cukup indah dan unik bagiku..”Maya Zahra”.
FB MAYA |
Maya Zahra ingin menjadi rakan anda. Segera aku menekan butang “permintaan menjadi rakan diterima”. Sekarang Maya Zahra telahpun menjadi sebahagian daripada rakan-rakanku yang sudah pun mencapai satu ribu lima puluh enam orang semuanya. Aku pun tidak menyangka dalam masa tiga bulan sahaja aku menyertai laman sosial ini aku sudah pun mempunyai satu ribu lebih orang rakan.
Perlahan-lahan mataku meneliti profil Maya Zahra, statusnya belum mempunyai sebarang hubungan..”ahh lega”, kataku sendirian. Status itu dulu yang aku ingin ketahui.Agar perhubungan yang bakal diwujudkan mudah tanpa sebarang halangan. Usianya hampir mencecah 30-an ,kiranya lima tahun lebih muda daripada usiaku. Aku teliti pula pekerjaannya , seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah Islam di sebuah negeri di Pantai Timur,”Oh ustazah..” fikirku barangkali.
POST DI WALL HELMI |
Aku mula menyapa insan di alam maya bernama Maya Zahra dengan kalimah mulia, “Assalammualaikum,”. Sesaat..dua saat..tiga saat..aku menanti penuh debar.Apakah salam kuhulur akan bersambut?
Nada “pop” tanda mesej ku dibalas menyegerakan aku membuka tetingkap dialog ,”alaikum salam” dan ada simbol senyum dihujung perkataan itu. Bertitik tolak dari situlah bermulanya episod baru dalam hidupku...
Aku merenung ke dada langit yang luas membiru, hatiku menjadi lapang seluas langit yang sedang kutatap. Awan gemawan memutih melakari kebiruan langit. Sungguh aku teruja melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT . Tiba-tiba dalam gumpalan awan gemawan itu aku ternampak sepasang mata bundar yang indah dihiasi celak ...Maya Zahra nama itu terbit dari bibirku. Entah mengapa tatkala menyebut nama itu, tatkala ternampak sepasang mata bundar itu...hatiku berbunga mekar. Perkenalan dengan Maya Zahrah telah mendesak aku untuk memiliki sebuah komputer riba yang sebelum ini tidak pernah terfikir olehku untuk memilikinya.
Sebelum ini aku hanya menggunakan komputer majikanku untuk tujuan bermain dengan permainan-permainan yang begitu banyak dan pelbagai di dalam talian. Bermula dengan pengetahuan yang sedikit mengenai penggunaan teknologi maklumat ini telah mendedahkan aku dengan laman sosial “facebook”.
Aku hanyalah seorang pemandu lori kecil bersaiz 3 tan, tugasku saban hari mengangkut barang-barang dari kilang kecil majikanku ke kedai-kedai sekitar bandar ini. Dengan kelulusan setakat Sijil Pekajaran Malaysia (SPM) pangkat 3 ,pekerjaan apakah lagi yang sesuai untukku? Sebenarnya aku
sendiri sering termenung panjang memikirkan masa depanku yang belum tentu lagi haluan. Dalam usia sebegini, rakan-rakanku telah memiliki segala-galanya.Ada keluarga, ada isteri dan anak-anak , punya kerjaya yang bagus , kereta cantik ,rumah dan hertabenda yang semakin banyak terkumpul . Tetapi aku...apa yang aku ada?
“Ahhh....” aku mengeluh sendirian. Sampai bilakah aku akan terus begini? Sedang usiaku beransur meniti hari.
“Saudaraku, kata Pak Hamka hidup ini terdiri antara pahit dan manis , kalau selalu sahaja manis hati akan menjadi bosan, kalau selalu sahaja pahit hati akan menjadi rawan,oleh itu pahit dan manis adalah rencah kehidupan..”
Aku merenung kata-kata Pak Hamka yang tercoret indah di dinding laman sosial “facebook” milikku, kata-kata itu dihantar oleh Maya Zahra. Ada kebenarannya dan itulah yang kulalui..kerawanan sepanjang hidupku kerana saban hari tiada yang manis kutemui hanyalah kepahitan, tawau dan kelat kurasai.
“Aku insan sebatang kara di dunia ini, aku mengharungi hidup sendirian semenjak kecil lagi. Bukan belas bukan simpati yang aku tagih tetapi sekadar luahan hati untuk kau ketahui,” kata-kataku itu kuluahkan kepada insan yang sedang melayani ku di alam maya ini. Hanya sepasang matanya saja yang
dapat kulihat, wajah dan suaranya tidak kuketahui.Cuma baris kata-katanya cukup membuatkan hati yang kusam ini bagai bercahaya semula.
dapat kulihat, wajah dan suaranya tidak kuketahui.Cuma baris kata-katanya cukup membuatkan hati yang kusam ini bagai bercahaya semula.
“Aku tidak memiliki apa-apa..” kataku lagi kepada Maya Zahra.“tiada suatu apa pun menjadi milik kita di dunia ini ..saudaraku. Bukankah saudaraku telah mempunyai sebuah komputer riba?” kata-kata Maya Zahrah membuat aku tersenyum sendirian.
Dan katanya lagi..” komputer riba itu akan membawa aku meneroka jauh ke alam dunia ini. Dunia ini hanya boleh dikuasai dengan ilmu pengetahuan bukan dengan harta benda dan kedudukan.” Aku merenung akan kebenaran kata-katanya.Dalam hati kecil aku memuji kebijaksanaan gadis ini.
Ya benar, dunia hanya boleh dimiliki dengan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu aku boleh menakhluki dunia.Tanpa ilmu aku menjadi manusia yang hina
kerana itu Allah SWT mengangkat darjat orang yang berilmu dan memuliakan mereka berbanding dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu seperti pohon yang berbuah dan orang ramai dapat menikmati buah tersebut.
kerana itu Allah SWT mengangkat darjat orang yang berilmu dan memuliakan mereka berbanding dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu seperti pohon yang berbuah dan orang ramai dapat menikmati buah tersebut.
Pagi itu aku ke tempat kerja dengan semangat yang luar biasa. Tidak seperti selalu aku melangkah lesu tetapi kali ini bagai langkah seorang perwira sehinggakan majikanku pun turut terperasan dengan perubahan sikapku. Tepat jam 8.00 pagi aku telahpun terpacak di setor untuk memulakan kerja-kerja pemunggahan barang-barang yang akan kuhantar ke kedai-kedai sekitar bandar ini. Selalunya paling awal jam 9 pagi baru aku akan kelihatan di sekitar setor itupun setelah dipanggil beberapa kali oleh penjaga setor. Namun aku masih tidak dapat melaksanakan tugas-tugasku kerana penjaga setor pun masih belum kelihatan, pintu setor tertutup rapat.
“Membaca adalah adalah anak kunci ilmu pengetahuan,” kata-kata Maya Zahra terlintas dibenakku. Tatkala itu juga mataku terus fokus ke arah gerai Mamak yang menjual akhbar .Aku terus melangkah ke gerai tersebut untuk membeli suratkhabar, suatu aktiviti yang julung-julung kali aku lakukan sebenarnya. Setelah membayar harga suratkhabar harian tersebut aku terus bergerak kembali ke arah setor dan sambil menunggu setor dibuka dan kedatangan kelindan yang akan membantu aku. Aku menilik satu demi satu ruang-ruang di dalam akhbar itu.
Macam-macam berita dipaparkan, pembunuhan kejam, pembuangan bayi, r0g0l dan sebagainya membuatkan adakala aku menggeleng kepala sendirian melihat situasi masyarakat hari ini yang semakin hebat dilanda dengan kebejatan sosial.
Tiba-tiba mataku tertumpu kepada satu sudut wawancara bersama penulis buku Travelog Rindu Eropah Tawan Damascus Munir Ramli. Aku tertarik dengan sebaris kata-kata yang di “hightlight” berbunyi...”Kembara seluruh dunia , berhenti bila pokai , jalan semula jika berduit..” Frasa itu benar-benar telah memancing keinginanku untuk mengetahui apakah yang tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Aku berazam untuk mendapatkan buku tersebut sesegera mungkin. Ini juga merupakan satu lagi julung-julung kali berlaku dalam hidupku iaitu ingin memiliki sebuah buku.
Malam itu seperti biasa selepas menunaikan solat Isyak aku melayari laman sosial facebook dengan harapan yang menggunung agar insan yang memberikan aku inspirasi sedang menunggu di situ.
Maya Zahra terlebih dahulu menyambut kedatanganku dengan sapaan salam ukhuwwah dan aku menjawabnya dengan tenang.Kami pun mula berbual dengan pelbagai cerita dan perkara tetapi apa yang pasti kami belum pernah pun berbicara mengenai hati dan perasaan masing-masing. Kata-kata Maya lembut tapi bernada tegas. Isu-isu atau topik yang diutarakannya selalu mencabar mindaku, ini bermakna untuk berhadapan dengan wanita itu aku perlu melengkapi diriku dengan banyak pengetahuan.
Gadis itu banyak menyuntik kesedaran dan keinsafan kepadaku tentang peri pentingnya ilmu pengetahuan. Aku jadi semakin teruja untuk melengkapkan diriku dengan ilmu kerana ilmu itu adalah imam kepada segala amalan dan dengan amalan itu akan membawa manusia ke arah ketaqwaan yang menjadi sumber kekuatan untuk manusia di dunia dan akhirat.
Mengenali Maya Zahra menjadikan aku semakin optimis menjalani kehidupan ini. Segala kesedihan , keluhan dan kegelisahan hampir lenyap dari membelenggu hidupku.
“Saudaraku, jangan bersedih atas apa yang berlaku sepanjang kehidupanmu..setiap kesulitan yang kau lalui akan ada kemudahan yang akan menyusul kemudian hari,” ahh...betapa indahnya hidupku jika aku dapat menawan dan memiliki wanita yang mengeluarkan kata-kata sakti ini. Tetapi ia cuma jeritan yang gegarnya hanya di dalam hatiku, getarnya tidak sampai ke mana apatah lagi untuk sampai ke pengetahuan empunya diri.
Belum puas rasanya lagi aku berbicara dengannya lewat maya malam itu, tiba-tiba dia mohon mengundur diri kerana ada urusan yang perlu diselesaikannya. Dalam terpaksa aku merelakan pemergiannya , sungguh berat rasa hatiku untuk melepaskannya .Aku mula merasakan ada bibit kerinduan yang mula menghiasi ukhuwwah ini.
Meski malam semakin lewat namun mataku masih belum mampu tertutup rapat. Ketiadaan Maya Zahra di talian ketika ini membuatkan aku juga rasa tidak betah untuk berada lama di laman sesawang itu. Tanganku menggapai novel travelog Rindu Eropah Tawan Damascus, aku telah pun berada di fasa-fasa pertengahan novel tersebut di mana ketika itu penulis telah pun berada di Damascus dan mula menghadiri kelas bahasa Arab..kegigihan dan usaha yang dilakukan penulis untuk menguasai bahasa al-Quran itu telah memutik keinginan di dalam hatiku untuk mengenali, mempelajari dan menguasai bahasa tersebut.Penulis juga memberikan panduan yang berupa teknik menghafal cara pantas dan mudah. Aku menjadi semakin berminat untuk menguasai bahasa syurga ini.
“Mat Rock, makin hensemlah awak sekarang ni..” Kerani Cina yang sebelum ini jarang berbicara dengan aku tiba-tiba menegurku dengan mesra. Barangkali dia juga menyedari perubahan yang sedang kulakukan. Pagi tadi sebelum ke tempat kerja aku sempat menggunting sedikit hujung rambutku yang sebelum ini panjang dan ku ikat kemas . Manakala misai dan janggutku yang kusut masai kucukur rapi menjadi nipis.
Nyonya manis itu masih lagi tersenyum-senyum dihadapanku. Aku sekadar membalas senyumannya sambil terus mengambil buku laporan dari atas mejanya dan terus berlalu pergi .
Teguran kerani Cina itu tadi telah mengingatkan aku kepada gadis yang sedang berbunga di taman hatiku, Maya Zahra. Alangkah ...jika Maya Zahra yang memberikan pujian itu. Aku melangkah dengan hati berbunga bahagia. Benarlah kata-kata Dr aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan atau (jangan bersedih) bahawa setelah kesulitan ada kemudahan. Buku itu juga telah kumiliki sebaik Maya Zahrah menyarankan kepadaku agar membaca buku tersebut untuk bangkit dari kegagalan hidup dan ia merupakan buku yang sarat dengan motivasi.
Sepanjang perjalanan mataku tidak pernah lepas memandang iklan-iklan yang menawarkan kelas pelajaran bahasa Arab. Akhirnya selepas aku singgah solat Zohor di sebuah masjid aku mendapat tahu masjid itu ada menyediakan kelas belajar bahasa Arab. Alhamdulillah nampaknya Allah SWT mempermudahkan urusanku. Hari-hari yang kulalui semakin ceria dengan aktiviti-aktivit keilmuan yang menjadikan jadual hidupku semakin padat sehingga masaku untuk “jamming” bersama-sama dengan kawan-kawan lain semakin terbatas.
Maya Zahrah...nama yang telah menjadi bintang dihatiku . Aku telah memahatkan nama itu disuatu ruang yang cukup istimewa dalam hatiku. Malam ini aku bertekad untuk meluahkan perasaanku lewat pertemuan kami nanti di alam maya. Seusai aku menyelesaikan solat Isyak aku terus membuka komputer riba yang bagai nyawaku sekarang ini. Minit-minit berlalu dengan begitu sahaja , insan yang kunanti tidak menjelma aku menjadi resah gelisah,alangkah seksanya sebuah penantian. Sudah hampir sejam aku
menunggu di alam maya ini tetapi Maya Zahra tidak juga menjelma, aku beralih pandanganku kedinding rumah menatap wajah jam bulat yang sudahpun menunjukkan jam 12 malam. Masih lagi Maya Zahrah tidak muncul-muncul, aku gagahkan juga lagi mataku untuk terus menanti kemunculan Maya Zahrah. Namun sehingga ke jam 4 pagi Maya Zahrah tidak kunjung tiba. Ada kekecewaan yang kurasa namun aku buangkan perasaan itu jauh-jauh, aku pujuk hatiku. Mungkin Maya Zahrah ada urusan yang penting tetapi mengapa dia tidak maklumkan kepadaku?
menunggu di alam maya ini tetapi Maya Zahra tidak juga menjelma, aku beralih pandanganku kedinding rumah menatap wajah jam bulat yang sudahpun menunjukkan jam 12 malam. Masih lagi Maya Zahrah tidak muncul-muncul, aku gagahkan juga lagi mataku untuk terus menanti kemunculan Maya Zahrah. Namun sehingga ke jam 4 pagi Maya Zahrah tidak kunjung tiba. Ada kekecewaan yang kurasa namun aku buangkan perasaan itu jauh-jauh, aku pujuk hatiku. Mungkin Maya Zahrah ada urusan yang penting tetapi mengapa dia tidak maklumkan kepadaku?
Hari ini sudah sebulan aku mengikuti kelas bahasa Arab, Alhamdulillah banyak perbendaharaan yang sudah aku kuasai.Hasrat dan cita-citaku untuk menerokai bidang ilmu menerusi penguasaan bahasa Arab semakin menampakkan kesannya. Dan hari ini juga sudah sebulan Maya Zahrah membisu seribu bahasa entah ke mana menghilangnya tidak dapat aku mengesaninya. Laman sosialku menjadi semakin sepi tanpa kehadiran Maya namun dapat kuubati kesepian itu dengan mendekatkan diri kepada Illahi. Tiap kali ingatanku kepada Maya aku pasrahkan rinduku kepada Illahi kerana Dialah yang memiliki dan menguasai sesuatu. Aku hanyalah insan yang lemah dan tiada daya upaya melainkan dengan pertolongannya jua.
Benarlah ilmu mengangkat darjat manusia, kini tanganku tidak lagi memegang stereng lori ..aku sudah di sini disebuah institusi ilmu yang bakal menyiapkan diriku menjadi seorang Daie. Aku teringat kata-kata Muaz bin Jabal ,” Pelajarilah ilmu dengan mempelajari ilmu kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan takut, mencari ilmu adalah ibadah, menghkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub..”
Kedinginan malam menyucuk ke tulang sum-sumku, aku memandang dari jauh komputer riba yang pernah menjadi nyawaku. Setelah sekian lama aku tinggalkan laman sosial yang pernah menjadi laman liburku kini aku kembali tergerak untuk membukanya semula.
Aku masih setia menanti sebuah nama yang pernah kupuja suatu waktu dahulu Maya Zahra...namun sehingga kini pun dia masih tidak muncul jua.
“Maya Zahrah jika kau membaca catatanku ini..inilah kerinduan yang ingin aku titipkan kepadamu. Aku kini bukan lagi Mat Rock yang suatu waktu dulu hanya tahu merintih dan mengeluh menangisi nasib diri. Tetapi aku kini bakal seorang daie yang akan melangkah ke gelanggang perjuangan. Terima kasih Maya Zahra engkaulah bintang hati yang menjadi inspirasi perjalananku ke arah ini. Walau siapa pun engkau wahai Maya Zahra aku tetap terhutang budi denganmu, semoga dirimu sentiasa diberkati Allah SWT...”
Kuakhiri coretan itu di didinding Maya Zahrah yang sudah sekian lama tidak dikemaskini...
~ TAMAT ~
CERPEN NORAZLIN - DJ SALAMFM... |
DALAM KENANGAN |
Ada tempias gerimis
Memercik ke wajah alam..
Ada tangis yang tenang..
Mengiringi pemergianmu..
Ke alam yang kekal moga
Bahagia kau di sana...
Al fatihah....
Sajak Puan Lin setelah mendengar berita sahabat yang menyedihkan... 9 Oktober 2013.
SUMBER - BLOG PUAN LIN
BERIKLAN SAMBIL MEMBANTU PERNIAGAAN ORANG CACAT - KLIK
No comments:
Post a Comment