Wednesday, December 7, 2011

Jangan Bersedih, Inilah Jalan-Jalan untuk menuju Bahagia

Berikut adalah pesanan untuk mencapai kebahagiaan, yang diberikan oleh Sheikh `A'id Al-Qarni (Pengarang buku La Tahzan / Jangan bersedih)

Jangan Bersedih, Inilah Jalan-Jalan untuk menuju Bahagia

  • Sedarilah bahawa jika anda memikirkan hidup hanya hari ini sahaja, maka akan semakin buntulah fikiran anda, semakin bercelaru semua urusan,dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegusaran hati anda.
 

  • Inilah makna sabda Rasulullah SAW : "Jika tiba waktu pagi, janganlah menunggu hari petang; dan jika petang tiba, janganlah pula menunggu hingga waktu pagi."

  • Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, karena mengingati dan hanya memikirkan pada perkara yang telah berlalu merupakan tindakan yang bodoh dan merugikan.

  • Jangan terlalu memikirkan masa depan, sebab ia masih berada di alam gaib. Usahakan yang terbaik dan tawakkal dan pasti ia datang dengan sendirinya.

  • Jangan mudah tersinggung dengan kritikan. Jadilah orang yang tetap pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.



  • Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang sangat baik dan membawa rasa bahagia.

  • Barangsiapa menginginkan ketenangan, kedamaian, dan kesenangan, maka dia hendaklah selalu mengingati Allah dengan Solat, berzikir dan beramal.

  • Sebagai seorang Hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu berlaku berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.

  • Jangan pernah mengharap ucapan terima kasih dari orang lain. Cukup bagi anda pahala yang diberikan oleh Dzat Allah tempat bergantung semua makhluk. Anda tak perlu takut kepada orang kufur, pendendam, dan iri hati.

  • Persiapkan diri anda untuk menerima segala kemungkinan perkara buruk terjadi. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

  • Sentiasa melihatlah mereka yang diberikan kesusahan lebih daripada kita dan bersyukurlah bahawa kita diberikan sedikit kesusahan dibanding mereka.

  • Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya.

  • Perbanyakkan sikap sabar dan hindari sifat marah.

  • Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

  • Bekerja keraslah pada sesuatu yang boleh mendatangkan hasil dan jauhi sifat malas.

  • Apa yang ada pada diri anda sudah terlalu banyak dimiliki, dari orang lain yang tiada.

  • Yakinlah, dari masa ke semasa akan ada jalan keluar.

  • Yakinlah, dengan di timpa musibah akan membuatkan hati anda akan tergerak untuk berdoa dan mendekati Allah.

  • Musibah itu akan mematangkan kehidupan dan menguatkan hati.

  • Yakin sesungguhnya setiap kesulitan itu akan ada nikmat dan kebahagiaan kemudiannya nanti.

  • Jangan jadi porak peranda hanya karena perkara-perkara yang remeh.

  • Ketahuilah, bahawa dengan zikir kepada Allah, hati menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan zikir juga, Zat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan berakhir.

  • Hitunglah segala nikmat yang telah Allah berikan kepada anda dan bersyukurlah atas nikmat-nikmat tersebut.

  • Ketahuilah bahawa Allah SWT mencintai mereka yang tabah dalam menghadapi ujian, jadilah seperti salah satu dari mereka.

  • Kesukaran dan ujian yang menimpa anda akan menghapus dosa-dosa seandainya anda bersabar.

  • Sesungguhnya Rabb (Allah) itu Maha Luas ampunan dan kasih sayang-Nya.




Sumber: Islamonline

KLIK UNTUK SUMBANGAN PENGENDALIAN BLOG YANG DIKENDALIKAN OLEH WARGA OKU-

3 comments:

zulhilmi abdullah said...

salam saudara...blh saya tau apa tajuk lagu dlm video ni?

aKu oKu said...

waalaikumsalam

sila kli link pada minit 3.33

disitu ada link lagu tersebut..

arfandi said...

nak print n save