Thursday, July 4, 2013

Kematian Menjemput Kita, Bilakah Masanya ?

===================== 

Topik Khutbah : Hari berganti hari berlalu dan kematian datang dengan tiba-tiba 
Khutbah Jumaat di Masjid Nabi, Madinah Al-Munawwarah 
oleh Sheikh Salaah Al-Budayr 
Muharram 1, 1423 (March 15, 2002) 

================ 
Segala Pujian adalah bagi Allah. Selawat dan salam katas Rasulullah saw, serta keluarganya dan sahabat-sahabatnya 

الحمد لله الواحد القهار رب السماوات و الأرض وما بينهما العزيز الغفار، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، حكم بالفناء على أهل هذه الدار، وأشهد أن نبينا محمدًا عبده ورسوله، النبي المصطفى المختار، صلى الله عليه و على آله وأصحابه البررة الأخيار، وسلم تسليماً كثيراً، 
أما بعد: 


Wahai orang-orang Islam, bertaqwalah kepada Allah, semoga akan membawa kepada jalan-jalan mereka yang benar. Bersyukur kepada Allah kerana nikmat pemberiannya kepada kamu dan kurangkanlah keinginan kepada dunia, Bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan ajal (maut), kepada mereka yang tidak inginkan kesenangan dunia melainkan mereka yang digoda oleh nafsu jahat. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّه خَبِير بِمَا تَعْمَلُونَ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." (Al-Hasr 59:18) 

Wahai orang Islam! Ketahuilah bahawa bulan-bulan dan tahun-tahun, hari-hari dan malam-malam hanyalah jangkawaktu kerja dan kehidupan yang semuanya akan berakhir. Malam dan siang silih berganti, mereka membawa dekat apa yang jauh, setiap yang baru akan menjadi lama dan akan membawa setiap lelaki keatas perjanjiannya di Hari Qiyamat. 



Orang yang bahagia tidak akan membiarkan dirinya ditipu atau tidak membiarkan dirinya ditipu dengan ketamakkan dunia. Ramai mereka yang memulakan hari tetapi tidak menyaksikan penghabisannya dan ramai mereka yang ingin melihat esok tetapi mati sebelum kehendaknya di realisasikan, Firman Allah swt: 

وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan." (Al-Munafiqun 63:11) 

Wahai orang Islam! Satu tahun telah berlalu dari kehidupan anda dan ini memberikan isyarat bahawa dunia ini bukanlah rumah yang kekal dan adalah yang selepasnya samada Syurga atau Neraka. Maka, awaslah terhadap kehidupan ini dan tipu dayanya, dan ia telah menipu ramai orang dan memusnahkan ramai mereka yang ingin kepadanya. Ibnu Umar meriwayatkan : Rasulullah saw memegang bahunya dan bersabda : 

(( كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل )) 
"Hidup didalam dunia ini seolah-olah kamu orang asing atau musafir dijalanan" 

Dan Ibnu Umar berkata : 

( إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ) 
"Jika kamu di waktu petang, jangan menjangka untuk hidup hingga pagi, dan apabila kamu di waktu pagi, jangan menjangka kamu akan hidup sehingga petang. Ambil peluang semasa sihat untuk kamu sakit, dan semasa hidup untuk kematian kamu" (dikeluarkan oleh Al-Bukhari) 

Wahai kaum muslimin. Satu tahun dari kamu telah berlalu sebagai saksi atau penentangan terhadap kamu. Maka ambillah secukupnya, lakukan banyak perkara-perkara baik dan memperbaiki kesilapan kamu dan mengambil peluang sebelum ia terlambat. Jaabir berkata : Aku telah mendengar Rasullah saw semasa menasihatkan seseorang, beliau bersabda, 

(( اغتنم خمساً قبل خمس: شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك، فما بعد الدنيا من مستعتب ولا بعد الدنيا دارٌ إلا الجنة أو النار )) 
"Rebutlah lima perkara sebelum datang yang lima: masa Muda sebelum masa Tua, masa sihat sebelum kamu sakit, masa kaya sebelum masa miskin, masa kamu lapang sebelum masa kamu sibuk, dan masa hidup sebelum datang kematian. maka tiada siapa boleh mengkritik dan memperbetulkan kamu selepas hidup dan tiada siapa bersama kamu setelah kematian. melainkan Syurga atau Neraka". (Dikeluarkan oleh Al-Hakim). 

Wahai mereka yang ada baki umur yang sedikit, dan tidak tahu masa pemergiannya! Perbaikilah jalan kamu dan selamatkan diri kamu dari kemusnahan. Dari Abi Malik Al-Syaari, Rasulullah saw bersabda : 

(( كل الناس يغدو، فبائعٌ نفسه فمعتقها أو موبقها )) 
"Setiap orang yang bangun [pada pagi hari], mereka dikalangan yang membeli kebebasan untuk diri sendiri, dan mereka adalah yang mengurang kehambaan atau menghancurkan diri mereka sendiri" 

Kepada mereka yang telah dilemahkan oleh dosa-dosa mereka, yang telah membuang masa lampau dan tertidur, menutup telinga dari nasihat-nasihat yang ikhlas, mengabaikan banyak solat, melakukan banyak dosa, dan menyebarkan kejahatan. Adakah anda lupa saat kematian, apabila menjadi sukar kepada kamu mengerakkan lidah, dan tangan kamu, dan apabila keluarga dan jiran-jiran kamu merintih? Apakah kamu lupa apakah yang akan berlaku pada seseorang yang ditarik nyawanya keluar?! Takala usahanya mula pudar, warna mula bertukar dan dahinya berkedut? Nabi yang dikasihi Allah melebih semua hambanya pun semasa saat kematiannya memasukkan tangannya didalam air dan menyapu mukanya seraya berkata: "Tiada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya ini kematian dan sakar (pergelutan)nya". لا إله إلا الله، إن للموت سكرات(Al-Bukhari). 

Wahai hamba Allah, dimana mereka yang telah hidup dalam jangkamasa yang lama dan disayangi? Berapa ramai orang yang disayangi telah menutup mata mereka dan telah dikebumikan! Adakah kematian mempunyai belas kasihan keatas keluarga kita yang sakit oleh kerana dia seorang yang lemah? Apakah ia menyedia gantian bagi menyara anak-anak dan orang-orang yang dibawah jagaannya. dimanakah mereka yang bersama kita tahun yang dahulu? Penarikan nikmat kegembiraan dan keseronokan yang diambil dari tempat-tempat pertemuan dan masjid-masjid ke kubur-kubur dimana tiada apa-apa yang boleh memunfaatkan atau mempertahankan mereka dari sebarang ancaman. Mereka hanya menunggu hari yang mereka akan berbaris dihadapan Tuhan mereka; Hari dimana manusia takut menghadapinya, mata mereka di tangisi dengan tangisan panas dan jantung-jantung mereka akan mengigil dengan hisab yang ketahui! 

Wahai mereka yang menghabiskan tahun demi tahun, yang masih tidur, lalai dan lupa; wahai mereka yang telah datang tahun, demi tahun, yang diselubungi oleh lautan dosa, beritahu ku; Bilakah yang kamu akan bertaubat? Adakah ada menangguh taubatmu sehingga tahun hadapan? Anda tidak tahu bila anda akan mati. Maka, perlu bertaubat sekarang dan jangan tunggu-tunggu lagi. 

Perbaiki apa yang telah rosak, menjangka akan kematian dan gunakan penghidupan bagi hari kemudian, larilah dari kusta sebagaimana kamu lari dari singa yang garang, pengakhir kamu sudah hampir dan nyawa kamu adalah amanah yang akan dihisab di hari Qiyamat, Rasulullah saw bersabda : 

 لا تزول قدما ابن ادم يوم القيامة من عند ربه حتى يُسأل عن خمس: عن عمره فيم أفناه، وعن شبابه فيم أبلاه، وعن ماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه،  وماذا عمل فيما علم

"Seorang anak Adam tidak dibenarkan meninggalkan Hari Qiyamat sehingga ia ditanya mengenai 5 perkara :Umurnya bagaimana ia menghabiskan; masa Muda bagaimana ia menggunakan; Hartanya bagaimana ia perolehi dan bagaimana ia belanjakan dan ilmunya bagaimana ia mengamalkan" (riwayat Tirmidzi) 

Dan berkata Abdullah Ibnu Masood, "Aku tidak pernah menyesal diatas apa-apa perkara lebih dari aku menyesal terhadap hari yang berlalu dimana nyawaku makin berkurangan dan tidak ada penambahan didalam kebajikanku"ما ندمتُ على شيء ندمي على يوم غربت شمسه، نقص فيه أجلي ولم يزد فيه عملي. 

