Thursday, April 21, 2011

Kepada sesiapa yang nak jadi 'BOS' projek BLOG 1MALAYSIA

Citer dia macam ni, projek dah kurang, keje nak buat pun tak berapa nak ada... jadi tengah nak cari kerja untuk dibuat sesuai dengan ke'OKU'an aku.  

Nak bayar sewa kedai dengan beberapa keperluan yang lain.  Jadi saya menawarkan pada anda jadi BOS saya.  Sesiapa yang ada apa-apa yang nak di war-warkan atau nak buat blog sendiri. saya buatkan dan saya publishkan.

Tak kira perniagaan apa-apa, asalakan halal. bisnes keropok ke, bisness urut ke atau nak ada blog sendiri untuk apa juga tujuan yang baik.

Saya binakan blog tu, pastu tuan-tuan bayarlah berapa yang nak bayar asalkan dapat membantu saya meneruskan perniagaan saya ini. Saya tak lah pandai sangat, tapi bolehlah memandai-mandai untuk membinakan blog tuan-tuan tersebut. Kalau nak lah, kalau tak nak tak apa.

Kirenye projek saya macam projek Email 1Malaysia lah ni, tapi yang ni BLOG 1MALAYSIA... tapi peruntukan tak ada.  Jadi tuan-tuan jadi 'BOS' saya dan saya buatkan semampu mungkin...







Kalau berminat, hubungi saya kat  



dan kalau nak 'donate' boleh buat kat sini...
Muga Allah balasinya... 

Apa Komen Anda?

No comments :