Tuesday, November 22, 2011

Nabi Sulaiman A.S. dan Seekor Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman A.S. dikala itu sedang mengalami musim kemarau  yang begitu panjang. Hujan sudah lama tidak turun membasahi bumi.

Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Nabi Sulaiman A.S. mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan agar memohon kepada Allah S.W.T. supaya menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Baginda Nabi Sulaiman A.S. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di sebuah padang untuk berdo'a memohon kepada Allah S.W.T, memohon agar musim kemarau itu berakhir dan hujan segera turun.
GAMBAR HIASAN

Sesampainya mereka di kawasan lapang tersebut,  Baginda Nabi Sulaiman A.S. melihat seeKor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berada dalam keadaan kepanasan dan kehausan. Baginda Nabi Sulaiman A.S. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah S.W.T. menunaikan semua doa dan hajat makhluk-Nya.

"Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-MU, aku berhajat akan air-MU, tanpa air-MY Ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku"
GAMBAR HIASAN

Doa sang semut kepada Allah S.W.T.  Mendengar doa si semut,  maka Baginda Nabi Sulaiman A.S.kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah S.W.T. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian.  Allah S.W.T. telah mengabulkan doa seekor semut". Kemudian Baginda Nabi Sulaiman A.S. dan rombongannya pulang kembali ke tempat mereka.

Suatu hari Baginda Nabi Sulaiman A.S. sedang berjalan-jalan. Ia melihat sekumpulan semut sedang berjalan sambil mengangkat butir-butir gandum. Baginda Nabi Sulaiman A.S terus mengamatinya.  Kemudian baginda memanggil si semut dan bertanya padanya:  "Hai semut-semut kecil untuk apa gandum yang kau bawa itu?."

Si semut menjawab, "Ini adalah gandum yang Allah S.W.T. berikan kepada kami sebagai makanan selama satu tahun."  Baginda Nabi Sulaiman A.S. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada seekor semut, "Wahai seekor semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah letakkan sebutir gandum sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu".
GAMBAR HIASAN

Setahun telah berlalu. Baginda Nabi Sulaiman A.S. datang melihat keadaan si semut.  Ia melihat gandum yang diberikan kepada si semut itu hanya dimakan separuh, lantas Baginda Nabi Sulaiman A.S. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan gandum mu"

Semut didalam botol itu menjawab :  "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya makan sebahagian dari gandum dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah S.W.T. yang memberikan kepadaku sebutir gandum setiap tahun, akan tetapi kali ini engkau yang memberiku gandum. Aku takut dalam kesibukanmu, engkau terlupa padaku didalam botol ini dan tidak datang memberiku gandum lagi... Kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezki (Ar-Rozak), jawab si semut.

Pengajaran dari kisah ini ialah bagaimanakah keyakinan kita kepada Allah sebagai pemberi rezeki.  Berusahalah,  rezeki itu adalah kurniaan Allah terhadap usaha, doa dan tawakkal kita pada rezeki pemberian Allah.

No comments: