Sunday, June 19, 2011

SYURGA Depan MATA, DUNIA di bawah DAGU

17 Jun 2011 - Pada petang sehari sebelumnya, tiba-tiba saja saya dan isteri di undang untuk menjadi tetamu di rancangan semanis kurma TV9.  Tanpa membuat persediaan, pagi itu TV9 datang mengambil gambar di rumah dan kedai yang saya sewa dari pihak DBKL. Malamnya saya dan isteri bergeras ke studio untuk memenuhi undangan dengan hati yang berdebar-debar dan tanpa sebarang persediaan yang lengkap.

Di awal temuramah, tanpa disedari aku menitiskan air mata kerana merasa amat tersentuh apabila melihat seorang suami yang juga seorang ayah walaupun berusia lanjut tetapi tetap tabah menjaga, melayani serta menguruskan kehidupan seharian isterinya yang sakit dan seorang anak yang cacat.  Mereka masih tersenyum menempuh ujian Allah dengan penuh redho dan tabah...

Sebaliknya apa yang berlaku padaku adalah sebaliknya, dimana aku amat mengharapkan pengorbanan seorang isteri dan anak-anak untuk membantuku meneruskan kehidupan seharian untuk aku terus menghirup ni'mat pernafasan sebagai seorang suami dan ayah.

Aku sendiri terkejut dengan kata-kata isteriku yang membuatkan aku semakin yakin untuk menggagahi hidup ini sebagai seorang suami dan ayah walau dalam keadaan aku begini menjadi Insan yang dipilih oleh Allah SWT untuk diujikan dengan kesakitan ini.

Semuga Allah menyediakan semanis-manis ganjaran untuk kalian isteri dan anak-anakku.  Kepada Abah dan Emak, terima kasih atas jasa kalian, bukan sahaja abah dan emak telah membesarkan aku hingga aku sebesar begini, tetapi dengan ilmu Allah yang Abah bekalkan membuatkan aku hari ini, mampu meneruskan hidupku sebagai seorang bapa walau tidak sesempurna bapa-bapa lain.

SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA....

No comments: