Thursday, October 3, 2013
Apa yang kamu minta ketika berdoa ?
Wahai anakku,
Apa yang biasa kamu minta apabila berdoa? Apakah kita terus meminta habuan dunia, tanpa kamu memohon keampunan dari Allah terlebih dahulu?
Wahai anakku,
Marilah melihat apakah yang diminta oleh Rasulullah dan para sahabat bilamana mereka berdoa? Hal ini dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran maksudnya:
"Dan mereka tidaklah memohon melainkan mereka berkata, ‘Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa dosa kami, dan sikap melampaui kami dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami (dalam agamamu), dan bantulah kami dalam mengalahkan golongan yang kafir.’
Wahai anakku,
Terkadang kamu malu bilamana kita munajat dengan Allah, lalu kamu meminta nikmat dunia, memohon kekayaan, kesihatan, keselesaan hidup, kejayaan projek dan lainnya tanpa terlebih dahulu kamu memohon keampunan dari dosa, memohon keberkatan dalam setiap usaha yang kamu lakukan.
Kerana tanpa rahmat dan keberkatan segala nikmat akan bertukar menjadi bala bencana. Kekayaan boleh bertukar menjadi kesombongan, pengaruh pangkat akan bertukar menjadi kezaliman. Ingatlah, senyum itu pahala yang membawa ke syurga.
Senyum
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terima kasih atas peringatan..
Post a Comment