Wednesday, June 29, 2011

Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj

Alhamdulillah, memanjat setinggi-tinggi ke syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya masih diberi dua nikmat yang besar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Kesempatan di bulan Rejab ini, PMRAM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan di bumi Mesir.

Di samping kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, June 21, 2011

Persiapan Raya? Sempatkah kita bertemu kedatangan Ramadhan...

Saya panjangkan apa yang telah di tulis oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz di dalam blognya untuk turut sama merasai apa yang dirasakan oleh para sahabat yang begitu gembira dan menanti-nantikan kehadiran Ramadhan dan menangis apabila berakhirnya Ramadhan. 

Ramadhan, kami pasti akan menunggu kedatanganmu yang telah hampir ini. Ya Allah, panjangkanlah umur kami untuk kami bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah ini.  Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Berdoalah agar kita sempat untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini...



KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK MEMBACA CORETAN USTAZ HISHAMUDDIN

"Ramadhan Terakhirkah Ini?

 

Sunday, June 19, 2011

SYURGA Depan MATA, DUNIA di bawah DAGU

17 Jun 2011 - Pada petang sehari sebelumnya, tiba-tiba saja saya dan isteri di undang untuk menjadi tetamu di rancangan semanis kurma TV9.  Tanpa membuat persediaan, pagi itu TV9 datang mengambil gambar di rumah dan kedai yang saya sewa dari pihak DBKL. Malamnya saya dan isteri bergeras ke studio untuk memenuhi undangan dengan hati yang berdebar-debar dan tanpa sebarang persediaan yang lengkap.

Di awal temuramah, tanpa disedari aku menitiskan air mata kerana merasa amat tersentuh apabila melihat seorang suami yang juga seorang ayah walaupun berusia lanjut tetapi tetap tabah menjaga, melayani serta menguruskan kehidupan seharian isterinya yang sakit dan seorang anak yang cacat.  Mereka masih tersenyum menempuh ujian Allah dengan penuh redho dan tabah...

Sebaliknya apa yang berlaku padaku adalah sebaliknya, dimana aku amat mengharapkan pengorbanan seorang isteri dan anak-anak untuk membantuku meneruskan kehidupan seharian untuk aku terus menghirup ni'mat pernafasan sebagai seorang suami dan ayah.

Aku sendiri terkejut dengan kata-kata isteriku yang membuatkan aku semakin yakin untuk menggagahi hidup ini sebagai seorang suami dan ayah walau dalam keadaan aku begini menjadi Insan yang dipilih oleh Allah SWT untuk diujikan dengan kesakitan ini.

Semuga Allah menyediakan semanis-manis ganjaran untuk kalian isteri dan anak-anakku.  Kepada Abah dan Emak, terima kasih atas jasa kalian, bukan sahaja abah dan emak telah membesarkan aku hingga aku sebesar begini, tetapi dengan ilmu Allah yang Abah bekalkan membuatkan aku hari ini, mampu meneruskan hidupku sebagai seorang bapa walau tidak sesempurna bapa-bapa lain.

SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA....

Bacalah2

Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa
kamu akan membuat kerusakan di muka bumi
dan memutuskan hubungan kekeluargaan?
(22)
Mereka itulah orang-orang
yang dila’nati Allah dan
ditulikan-Nya telinga mereka
dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.
(23)
~SURAH MUHAMMAD~

Bacalah1

Saturday, June 18, 2011

KURSUS PENGENALAN KOMPUTER DAN INTERNET

Menyediakan KURSUS PENGENALAN KOMPUTER DAN PELAYARAN INTERNET secara INTENSIF mengikut masa yang diminta oleh pihak pelanggan.


Kelas berjalan selama 3 jam setengah

WAKTU YANG BERSESUAIAN DENGAN KELAPANGAN PELAJAR TERMASUK WAKTU MALAM. (BOLEH DI BINCANGKAN)

YURAN  - RM 100.00 - (UNTUK SEORANG PELAJAR)

    Seorang Guru + Seorang Murid
    Bimbingan selepas belajar melalui email
    Sijil

Kepada yang berminat sila hubungi ;

TEL  -  012 555 0546
Omar bin Abdul Aziz
B-0-12(K), PPR Laksamana,
Jalan Peel,
55100 KUALA LUMPUR.

link berkaitan

KURSUS INTENSIF MICROSOFT OFFICE


Tawaran Kursus Komputer PAKEJ INDIVIDU
MICROSOFT OFFICE > WORD ~ EXCEL ~ POWERPOINT


KEISTIMEWAAN;

- Seorang Pelajar Akan Diajar Dan Dibimbing Sepenuhnya
- Masa Dan Hari Boleh Dibincangkan
- Pelajar akan dapat menggunakan masa terluang untuk
di isi dengan belajar komputer

-> YURAN = RM500 UNTUK 12 JAM KURSUS

SIJIL DI BERIKAN PADA YANG BERJAYA MENAMATKAN KURSUS DENGAN JAYANYA

TEMPAT ;
oAa Microsystem
B-0-12(K) PPR Laksamana, Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur

DISAMPING ITU JUGA DISEDIAKAN ;

Pelbagai Subjek Dan Modul Kursus Komputer
Pengenalan Komputer Pelayaran Internet
Membina Blog & Web
Menyunting Gambar & Video
Pemasangan Dan Baiki Komputer
& Lain-Lain

Dengan Kadar Yuran Yang Berpatutan Mengikut Pakej Kursus

KETERANGAN LANJUT ; TEL/SMS 012 555 0546 OMAR

Keadaan Premis Tidaklah Seselesa Mungkin,
Tiada AIRCOND Dan Suasana Seadanya…
Namun Angin Sepoi-Sepoi Bahasa
Dari Kipas Dinding Membuatkan
Kursus Anda Berjalan Dalam
Suasana Kehangatan Untuk
Membuatkan Anda Ingin
Belajar Dengan Jayanya..
InsyaALLAH…


Belajar Sambil Menyokong Perniagaan Warga OKU


KURSUS KOMPUTER PERCUMA

Dalam pada itu, jika anda seorang OKU, mempunyai anak-anak OKU, penjaga OKU yang ingin anak-anaknya belajar komputer, anak-anak yatim juga anak Warga Kurang Berkemampuan, boleh menyertai kursus ini dengan secara percuma dengan menghantarkan surat permohonan beserta salinan kad OKU atau dokumen berkaitan ke alamat di atas.

Bagi ingin beramal dengan menjadi PENAJA ATAU MENDERMA kepada KELAS KOMPUTER UNTUK WARGA KURANG BERKEMAMPUAN bolehlah merujuk kepada link ini -> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=345256275571071&set=a.345250445571654.80939.345236985573000&type=1&relevant_count=1

-JAZAKALLAH/TERIMA KASIH-


Kepada yang berminat sila hubungi ;

TEL  -  012 555 0546
 Omar bin Abdul Aziz 
B-0-12(K), PPR Laksamana, 
Jalan Peel, 
55100 KUALA LUMPUR.

Friday, June 17, 2011

Semanis Kurma - Kasihnya Bapa

Kenangan ketika saya dan isteri di undang sebagai tetamu dalam rancangan SEMANIS KURMA TV9 yang bertajuk KASIHNYA AYAH sempena HARI BAPA. Saya kongdikan kenangan ini buat rakan-rakan yang tidak berkesempatan menyaksikannya...






SIRI AKHIR ... KLIK











Tuesday, June 14, 2011

KURSUS BAIKI KOMPUTER - INTENSIF

Kami ada menganjurkan KURSUS PEMASANGAN DAN BAIKI KOMPUTER pada setiap hujung minggu atau mengikut masa yang diminta oleh pihak pelanggan secara INTENSIF.




Kursus tersebut meliputi pembelajaran cara-cara pemasangan perkakas (hardware) bagi membina sebuah CPU lengkap dan menyambungkan kepada Monitor atau LCD serta perkakas lain untuk sebuah komputer peribadi lengkap.



  1. Partition, format serta install operating sistem - Windows
  2. memuatkan atau memasukkan aplikasi (install)
  3. Menyuai padankan requirement dengan spelifikasi serta komponen hardware yang sedia ada
  4. Trouble shooting seperti mengenal pasti punca kerosakkan, tips-tips penjagaan komputer dan notebook dengan cara yang lebih selamat 
  5. dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerja-kerja pembaiki dan memasang komputer.
Sebagai peniaga yang terdiri dari warga OKU, saya bersama seorang lagi pembantu menyediakan pakej-pakej kursus komputer yang sangat istimewa ;

kami menyediakan modul-modul dari ;

- pembelajaran mengenali komputer

- penggunaan internet

- belajar memasang dan membaik pulih komputer
INI ADALAH GAMBAR SALAH SEORANG PELAJAR
YANG MEMBENARKAN KAMI MENGGUNAKAN GAMBAR BELIAU
UNTUK DI MASUKKAN DI BLOG INI ;
UNTUK KETERANGAN LANJUT GAMBAR INI SILA KLIK LINK  INI

penggunaan perisian microsoft office seperti ;
- microsoft word
- microsoft excel
- microsoft power point
UNTUK KETERANGAN LANJUT GAMBAR INI SILA KLIK LINK INI

- editing - edit gambar dan membina video

- belajar membaca al-quran berkomputer

dan lain-lain kursus yang boleh pihak tuan puan minta dan jika mampu kami ajarkan bergantung kepada keperluan pihak tuan puan untuk menggunakan komputer seperti ;

- membina web atau blog
- pengurusan pengiklanan melalui facebook
- dan sebagainya.

kepada tuan puan yang berminat untuk menyertai kursus kami sambil membantu perniagaan yang dijalankan oleh Warga OKU ;

bolehlah menghubungi saya di talian   012 555 0546 - omar

kami beroperasi di ;

B-0-12(K), PPR LAKSAMANA
JALAN PEEL, 55100
KUALA LUMPUR.

disamping itu bagi pihak tuan puan yang ingin beramal dan menderma ;

saya ada menjalankan PROJEK KURSUS KOMPUTER UNTUK WARGA KURANG BERKEMAMPUAN.

KLIK - UNTUK DERMA

Terima Kasih yang tidak terhingga kerana sudi melayari BLOG ini.






Kepada yang berminat sila hubungi ;


TEL  -  012 555 0546
Omar bin Abdul Aziz
B-0-12(K), PPR Laksamana,
Jalan Peel,
55100 KUALA LUMPUR.


Friday, June 10, 2011

Demontrasi

GAMBAR HANYA HIASAN

Syeikh Abdul Majid Aziz Azzindany telah berkata dalam ucapannya pada video ini, "Setiap DEMONTRASI untuk menegakkan kebenaran adalah AMRU BIL MA'ARUF WA NAHYUN ANIL MUNGKAR BAHKAN SEBAIK2 JIHAD DI JALAN ALLAH"

Kata-kata
Syekh Abdul Majid Aziz Azzindany ini telah di sepakati ulamak-ulamak dunia setelah beberapa perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum fatwa ini dikeluarkan.

*** Hanya Perkongsian Dari Maklumat di Internet.
TIADA KENA MENGENA DENGAN MANA-MANA PIHAK.
(Saya simpankan Video ini dalam BLOG, untuk rujukan saya)

Monday, June 6, 2011

Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor

MEMPERINGATI 9 TAHUN PEMERGIAN (JUN 2002- JUN 2011)
Almarhum Ustaz Fadzil Noor


Imam Sufyan bin 'Uyainah[1] berkata "عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة " bermaksud, " Apabila menyebut tentang orang-orang soleh, rahmat akan turun".[2]

Pada 23 Jun 2011, genaplah 9 tahun pemergian seorang tokoh pejuang Islam yg tidak asing lagi di tanah air, Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Beliau telah kembali menemui kekasihnya pada tanggal 23 Jun 2002. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada.



Kata-kata beliau ;
" ... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang! " -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Ustaz... kalau boleh, aku juga tidak mahu berhenti dari mendengar kata-kata 'mutiara' da'wahmu kerana ia amat terkesan di jiwa ini...  Akan aku bekalkan ianya buat anak-anak dan generasiku.

Saya selalu berpesan pada anak-anak saya jadilah orang berilmu sepertinya, walaupun ustaz telah pergi meninggalkan kita, tetapi ilmunya tetap hidup subur untuk menerangi hati-hati kita dan insan yang memerlukannya... Al-Fatihah



Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan seorang tokoh Ulama' yang tersohor.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Piliharaya Umum 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu Bukit Raya).

Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.

Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.

sumber

SELANJUTNYA - klik

RALAT (Pembetulan fakta yang saya ambil dari sumber diatas.  Pembetulan ini dari anakanda Almarhum sendiri)  Terima kasih Muna.



Saturday, June 4, 2011

Remaja Perempuan Bangga Hilang Dara

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Kamarulbaid
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.


Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter.

Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.




Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca. 

Thursday, June 2, 2011

Korban Cinta - Sentuhan Angah

Cerita buang anak saban hari tidak pernah putus dari menjadi penghias di dada akhbar atau TV.  Betapa peritnya rasa hati bila melihatkan bayi kecik yang tidak berdosa itu menjadi korban kepada gejala yang semakin menjadi-jadi.

Saya sendiri melihat betapa anak-anak muda menjadikan gejala couple sebahagian dari trend hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi dengan cara hidup mereka mungkin atas rasa kemodenan dan kemajuan.  Pukul 2 3 pagi remaja-remaja perempuan ini membonceng dan mengikuti kemana sahaja remaja-remaja lelaki ini atas nama cinta dan couple.

Pakaian remaja-remaja perempuan ini hanyalah sekadar baju yang menutupi sebahagian kecil tubuh dan sebahagian besarnya dihidangkan menjadi santapan nafsu remaja lelaki yang sememangnya amat gemar melihatnya kerana rata generasi masakini telah amat jauh dari berpegang pada perintah agama Islam yang mereka anuti.   Agama bukan lagi menjadi kayu pengukur terhadap prilaku yang akan di perbuat oleh remaja-remaja ini.  Mereka menjadikan cerita-cerita CINTA di pawagam sebagai panduan untuk menjadi ikutan dan mereka akan berbangga jika hidup dalam dunia yang bebas tanpa batas ini.