"Hentikan
Watak Lelaki Lembut!"
Kenalkah
anda dengan watak kartun ini? Pada pendapat saya, watak seperti ini tidak perlu
atau tidak patut ditonjolkan. Walaupun saya yakin pihak penerbitan kartun ini
mungkin hanya mahu menambahkan elemen kelakar melalui watak ini tetapi sekadar
pemerhatian saya, kartun ini sudah cukup baik penyampaiannya jika tidak
diwujudkan pun watak ini.
Kartun
Upin dan Ipin ini saya percaya memberikan impak yang sangat besar kepada
anak-anak sekarang. Isinya yang memaparkan kehidupan kanak-kanak di kampung
mendedahkan realiti yang sebaiknya untuk anak-anak yang tinggal di bandar untuk
dicontohi.
Banyak
bergaul dengan mereka yang lebih berumur seperti Tok Dalang, hidup bermain
bersama rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai bangsa sudah cukup baik dalam
menghidupkan aspirasi hidup harmoni bersatu-padu serta saling menghormati
antara satu sama lain. Berbalik kepada watak Abang Salleh yang diberi watak
‘lembut’ bagi saya berkemungkinan boleh memberi contoh yang tidak elok kepada
anak-anak lelaki yang seharusnya dididik untuk jadi ‘jantan’ sejak kecil lagi.
Sabda
Rasulullah S.A.W:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال
: لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya:
Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah S.A.W melaknat mereka yang menyerupai
wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada
kalangan wanita. (HR al Bukhari)
Maksud
menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut,
perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid-dan-hukum-lelaki-menyerupai-perempuan-pondan-dan)
Hadis ini
serta penerangannya sudah cukup jelas bahawa perkara ini tidak boleh dipandang
remeh.
Saya
bukanlah pakar psikologi tetapi saya yakin setiap apa yang Allah tentukan sudah
pasti ada hikmahnya. Mungkin golongan seperti ‘Abang Salleh’ ini boleh nyatakan
bahawa mereka sudah ‘ditakdirkan’ untuk memiliki fitrah lembut seperti ini.
Akan
tetapi kita perlu ingat bahawa kehidupan ini adalah ujian berdasarkan kepada
firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang telah
mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan
keadaan kamu: siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). ”Ini bermakna jika Allah
takdirkan memberi fitrah ‘lembut’ ini ke dalam diri seorang lelaki, lelaki
tersebut yang merupakan makhluk Allah haruslah berusaha (mujahadah) untuk
melawan perasaan tersebut dan ganjarannya tidak lain dan tidak bukan ialah
pahala yang menjadi saham untuk ke syurga. Setiap manusia Allah akan berikan
ujian yang berlainan bentuk antara satu sama lain dan saya yakin bahawa ia
termasuklah dalam ujian kecenderungan perasaan ini. Perasaan ini harus dibendung, bukan disuburkan.
Oleh itu,
watak-watak seperti ini, apatah lagi jika dipaparkan dalam rancangan yang mana
kumpulan sasaran penontonnya adalah kanak-kanak, seolah-olah memberi ruang
untuk perasaan atau keinginan seorang lelaki untuk melayan keinginannya menjadi
lembut itu disuburkan. Saya mencadangkan kepada pihak penerbit untuk memandang
serius perkara ini. Jika tidak dibuang pun watak ini, mungkin pihak penerbit
boleh melanjutkan plot cerita yang menunjukkan bahawa watak ‘Abang Salleh’ ini
berubah menjadi lebih keras dan berperanan seperti mana seorang lelaki harus
berperanan. Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran daripada hadis berikut; Barangsiapa yang membuat kebaikan dalam Islam
maka baginya akan mendapatkan ganjaran serta ganjaran orang-orang yang
mengikuti sesudahnya tanpa dikurangi ganjaran sedikitpun. Dan barangsiapa
membuat dalam Islam satu perbuatan yang buruk, maka baginya akan mendapatkan
dosa ditambah dosa orang-orang yang mengikuti sesudahnya itu. (HR. Muslim)
Nurul
Akmar Ramli
-AJK Biro
Keluarga dan Masyarakat Ikatan Muslimin Malaysia
sumber - tranungkite
sumber - tranungkite
No comments:
Post a Comment