Ramai dari kita didalam hidup ini punya kemahuan yang tinggi untuk mengejar 'bahagia' dan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan 'nikmat' dari kebahagiaan tersebut. Tanpa disedari ada diantara kita yang telah tersesat dalam mencari makna kebahagian tersebut.
Ramai dari kita merasakan bahagia itu...?
Banyaknya harta, dan pastinya ada sebahagian dari kita hartanya melimpah ruah dan merasakan itulah kebahagiaan yang dicari..
Sebahagiannya pula menyimpulkan bahagia itu apabila kita memiliki ramai teman dan taulan, perniagaan yang besar dan mampu memberikan kemewahan pada keluarga atas kemewahan itu...
Banyak lagi tanggapan kita tetang kebahagian itu antaranya jika menjadi seorang yang popular dan mengejar popular itu dengan apa carapun. Mereka berjaya menjadi popular dan rasa bahagia dengan kepopularan itu.
Dapat banyak berjalan keluar negara dengan menaiki banyak jenis kapal terbang dan tinggal di hotel-hotel mewah. Dan mereka akan merasa puas kerana itulah kebahagian pada sebahagian dari kita.
Sedarkah kita, Allah jadikan sebahagian dari kita cacat dan lemah ? Ya, sememangnya ada sebahagian orang cacat yang berjaya pada pandangan kita dan dapat juga memiliki apa yang mereka cari dalam hidup ini.
Tapi adakah ianya boleh menjadi kayu pengukur kepada menikmati rasa bahagia dalam hidup? Ya... itu lah kebahagiaan pada sebahagian dari kita samada kita orang sempurna atau cacat. Namun disana ada insan yang cacat yang amat payah untuk bergerak dan sudah pasti mereka-mereka ini tidak akan merasai apa yang di katakan bahagia itu...?
Apakah sebenarnya bahagian dalam hidup ini...?
Dimanakah kebahagian dalam hidup ini...?
Kebahagiaan adalah sebenarnya ada dalam jiwa yang mampu mendepani bagaimana sekalipun keadaan dan perubahan dalam hidupnya dengan redha dan yakin apa yang dilaluinya adalah sesuatu yang indah dari sususan Allah untuk melahirkan kesyukuran terhadap hidup yang dilalui. Dan mereka merasa bahagia dengannya.
Jika kita mampu mendidik jiwa dengan rasa bahagia terhadap apa juga takdir Allah dengan perasaan redha dan bersedia mendepaninya dalam apa jua perubahan yang akan berlaku dalam hidup kita ialah bahagia yang sebenarnya.
ketika kita KAYA... kita tidak melupakan orang MISKIN dan selalu menggauli mereka dan dapat merasakan kepayahan hidup yang mereka lalui, maka jika takdir Allah suatu hari nanti jika miskin, jiwa kita juga akan merasa bahagia kerana jiwa kita telah memahaminya...
ketika kita SIHAT... kita selalu menziarahi dan membantu belanja atau apa juga yang di perlukan oleh sebahagian dari kita yang SAKIT, dan yang penting kita turut dapat sama merasakan bahagaimana mereka menempuh hidup dalam kesakitan yang ditanggungi, jika Allah takdirkan kita sakit satu hari nanti kita di uji dengan kesakitan, jiwa kita telah bersedia untuk merasa bahagia dalam keadaan seperti itu.
Ketika kita dalam keadaan MUDAH untuk melakukan sesuatu, mudan berjalan, mudah bergerak dan lain-lainnya, kita turut bersama memikirkan sebahagian dari kita yang SUSAH untuk bergerak, berjalan, kesana kemari. Dan jiwa kita turut merasai apa yang sebahagian dari kita lalui itu, ketika Allah uji kita dengan kesusahan, maka ketika jiwa kita yang telah turut merasai kesusahan itu dahulu akan dapat menjiwai rasa bahagian dalam kesusahan yang dihadapi tersebut.
Begitu juga ketika kita dalam KEGEMBIRAAN, kita tidak pernah lupa untuk berkongsi kegembiraan tersebut dengan mereka-mereka yang dalam kesedihan, lantaran kerana dapat merasai kesedihan yang mereka rasai, maka ketika Allah mentakdirkan rasa sedih itu datang, jiwa kita akan merasa bahagia dengan kesedihan itu kerana jiwa kita telah siap sedia melaluinya...
Oleh itu rasa kebahagiaan itu datang kerana segalanya kita fokuskan untuk mencari keredhaan Allah dengan melakukan amal kebajikan dan kebajikan-kebajikan seperti yang tersebut diatas. Yang pentingnya fokus kita ialah apa juga yang kita rasa kejayaan, kekayaan, kebahagiaan yang kita miliki itu ialah dari Allah dan kita ingin kembalikan kepadaNYA atas rasa syukur dan pastinya ketenangan jiwa itulah yang akan melahirkan KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI.
Sehinggakan orang yang bahagia itu tidak mahu mengejar apa yang dikejari oleh sebahagian dari kita jika padanya tiada apa yang menjanjikan bahagia buatnya iaitu SYUGA ALLAH. Kerana berpegang kepada prinsip yang di ajarkan ;
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Antara ciri keelokan Islam pada seseorang ialah dia mampu meninggalkan apa yang tidak perlu baginya”
Bukankah Syurga itu perlu ?
Ya.. pasti akan ada yang berkata.. Syurga itu di akhirat nanti... tapi sedarkah kita bahawa kunci Syurga itu ada di dunia ini...
Kebahagian itu sebenarnya ialah ketika seseorang dari kita dari meraih redho Allah pada puncaknya. Sehinggakan sebesar manapun ujian yang diuji Allah terhadapnya, dia mampu menghadapinya dengan jiwa yang tenang dan Qana'ah dan tidak pernah putus mengharapkan redho Allah. Dan dia akan meneruskan hidupnya dengan beramal untuk mengharapkan redho Allah dalam apa jua keadaanpun.
KEBAHAGIAAN ialah kita mampu mencintai apa yang kita ada bukan mencari apa yang kita mahu cintai
KEBAHAGIAN ialah kita berusaha dan terus berusaha untuk merubah kehidupan ke arah yang lebih di redhoi Allah
KEBAHAGIAAN ialah mampu menjadikan kesusahan orang lain sebagai pengajaran dan dapat turut merasainya dan tidak menunggu musibah itu datang barulah kita mahu mengambil pengajaran darinya.
Dengan demikian apapun yang kita lakukan hari ini untuk mengejar kebahagiaan mestilah meletakkan matlamatnya ialah untuk mengejar redho Allah SWT semata-mata. Mengejar Akhirat yang lebih kekal abadi dengan meletakkan KONSEP orentasi akhirat dalam jiwa bagi mencari ketenagan dan kebahagiaan...
-
Saya akan sambung, jika Allah izinkan,
OMAR BIN ABDUL AZIZ.
BERIKLAN SAMBIL MEMBANTU PERNIAGAAN ORANG CACAT - KLIK
No comments:
Post a Comment