KLIK 2 X UNTUK BESARKAN GAMBAR |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bekerjasama menganjurkan Pameran Inovasi Islam Antarabangsa pada 25-27 Oktober 2013, bertempat di Stadium tertutup Nilai, NS. Tema tahun ini adalah ORANG KURANG UPAYA.
Pelbagai aktiviti berkaitan OKU akan diadakan secara PERCUMA seperti Karnival OKU, Bengkel OKU, Rundingcara Multidisiplin OKU, Pamiran dan pertandingan innovasi.
A. Karnival OKU - Memberi peluang kpd orang ramai merasai pengalaman sebagai OKU, dan menyertai pelbagai aktiviti berkaitan OKU - sesuai utk orang ramai dan juga golongan OKU.
B. Rundingcara Multidisiplin untuk OKU - Pakar pelbagai disiplin akan hadir dalam sessi rundingcara ini, spt pakar-pakar perubatan dalam pelbagai bidang spt Psikiatri, kanak-kanak, perubatan, orthopaedik dan lain-lain; pakar terapi dalam pelbagai bidang spt Audiology (pendengaran), Occupational Therapy (Terapi Carakerja), Physiotherapy (Terapi Anggota), Speech Therapy (Terapi Pertuturan), Pakar Psikologi dan lain-lain.
Melalui program rundingcara ini, orang ramai berpeluang untuk berjumpa dengan pakar-pakar berkaitan untuk berbincang, bertanya soalan berkaitan permasalahan OKU yang mereka hadapi dari aspek perubatan, pemulihan, keberdikarian, sosial dan sebagainya.
C. Kaunter Perkhidmatan Agensi Kerajaan Agensi kerajaan berkaitan OKU seperti JKM (Jabatan Pembangunan OKU), KPM (Bahagian Pendidikan Khas) dan KKM (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga) akan membuka kaunter bagi menjawab persoalan dan pertanyaan mengenai perkhidmatan mereka.
D. Bengkel OKU - ada 8 bengkel OKU yang akan menyentuh pelbagai isu berkaitan OKU - SILA DAFTAR DI http://i-inova.usm.my/registration.php?L=5
1. How to help your child hear and speak - sesuai kepada ibubapa dan guru-guru yang berurusan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan dan pendengaran. Peserta akan diajar bagaimana untuk merangsang pertuturan dan pendengaran kanak-kanak.
2. Palliative Care - Satu bidang yang agak baru, berkaitan penjagaan pesakit kronik terlantar dan pesakit yang mengalami 'terminal illness' spt cancer dan lain-lain. Peserta akan diberi kefahaman mengenai penyakit dan kaedah penjagaan dari segi perubatan, psikologi dan keugamaan.
3. Gerontology - Bengkel berkaitan keseimbangan badan untuk pesakit stroke dan program utk orang-orang tua (geriatric).
4. Changing thought pattern and behaviour of children with learning disability using audio-visual Cognitive Aid - Kaedah pengubahsuaian perangai untuk kanak yang bermasalah pembelajaran menggunakan alat bantuan audio-visual. Sesuai kepada ibubapa dan guru-guru yang mengendalikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
5. Step by Step for preparation towards vocational training for children with learning disabilities - Dalam bengkel ini, pasukan dari USM akan berkongsi pengalaman mengenai program Vocational Training yang dijalankan di USM. Melalui program ini, peserta-peserta di harap dapat memulakan program Vocational Training di tempat masing-masing menggunakan model jaringan masyarakat yang diperkenalkan di USM.
6. Step by Step for new parents with Cerebral Palsy Children - Bengkel ini akan mengajar ibubapa yang mempunyai anak CP mengenai CP, pengendalian CP dan senaman utk bayi dan kanak-kanak CP. Sesuai utk ibubapa yang mempunyai anak CP.
7. Early detection of Learning Disability- benefit to all - Bengkel ini akan mengajar guru, ibubapa dan orang ramai berkaitan pengenalpastian kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
8. Sensory approach enhance your child abilities - bengkel ransangan sensori (deria). Peserta akan diajar mengenai kepentingan, faedah dan kaedah ransangan sensori kepada kanak-kanak.
Semua aktiviti di atas dianjurkan secara PERCUMA, tetapi perlu pendaftaran kerana tempat adalah terhad.
Maklumat lanjut boleh didapati di weblink berikut;
Maklumat umum program i-innova 2013 : http://i-inova2013.usim.edu.my/
Maklumat berkaitan program OKU : http://i-inova.usm.my/
Pendaftaran Workshop OKU: http://i-inova.usm.my/registration.php?L=5
SILA HEBAHKAN / SHARE dengan semua golongan masyarakat yang berminat, bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai OKU.
Didoakan program ini, akan membantu masyarakat OKU di Malaysia.
dari --> Marinah Othman (Jika ada apa2 pertanyaan (dari sesiapa pun), please feel free utk email Marinah Othman di: marinah@usim.edu.my)
http://oaa-microsystem06.blogspot.com/p/tawan-iklan-di-blog-atau-you-tube.html |
No comments:
Post a Comment