Ketahuilah
bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib yang berlaku, adalah
berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah
solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.
Orang
yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang
nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang
penyesalannya.
Rasulullah
S.A.W bersabda bermaksud:
“Wahai
Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan
memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang
siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir." (Riwayat
al-Bazzar dari Abu Darda').
“Barang
siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak
akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).
Abu
Hurairah RA meriwayatkan: "Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra
pergi ke rumah Abu Bakar As-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah S.A.W,
kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau
menangis dan meratap: “Ah...andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat
apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah...aku sungguh menyesali
umatku." Rasulullah menangis
“Wahai
Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk
pintu. “Siapa?" tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta
izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat
Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam
sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka
perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka
sesuai perbuatan mereka.”
“Ya Rasulullah,
ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau
begitu sedih?” “Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah
selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai
Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia
berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang
bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang
mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui
kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai
Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?” “Benar,
wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada
umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya),
dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada
solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
Betapa
peripentingnya solat itu dalam kita menjalani kehidupan yang secara langsung
menghubungkaitkan kepada Allah S.W.T.
Dengan solat kita akan terbimbing kea rah hidup dan lebih sempurna dan
baik.
Semuga
kita semua menjadi orang yang mengambil berat tentang solat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- BELAJAR KOMPUTER - 1 GURU MENGAJAR 1 MURID ? KLIK
- IKLANKAN PRODUK/PERNIAGAAN ANDA DENGAN KAMI - KLIK
- PAKAR MEREKABINA PERKAKAS PERABUT - KLIK
2 comments:
terima kasih utk peringatan
sama-sama :)
Post a Comment