Monday, April 25, 2011

Cinta Yang Dibunuh...

Sedang dalam KLIK sana, KLIK sini untuk membaca berita-berita yang tersiar di akhbar2, terbaca berita tentang pembunuhan bayi yang tidak berdosa lagi... Kalau nak bercinta sangat, nak buktikan cinta, bila dah terkeluar buktinya, janganlah buang dan biarkan mereka mati!!!   Bercinta pandai... nak bertanggung jawab tak pandai... Ya Allah... peliharalah keluargaku dari perlakuan sehingga membawa tindakan sebodoh ini... Amiin...


(VIDEO NI TIADA DI U-TUBE PASAL DAH KENA PADAM... mungkin pasal muziknya)


BERITA YANG TERSIAR DI AKHBAR SINAR HARIAN...

BANDAR BAHARU - Mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun lebih berpakaian lengkap ditemui dalam beg pakaian berhampiran jalan susur masuk ke hentian tol Bandar Baharu di Kilometer 175 dari arah Utara, pada jam 5.45 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris berkata, mayat kanak-kanakdipercayai berketurunan India itu ditinggalkan tidak sampai sehari kerana keadaannya masih lembut dan tidak berbau.

"Mayat itu disumbatkan dalam beg kanvas ditemui sekitar kawasan pasu bunga berdekatan tiang elektrik di plaza tol Bandar Baharu.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, polis menemui kesan lebam di kepala mangsa, manakala hidungnya berair. Selain itu, tiada kesan atau tanda lain ditemui," katanya.

Menurutnya, kes itu akan siasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian kanak-kanak.

Beliau berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun, pihak hospital mengarahkan polis menghantar mayat mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk pemeriksaan doktor pakar. Sehingga kini, polis masih mencari keluarga mangsa," katanya.

Helmi turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu atau mereka kehilangan anak, supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu di talian 04-4077222.

 KLIK

Belasah dan tikam isteri kerana kejutkan untuk solat subuh

Muga dapat dijadikan iktibar bersama, menurut kata hati dan bisikan syaitan...

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

SUMBER - KLIK GAMBAR

Sunday, April 24, 2011

Murid di suruh makan GARAM


Seorang guru bertemu seorang muridnya yang sejak belakangan ini wajahnya kelihatan sangat murung dan tertekan.."kenapa kau selalu sahaja murung, anakku?   Bukankah banyak perkara yang indah-indah di dunia ini? Kemana hilangnya wajah bersyukurmu ? ", Tanya guru itu...

"Wahai Guru, sejak akhir akhir ini hidup saya penuh masaalah, sukar bagi saya untuk tersenyum. Masaalah sentiasa datang seperti tidak akan habis"... jawab murid tersebut dengan lesu. Sang guru tersenyum mendengar keluhan muridnya tersebut.

"Anakku, ambilkan aku segelas air dan dua genggam garam, maka akan aku perbaiki suasana hatimu itu " Si murid pun beranjak perlahan tidak bersemangat melaksanakan perintah guru itu, tidak lama kemudian ia kembali sambil membawa segelas air dan 2 genggam garam.

"Cuba kamu ambil segenggam garam dan masukkan kedalam gelas itu, kemudian kau minum airnya sedikit"..perintah guru tersebut.  Si murid pun melaksanakannya, dan wajahnya kini kelihatan berkerut karena meminum air masin itu....

"Bagaimana rasanya?".. Tanya sang guru  "Masin dan perutku terasa mual "..  jawab sang murid sambil mukanya berkerut.  Sang guru pun tersenyum lagi apabila melihat wajah anak muridnya itu.

"Sekarang kau ikut aku". Sang guru membawa muridnya ke pinggir sebuah tasik...




Thursday, April 21, 2011

Kepada sesiapa yang nak jadi 'BOS' projek BLOG 1MALAYSIA

Citer dia macam ni, projek dah kurang, keje nak buat pun tak berapa nak ada... jadi tengah nak cari kerja untuk dibuat sesuai dengan ke'OKU'an aku.  

Nak bayar sewa kedai dengan beberapa keperluan yang lain.  Jadi saya menawarkan pada anda jadi BOS saya.  Sesiapa yang ada apa-apa yang nak di war-warkan atau nak buat blog sendiri. saya buatkan dan saya publishkan.

Tak kira perniagaan apa-apa, asalakan halal. bisnes keropok ke, bisness urut ke atau nak ada blog sendiri untuk apa juga tujuan yang baik.

Saya binakan blog tu, pastu tuan-tuan bayarlah berapa yang nak bayar asalkan dapat membantu saya meneruskan perniagaan saya ini. Saya tak lah pandai sangat, tapi bolehlah memandai-mandai untuk membinakan blog tuan-tuan tersebut. Kalau nak lah, kalau tak nak tak apa.

Kirenye projek saya macam projek Email 1Malaysia lah ni, tapi yang ni BLOG 1MALAYSIA... tapi peruntukan tak ada.  Jadi tuan-tuan jadi 'BOS' saya dan saya buatkan semampu mungkin...







Kalau berminat, hubungi saya kat  



dan kalau nak 'donate' boleh buat kat sini...
Muga Allah balasinya... 

Monday, April 18, 2011

Sihir Suami Dengah Darah Haid



Seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan cecair yang dikatakan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah Allah) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia yang dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup di dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Katanya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.


SELANJUTNYA BACA DI SINI...

Thursday, April 14, 2011

Ayah Francissca Peter - Kembali pada Allah dalam HidayahNYA



Dulu sewaktu selalu mendengar dan menonton anaknya Francissca Peter menyanyi di radio dan TV.  Ketika itu  Francissca banyak menyanyikan lagu melayu yang diminati ramai.  Setelah itu hingga kini, amat jarang sekali mendengar lagunya kerana masa untuk menyukai lagunya telah dimamah masa yang berlalu.  Hari ini ketika aku membaca berita ini, bertalu-talu syukurku pada Allah atas hidayahNYA yang amat berharga... 
"Alhamdulillah"...Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar hari ini, Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.

Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu.

Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang 
penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.

Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas 
landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan.

Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya."


AMIIN


SUMBER --------->    KLIK

Berdoalah untuk kedua IBUBAPA

MENGAPA IBU BERBOHONG?

Artikel ini selalu berlegar di Alam Internet ni... buka email baru-baru ni, ada lagi kawan yang fowarkan pada saya.  Seya telah membaca di TRANUNG, tapi saya tetap membacanya lagi.  Dan tanpa di sedari menitis air mata kerinduan pada IBU yang telah bersemadi... Al-Fatihah...


Mungkin sukar bagi orang lain percaya, tetapi itulah yang terjadi, ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan bersama.

Cerita ini bermula dari semasa saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga tidak senang. Makan minum serba kekurangan.

PEMBOHONGAN PERTAMA

Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan nasi dan ikan masin satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering merungut. Saya menangis, ingin nasi dan lauk yang banyak. Tetapi ibu pandai berbohong. Ketika makan, ibu sering membahagikan nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke pinggan saya, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak lapar.”



Tuesday, April 12, 2011

Ucapkanlah Salam...




Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya...

“Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu”

Saturday, April 9, 2011

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran - 10 April 2011

Tiada yang istimewa yang dapat aku berikan di hari lahirmu isteriku melainkan ucapan dan doa agar kita diizinkan untuk terus bersama di syurgaNYA...



Muga dalam redha Allah sentiasa... Amiin.
Omar, suamimu...

Thursday, April 7, 2011

Sekumpulan Debu seperti Awan...





Al-Haaqqa

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Saat yang tetap berlaku itu. (1)

Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (2)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat). (3)

Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (4)

Maka (masing-masing menerima azab dunianya), adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya. (5)

Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya. (6)

Monday, April 4, 2011

Berat mata memandang...

*** Padam isinya kerana dah tak sesuai ***
*** Jadikan tempat simpanan Gambar untuk tujuan edit Video ***














Prof Hamka