Thursday, October 3, 2013

Berhati-hati guru - Gaji Anda Boleh Hilang

Kerja Hackers untuk pindahkan gaji anda ke akaun mereka tanpa sedar.

Amaran yang di sharekan di Facebook aKu oKu II


Untuk sebaran segera.guru guru sila ambik kesah..
Sharing is carring..
sumber - king jason


hari ini keluar berita tersebut di akhbar ;

KALSOM
SEREMBAN – Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian kes guru kehilangan gaji di negeri ini.

Pengarahnya, Kalsom Khalid bagaimanapun berkata, bilangan guru yang terlibat adalah sedikit.

"Memang ada berlaku kes guru kehilangan berdasarkan laporan diterima jabatan daripada pihak bank, kelmarin. Kita sudah pun meminta guru terlibat supaya menutup akaun mereka segera seperti mana dinasihatkan Jabatan Akauntan Negara negeri dan membuka akaun baru di bank yang sama," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.


Dalam masa sama, Kalsom turut menasihatkan guru-guru di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun.

“Jika ada pihak-pihak yang meminta nombor akaun dalam bentuk e-mel, mereka perlu merujuk kepada jabatan berkenaan terdahulu. Jangan terperangkap dengan helah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.


Berhati-hatilah dengan dunia IT dan Cyber ini.  Kadang-kadang kita perlukan ilmu untuk tidak terpedaya dengan permainan licik para penyamun Cyber ini.

Carilah ilmu dengan berlajar komputer dengan kami.  Kursus istimewa dimana anda akan di bimbing oleh guru secara 1 to 1 iaitu seorang guru dan seorang murid. Masa dan hari boleh anda pilih mengikut kekosongan.  Mudah kan ?  jadi apa lagi ?  KLIK sini untuk keterangan lanjut

Disamping dari itu jangan lupa senantiasa berdoa agar dapat dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.





















-

No comments: