Thursday, July 4, 2013

AHLI IBADAH YANG TERPEDAYA



Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang sangat rajin beribadah. Nama lelaki itu Barsis. Oleh kerana sangat rajin dan bersungguh-sungguh beramal ibadah, dia digelar abid iaitu orang yang kuat beribadah. Barsis dianugerahkan satu keistimewaan oleh Allah SWT iaitu doanya mustajab. Oleh itu , ramai orang yang menemui Barsis untuk meminta dia berdoa kepada Allah agar Allah menunaikan hajat mereka. Orang-orang yang sakit pula memintanya berdoa supaya Allah sembuhkan penyakit mereka.

Pada suatu hari, seorang tetamu datang ke rumah Barsis, Cara tetamu itu berpakaian kelihatan seperti seorang abid juga. Barsis tidak mengenali tetamunya itu. Tetamu itu meminta kebenaran untuk berkhidmat kepada Barsis sambil menumpang beribadah bersama-sama Barsis.

"Kalau begitu kehendakmu, aku terima dengan senang hati. Kita boleh beribadah bersama-sama." jawab Barsis.




Semenjak tinggal bersama Barsis, tetamu itu tidak pernah meluangkan masa untuk berehat. Selain menjadi khadam kepada Barsis, sepanjang masanya dihabiskan dengan beribadah. Seolah-olah dia tidak pernah penat dan jemu daripada beribadah. Barsis berasa kagum melihat kehebatan tetamunya itu.

Pada satu hari, Barsis bertanya kepada tetamu yang sudah menjadi khadamnya itu ;

"Telah sekian lama aku beribadah kepada Allah, tetapi aku masih perlu makan, minum dam tidur. Sedangkan engkau sudah tidak menghiraukan itu semua. Bagaimanakah engkau boleh mencapai tahap ini?"

Si Khadam pun menjawab, "Dahulu aku pun seperti tuan juga. Tetapi kesilapanku telah mengubah cara hidupku. Aku pernah melakukan dosa kepada Allah. Apabila teringatkan dosa, hatiku menjadi sedih dan takut. Aku sangat mengharapkan keampunan Allah. Sebab itulah aku beribadah tanpa mengira makan, minum dan tidur lagi."

"Bolehkah aku menjadi sepertimu? Aku juga mahu lebih hebat beribadah.." soal Barsis lagi.

"Tentu boleh, tetapi..." Khadam itu kelihatan teragak-teragak mahu memberitahu Barsis.

"Tuan mesti melakukan dosa."

"Apa? Aku perlu melakukan dosa?" Barsis terkejut. Syarat yang diberikan itu terasa amat berat untuk dituruti.

"Ya, Nanti akan timbul rasa insaf yang hebat dalam hati tuan." jawab Khadam.

"Tuan minum arak. Kesalahannya tidak berat dan dosanya antara tuan dengan Allah. Tuan boleh minta ampun dengan Allah sahaja."

Barsis terdiam. Dia tidak ada alasan lagi. Akhirnya dia menurut sahaja apabila diajak ke tempat menjual arak.
Sambil diperhatikan oleh khadamnya, Barsis meneguk arak sehingga mabuk. Dalam keadaan tidak sedar dan tidak siuman itu, dia mula bertindak liar. Dia berziyna dengan perempuan penjual arak.

Disebabkan pengaruh arak, Barsis menjadi semakin liar. Dia membunuh suami si penjual arak yang baru sahaja tiba. Si khadam yang menyaksikan peristiwa itu bergegas melaporkan kejadian yang dilihatnya kepada hakim.

Hakim menjatuhkan hukuman yang amat berat ke atas Barsis kerana kesalahan minum arak dan berziyna.

Akhir sekali, Barsis dijatuhkan hukuman bunuh kerana kesalahan membunuh. Dia dibawa ke tempat hukuman untuk dijatuhkan hukuman bunuh. Ketika berada di tempat hukuman itu, tiba-tiba muncul lelaki yang pernah menjadi khadam Barsis.

"Bagaimana keaadanmu, wahai ahli ibadah yang bodoh dan mudah ditipu?" tanya bekas khadam Barsis itu dengan sombong.

Barsis tidak menjawab. Barulah dia tahu siapakah sebenarnya orang yang pernah menjadi khadamnya itu. Dia adalah Iblis. Iblis menyamar sebagai seorang ahli ibadah semata-mata untuk menyesatkan Barsis.

"Orang yang mengikut nasihat temannya yang jahat, beginilah jadinya," kata Iblis lagi.


MORALNYA  -  JANGAN TINGGALKAN KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU SUPAYA MELAKUKAN IBADAH DENGAN MENURUTI ILMU...

kredit miza

BELAJAR KOMPUTER CARA MUDAH - SEORANG GURU DAN MURID, MASA DAN WAKTU BOLEH BINCANG... MUDAH... KLIK

No comments: