Wednesday, September 11, 2013

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi : Allah s.w.t berfirman ;
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni... dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " 

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

ISLAM menuntut umatnya supaya sentiasa bersabar. Setiap dugaan dan halangan hidup seharian perlu ditempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Umpamanya apabila ditimpa kemalangan atau musibah, hendaklah menyerahkan diri dan bertawakkal kepada Allah SWT...

Tuhan menyatakan dalam surah al-Hijr ayat 56 yang bermaksud, Ibrahim berkata, ‘Tidaklah berputus asa dari-pada rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja'.




No comments: