Dulu sewaktu selalu mendengar dan menonton anaknya Francissca Peter menyanyi di radio dan TV. Ketika itu Francissca banyak menyanyikan lagu melayu yang diminati ramai. Setelah itu hingga kini, amat jarang sekali mendengar lagunya kerana masa untuk menyukai lagunya telah dimamah masa yang berlalu. Hari ini ketika aku membaca berita ini, bertalu-talu syukurku pada Allah atas hidayahNYA yang amat berharga...

Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu.
Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.
Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan.
Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya."
AMIIN
SUMBER ---------> KLIK
No comments:
Post a Comment