Friday, September 13, 2013

Bersahabat Cara Rasulullah SAW

Bersahabat Cara Rasulullah SAW

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; 'Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya' (HR Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; 'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya' (HR Muslim)

3. Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; 'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan' (HR Hakim)

4. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; 'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'

5. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; 'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria' (HR Muslim)

6. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; 'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah' (HR Abu Daud)

7. Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ; 'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang' (HR Thabrani)




sumber -  Kamal Azhari Zuhra

No comments: