Tuesday, November 22, 2011

Darth Vader (STAR WARS) menuntut sebidang tanah

KIEV, Ukraine - Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin

Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu.

"Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan.

"Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat.

"Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader," tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang.

Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine.

'Darth Vader' menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar.

Gelagatnya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube. - AFP



SUMBER

Apa Komen Anda?

No comments :