Thursday, September 19, 2013

Facebook tak boleh masuk (LOG IN) ?


KLIK 2X UNTUK BESARKAN GAMBAR
Jika sewaktu anda LOG IN Facebook, tetapi di sekat untuk semakan pihak Facebook akan kesahihan pemilik akaun tersebut akibat ada pengguna yang cuba menceroboh, atau ada pengguna yang cuba memasang apa-apa auto aplikasi pada akaun Facebook anda, lakukan langkah-langkah berikut untuk membolehkan anda melayari semula akaun Facebook anda.

Cuba langkah-langkah berikut ;

KLIK pada CONTINUE





1 - Perhatiankan TEXT atau NOMBOR dan isikan dalam kotak
2-  KLIK butang SUBMIT



KLIK BUTANG START untuk membolehkan sistem kawalan
memastikan anda adalah pemilik sah akaun tersebut
dengan mengecam gambar rakan-rakan anda
yang selalu mereka postkan di wall.  Anda hanya
ada 2 kali peluang untuk SKIP, oleh itu, anda kena perhatikan
betul-betul gambar yang diberikan dan tuliskan nama rakan
anda tersebut.



1 - Tuliskan nama pemilik akaun facebook dimana anda melihat gambar yang
dipaparkan contoh seperti (aku oku) atau (omar abdul aziz)
2 - KLIK butang SUBMIT jika anda telah pasti
3 - KLIK butang SKIP jika anda tidak pasti.
Harus diingat, anda hanya mempunyai peluang hanya
2 kali untuk SKIP



Ulang tindakan seperti gambar sebelum ini sehingga habis
semakan sistem keselamatan. Jika anda lupa pemilik atau
pada pemilik mana gambar itu dipaparkan, mintalah bantuan
rakan, adik beradik atau sesiapa yang hampir dengan anda
untuk mengenal pasti gambar tersebut. Namun ianya mestilah
mengambil masa yang agak panjang.  Jika anda malas, cubalah
letak nama-nama yang ada kaitan dengan gambar tersebut.
Dengan izin Allah, Anda akan berjaya...



Jika anda tidak berjaya, Tetingkap berikut akan dipaparkan
dan KLIK butang SUBMIT




Apabila tetingkap seperti ini di paparkan, bermakna anda telah tidak
berjaya.  Anda hanya boleh KLIK butang LOG OUT dan lakukan
aktiviti lain seperti memasak nasi dan goreng telor untuk makan.
Selepas 3 hingga 9 jam kemudian barulah anda boleh diberi laluan
untuk mencuba lagi proses ini.  Jika berjaya anda akan dibenarkan
kembali menggunakan akaun Facebook anda.  Jika tidak, bersabarlah
kerana SABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Atau anda juga boleh menggunakan pelayar internet yang berlainan,
seperti masa anda cuba LOG IN sebelumnya anda menggunakan
pelayar FIREFOX, cubalah gunakan pula pelayar GOOGLE CROME
atau apa juga pelayar yang banyak boleh di download dengan percuma
di internet.


Saya berikan panduan ini berdasarkan pengalaman yang saya lalui.  Jika benar, ikutilah semuga ada manfaat yang dapat saya konsikan.  Jika salah panduan saya ini, jangan marah saya kerana saya hanya cuba memberikan apa yang termampu dan yang saya tahu mengenainya.

Selamat mencuba !

JOM BELAJAR APA SAHAJA TENTANG KOMPUTER BERSAMA KAMI MELALUI SIRI KURSUS YANG MUDAH DAN TIDAK TERIKAT ! KLIK

2 comments:

Unknown said...

Hi..saya mengalami masalh yg sama..berapa jwapan yg betul diperlukan utk berjaya login semula

Anonymous said...

hi..saya ade masalah yg sama..tapi bila dah jawap rasanya jawapan tu dah betul tapi masih x boleh nak login..di anggap tak berjaya..adakah jika mengambil masa yg lama juga boleh menyebabkan sy masih tdk berjaya utk login?boleh share pengalaman tuan?adakah tuan mengenalpasti semua rakan tuan dgn ms yg pantas?