Sunday, May 25, 2014

SUBURKAN KASIH SAYANG


Allah amat sangat memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada segala makhluk ciptaan-Nya. Pijaklah bumi-Nya, sedutlah udara-Nya, bernaunglah di bawah langit-Nya, gunalah cahaya matahari-Nya, lihatlah keindahan cahaya bulan-Nya, makanlah, minumlah, pakailah, kerana dengan kehendaknya hamba hamba-Nya akan dapat merasakan aliran sebuah nikmat kecintaan yang maha agung dari tuan punya segala fenomena ini iaitu Allah S.W.T..

Begitulah Allah SWT, pembina kasih sayang memerintahkan supaya dunia ini diurus dengan kasih sayang.. Barulah dunia akan jadi Syurga sebelum syurga yang kekal abadi. Justeru, jika kasih sayang tidak ditegakkan, Allah telah menjanjikan bahawa dunia ini akan dijadikan Neraka, sebelum datangnya Neraka yang sebenarnya..


Maka Rasulullah S.A.W diutuskan untuk menyampaikan RAHMAT kepada sekelian alam, Firman Allah SWT. 
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi RAHMAT bagi sekalian alam. (Al Anbiya: 21:107)

Rahmat itulah kasih sayang, perpaduan, persaudaraan, kesejahteraan, keamanan, kedamaian dan lain lain... Yang rangkumannya terkandung dalam ajaran ISLAM..

Bumi ini berputar kerana kasih sayang Allah. Beredarnya matahari, bulan, bintang dan planet juga adalah kerana kasih sayang Allah. Adanya siang dan malam, hujan dan panas dan empat musim dalam setahun juga adalah kerana kasih sayang Allah..

Sebenarnya kebahagiaan perlu kita bina, bukan dicari atau dikejar apatah lagi ditunggu. Jika kita inginkan kebahagiaan untuk hari esok atau seterusnya binalah kebahagiaan daripada sekarang, kerana apa yang kita percaya, itulah diri kita yang sesungguhnya. Sewajarnya kita berusaha sedaya upaya, sehabis usaha mendapatkan kekuatan dalaman diri kita.. 

Kita dilahirkan kedunia ini penuh dengan kesempurnaan. Namun segalanya bergantung kepada kepercayaan yang ada dalam diri. Berhenti fikirkan penderitaan, elakkan mengeluh atau merungut. Suburkan energi kasih sayang tidak kira kepada sesama manusia atau makhluk yang lain. Semakin tinggi energi kasih sayang yang ditaburkan semakin besar kejayaan dan kemakmuran serta keindahan hidup bakal kita miliki.

Rasulullah SAW bersabda,
"Orang-orang yang penyayang, maka Allah SWT akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka), sayangilah dan kasihilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian." (HR. Abu Daud dan at-Tirmizi)

-

 ~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

No comments: