KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.
Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter.
Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.
Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.
Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.
Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca.
SUMBER - klik
VIDEO - klik
Bayi baru lahir dicampak dari atas flat
KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jalan Pudu Ulu, Cheras, di sini awal pagi ini, dipercayai selepas dicampak dari bangunan flat berhampiran.
Jurucakap polis dari balai polis Cheras berkata mayat bayi yang berkulit cerah dan tali pusatnya belum dipotong itu ditemui seorang tukang sapu di dalam sebuah beg plastik hitam yang turut mengandungi sisa kulit ayam dan ikan di kawasan letak kereta Blok B, bangunan PPR setinggi 17 tingkat itu.
"Bayi itu dipercayai mati dua hingga tiga jam sebelum mayatnya ditemui," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata kepala bayi itu didapati pecah, dan beliau tidak menolak kemungkinan bayi itu masih bernyawa ketika dicampak.
SUMBER BERITA - klik
KEMBALILAH PADA ALLAH...
HENTIKANLAH AKIBATNYA
ARTIKEL LAIN - klik
No comments:
Post a Comment