Tuesday, January 20, 2015

MUTIARA PERINGATAN BUAT SAUDARIKU MUSLIMAH... APAKAH ENGKAU INGINKAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI?

Saudariku Muslimah,

Sesungguhnya kebahagiaan itu semuanya ada dalam ketaatan kepada Allah . Seluruh kebahagiaan ada bersama ketika meniti di atas manhaj (jalan) Allah dan di jalan Rasulullah, Allah berfirman:
… Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Al-Ahzab: 71)

Sesungguhnya kesengsaraan (kesesatan) seluruhnya berpunca dari kemaksiatan dan perlakuan yang ingkar kepada Allah. Sebenarnya kita memilih kebinasaan yang berpanjangan jika kita menuruti jalan yang lain selain dari manhaj (jalan) Allah dan Rasul-Nya, Allah berfirman:
Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata. (Al-Ahzab: 36)

Saudariku Muslimah,


KISAH UMAR DAN HABISH - KENYANGKAN PERUT RAKYAT

“Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya.”

Begitulah tuturkata indah yang pernah ditutur oleh lidah khalifah kedua umat Islam, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab tatkala beliau dihadiahkan makanan istimewa daripada Utbah bin Farqad, gabenor Arzerbaijan. Makanan yang terkenal paling lazat di Arzerbaijan ini diberi nama habish itu dibuat daripada minyak sapi dan kurma.

Sejurus makanan tersebut dihidang di hadapan khalifah, Saidina Umar lantas bertanya apakah nama makanan tersebut dan adakah seluruh rakyat di sana dapat menikmatinya..?


Beliau dimaklumkan bahawa makanan ini hanya dapat dinikmati golongan atasan.


Kisahnya seperti berikut  ;

KEUTAMAAN MENOLONG DAN MEMBANTU ORANG LAIN

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan
daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

RIWAYAT MUSLIM