Sunday, May 25, 2014

BANYAK MANAKAH KESENANGAN DUNIA?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji pujian tertentu bagi Allah, yang memerintah sekian alam.. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..

Dunia adalah kesenangan yang sedikit dan masanya amat terhad, dan kesenangan itu dinikmati oleh orang baik dan orang jahat. Sedangkan akhirat adalah kesenangan yang hakiki dan abadi..



Sesunggohnya musibah itu adalah buktitanda betapa sucinya kasih dan sayangnya Allah kepada manusia..


Adalah Sewajarnya Kita Sentiasa Memuhasabah Diri..

"Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)." [QS Al-Hujurat, ayat 13]. 

"Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum mendorong kamu supaya tidak berlaku adil, berlaku adillah kerana ianya lebih dekat dengan taqwa". [QS al-Mai'dah, ayat 8]

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum memperolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olok) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olok), dan jangan pula wanita-wanita (memperolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita yang diperolok-olok lebih baik dari wanita yang memperolok-olok dan janganlah kamu mencela diri (saudara) kalian sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk buruk panggilan ialah (panggilan)yang buruk sesudah iman, dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim.’’ [QS Al-Hujurat, ayat 11].

“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Lalu janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang.” [QS. Al Hujurat, ayat 12]....


-
~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

No comments: