Thursday, June 2, 2011

Korban Cinta - Sentuhan Angah

Cerita buang anak saban hari tidak pernah putus dari menjadi penghias di dada akhbar atau TV.  Betapa peritnya rasa hati bila melihatkan bayi kecik yang tidak berdosa itu menjadi korban kepada gejala yang semakin menjadi-jadi.

Saya sendiri melihat betapa anak-anak muda menjadikan gejala couple sebahagian dari trend hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi dengan cara hidup mereka mungkin atas rasa kemodenan dan kemajuan.  Pukul 2 3 pagi remaja-remaja perempuan ini membonceng dan mengikuti kemana sahaja remaja-remaja lelaki ini atas nama cinta dan couple.

Pakaian remaja-remaja perempuan ini hanyalah sekadar baju yang menutupi sebahagian kecil tubuh dan sebahagian besarnya dihidangkan menjadi santapan nafsu remaja lelaki yang sememangnya amat gemar melihatnya kerana rata generasi masakini telah amat jauh dari berpegang pada perintah agama Islam yang mereka anuti.   Agama bukan lagi menjadi kayu pengukur terhadap prilaku yang akan di perbuat oleh remaja-remaja ini.  Mereka menjadikan cerita-cerita CINTA di pawagam sebagai panduan untuk menjadi ikutan dan mereka akan berbangga jika hidup dalam dunia yang bebas tanpa batas ini.


Undang-undang tidak pernah menghalang mereka untuk bersama kesana sini membonceng motor atau kenderaan yang lain tanpa ikatan perkahwinan yang sah.  Undang-undang hanya akan mengambil tindakan jika mereka itu memandu tanpa lesen yang sah.  Tetapi remaja lelaki dan perempuan yang berkepit saban hari walaupun di kejauhan malam tidak pernah di tanya mana lesennya (pernikahan) yang membenarkan mereka berkelakuan begitu hingga membawa gejala ZyNA menjadi sinonim dengan anak remaja Islam hari ini.  Hinggakan anak-anak yang masih bersekolah juga turut terlibat dalam perlakuan sumbang ini...  Ya Allah, betapa azabMU sedang menunngu untuk KAU turunkan dan azabkan di tanah air ini atas keterlanjuran semua ini sebagai bala atas kealpaan yang berlaku.

Saya dengan kerjasama Angah untuk mencipta melodinya membawakan lagu ini, dengan harapan jika di dengar oleh mereka-mereka ini akan membuka keinsafan pada keimanan mereka untuk mencari CINTA dengan jalan yang di Redhoi Allah.  Jika hendak disuruh mendengar ceramah, generasi yang seperti ini tidak lagi menganggap ceramah itu satu perkara penting sebaliknya lagu-lagulah yang menjadi kewajipan untuk mereka dengar setiap hari dan masa.

Muga ada nilainya untuk sama-sama kita perbetulkan gejala yang membunuh ini...


LINK LAGU - KORBAN CINTA CIPTAANG ANGAH - KLIK


-

~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 
-

Apa Komen Anda?

2 comments :

Niel said...

I like this blog..;)

sRikANdi FiSaBiliLLaH said...

smoga terus thabat dlm jln dakwah,... i also like this blog... =)