Wednesday, October 9, 2013

Sedekah Kepada Kerabat Yang Miskin Lebih Diutamakan

Sedekah kepada ahli keluarga dapat dua pahala

Zainab as-Saqafiyyah, isteri Abdullah bin Mas’ud berkata, “Pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda: Wahai kaum wanita! Puan-puan berilah sedekah dengan memberikan perhiasan puan-puan. Kemudian Zainab menceritakan: Saya pun terus pulang ke rumah. Apabila tiba di rumah, saya berkata kepada suami saya: Kanda seorang yang miskin, tetapi Rasulullah memerintahkan kita supaya memberi sedekah. Justeru, kanda pergilah menemui Rasulullah dan tanya kepada Baginda, bolehkan saya memberikan sedekah itu kepada kanda dan ahli keluarga kita saja. Jika tidak boleh, saya akan berikan sedekah itu kepada orang lain. Abdullah pun berkata: Dinda sajalah yang pergi menemui Rasulullah.


Selepas itu, Zainab pergi ke rumah Rasulullah. Tiba di sana, dia melihat seorang wanita Ansar berada di depan pintu Rasulullah dengan hajat yang sama. Bagaimanapun, mereka malu hendak berjumpa Rasulullah. Tiba-tiba Bilal keluar menemui kami berdua dan kami berkata kepada Bilal: Beritahu kepada Rasulullah ada dua wanita sedang menunggu di hadapan pintu hendak bertanyakan soalan adakah memadai jika sedekah itu diberikan kepada suami dan anak yatim yang di bawah tanggungannya. Tetapi jangan beritahu kami yang bertanyakan soalan itu.

Dua pahala jika sedekah kepada ahli keluarga;
Adalah lebih baik jika sedekah itu diberikan kepada kerabat terdekat kerana sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka. Pada masa sama, mengeratkan hubungan persaudaraan kerana jika sebaliknya, pasti timbul fitnah pula. 

Kemudian Bilal masuk menemui Rasulullah dan bertanyakan soalan kedua-dua wanita itu. Rasulullah bertanya: Siapakah kedua-dua orang itu. Bilal menjawab: Seorang wanita daripada kaum Ansar dan seorang lagi Zainab. Rasulullah bertanya lagi: Zainab yang mana. Nama Zainab ramai. Bilal menjawab: Zainab isteri Abdullah.

Rasulullah menjelaskan: Kedua-dua wanita itu mendapat dua pahala jika mereka memberikan sedekah kepada ahli keluarga mereka yang memerlukan itu. Pertama, pahala kerana menghubungkan tali persaudaraan. Kedua, pahala memberi sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada kala kita sibuk membantu orang lain yang tiada pertalian dengan kita kerana kasihan melihat kesusahan dilalui mereka hingga terlupa dalam kalangan ahli keluarga atau saudara mara kita sebenarnya lebih memerlukan.

Adalah lebih baik jika sedekah itu diberikan kepada kerabat terdekat kerana sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka. Pada masa sama, mengeratkan hubungan persaudaraan kerana jika sebaliknya, pasti timbul fitnah pula.

Pastinya kita tidak mahu orang mempersoalkan tindakan kita menghulurkan sumbangan kepada pihak lain tetapi adik beradik atau saudara kita hidup dalam kesusahan. Islam peka terhadap semua perkara termasuk dalam isu menyentuh sedekah kepada ahli keluarga terdekat. 

SUMBER - BERITA HARIAN 

2 comments:

Irfa said...

TQ UTK BERKONGSIAN

Muhammad Ahlam firdaus said...


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Saya ingin memohon sedikit bantuan kewangan bg membantu saya.saya muhammad ahlam firdaus seorang mahasiswa yg skrg sedang melanjut kan pengajian saya di Indonesia dlam bidang syariah

Saya tidak menerima mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,hanya tajaan dari kedua orgtua saya,mereka tidak la berpendapatan tinggi.ayah saya hanya la bekerja sebagai jaga keselamatan di kilang,manakalah ibu saya suri rumah yg menanggung saya dan adik2 sy yg masih di bangku sekolah.sy mempunyai 8 adik beradik dan skrg tinggal 7 kerana abg saya batu shj pergi menghadap ilahi akibat kanser tulang tahap 4.

Jadi,sy amat2 lah memerlukan bantuan dari pihak tuan utk membantu saya,jika pihak tuan memberi bantuan dlam bentuk pinjaman sekali pun sy sudi membayar nya semula.

Sekian wasalam.
Whatsapp:0196135660


Sent from Yahoo Mail on Android