Wahai orang Islam! Adakah anda tidak menyesal kerana tertinggal melakukan amalan yang baik? Apakah tidak ada menangisi perbuatan mu itu? Apakah tidak anda bersedia untuk Hari yang dijanjikan? Baliklah kepada Tuhan kamu didalam taubatmu sebelum datang hari kamu dibawa keluar dari bumi. Gunakanlah hari-hari dan malam-malam dengan cara terbaik, dan biar setiap orang dari kamu menghisab diri kamu dan mempersoalkan jiwa sendiri mengenai kelalaian-kelalaian kamu. Datanglah kepada sesuatu penghidupan yang tidak akan mati dan tidak akan musnah, Rasulullah saw bersabda : 

(( من يدخل الجنة ينعم لا يبأس، لا تبلى ثيابه ولا يفنى شبابه )) 
"Barangsiapa yang masuk Syurga akan mendapat kenikmatan yang berkekalan, pakaiannya tidak akan lusuh dan sentiasa kelihatan muda" - (di keluarkan oleh Muslim) 

Wahai Hamba Allah! Lakukan apa yang telah kamu tertinggal didalam hidup, tingalkan kenangan lalu, bangun ditengah-tengah malam untuk bersolat, dan bertaubat kepada Allah dengan ikhlas. Rasulullah saw bersabda : 

(( إن الله عز وجل يبسط يده بالليل ليتوب مسيء النهار، ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل، حتى تطلع الشمس من مغربها )) 
"Allah menghulurkan tangannya pada waktu malam, maka yang berdosa pada siang hari boleh bertaubat, dia menghulurkan tangannya pada siang hari, yang melakukan dosa pada malam hari boleh bertaubat. Sehinggalah terbitnya matahari dari arah barat" 
- (riwayat Muslim). 

Gunalah sebaik-baiknya baki penghidupan kamu, kamu akan diampunkan dan jika kamu meneruskan dosa, anda akan bertanggung jawab atas dosa yang lepas dan juga sekarang. Firman Allah : 

يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًا. فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ. فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا. وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا. وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ. فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا. وَيَصْلَى سَعِيرًا. إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا. إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ. بَلَى إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا. 

[6] Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya). 
[7] Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya; 
[8] Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, 
[9] Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. 
[10] Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, 
[11] Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, 
[12] Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang. 
[13] Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! 
[14] Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)! 
[15] (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya! (Al-Insyiqaaq 84:6-15) 

============== 
Khutbah ke 2 

Wahai orang Islam, bertaqwalah kepada Allah, 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِين 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. " (At-Taubah 9:119) 

Wahai orang Islam! Hari-Hari didalam dunia ini akan sampai kepada penghujungnya dan jasad-jasad akan luntur. Mereka yang beruntung ialah sesiapa yang panjang umur dan baik amalannya, dan mereka yang malang ialah mereka yang panjang umurnya dan buruk amalnya. Seorang lelaki bertanya kepada nabi saw: 

(( أن رجلاً قال: يا رسول الله، أي الناس خير؟ قال: ((من طال عمره وحسن عمله))، قال: فأي الناس شر؟ قال: ((من طال عمره وساء عمله)) 
"Siapakah lelaki yang baik?", Nabi saw menjawab,"mereka yang panjang umur dan baik amalannya". Kemudian beliau bertanya,"Siapakah yang buruk nasibnya?", maka jawab Nabi,"mereka yang panjang umur dan buruk amalannya" - (riwayat Al-Tirmidzi) 

Maka, jadilah dikalangan mereka yang mencari hari Akhirat dan jangan jadi seperti mereka mencari Dunia, Hari ini ialah hari Amal tanpa hisab, esok ialah hari Hisab tanpa Amal; Dihisab amalannya menurut matlamatnya. Seorang itu mati atas apa yang dia dihidupkan, dan ia akan thabitkan atas apa yang dia dimatikan". Rasulullah saw bersabda: "Seseorang itu di thabitkan (amalan) atas bila ia melakukan"يُبعث كل عبد على ما مات عليه. - (dikeluarkan oleh Muslim). 

Wahai orang Islam! PINTU TAUBAT INI MASIH TERBUKA(هذا باب التوبة مفتوح ). Lakukan taubat yang ikhlas sebelum maut datang mengetuk. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha." (At-Tahreem 66:8) 

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ



kredit - tetamu




No comments: